Tips Cemerlang Dan Cara Belajar Biologi SPM
Hi, dalam entri blog kali ini saya akan berkongsi dengan adik-adik semua tips untuk cemerlang dalam subjek Biologi. Biologi merupakan salah satu subjek kegemaran saya ketika di bangku persekolahan, lebih-lebih lagi bila tahu hasrat untuk menjadi doktor perubatan semakin menjadi realiti. Tapi kecundang juga akhirnya sebab pointer semasa matrikulasi tidak mencukupi. Namun, saya berjaya menyambung pelajaran ke dalam bidang bioteknologi dan kini saya sedang mengambil Master dalam Mikrobiologi dan juga sains bahan (Material Science). Doakan saya mampu menukar status ke Doktor Falsafah pada tahun ini. Ilmu biologi SPM masih lagi berguna hinggalah sekarang, walaupun bidang pengkhususan di universiti lebih menuju kepada sub-bidang dalam biologi, iaitu mikrobiologi tetapi asas dan fundamentalnya masih sama. Jadi, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak tips yang adik-adik boleh gunapakai dalam subjek biologi ini.
Baru-baru ini kementerian pelajaran Malaysia telah mengumumkan bahawa SPM tahun ini akan dilaksanakan dalam format Open Book. Jadi, adakah ini bermaksud peperiksaan SPM tahun ini akan menjadi lebih senang atau sebaliknya? Open Book atau Close Book, tidak bermasksud adik-adik patut mengambil mudah akan mengulang kaji pelajaran, terutamanya dalam subjek yang perlu menghafal. Bila sebut saja tentang subjek biologi, terutamanya kepada adik-adik yang baru memasuki aliran sains tulen Tingkatan 4, mesti gerun dan takut sebab abang-abang atau kakak-kakak dulu pernah merungut betapa susahnya biologi SPM. Saya pun pernah berfikir demikian, sehingga ia mengundang rasa takut/cuak yang tidak berasas akan subjek tersebut. Sebenarnya subjek Biologi terutamanya SPM adalah sangat senang dan ia merupakan asas pengenalan kepada kehidupan dan sekitaran kita. Berikut merupakan beberapa tips untuk belajar Biologi secara efektif di peringkat SPM. Saya akan kongsikan beberapa cara belajar, yang adik-adik boleh guna dalam subjek-subjek yang lain seperti Kimia, Fizik dan lain-lain.