-->
Ronald Robertson

Aaronn Avit Ajeng, PhD

Postdoctoral Researcher
  • Emailaaronnavit@um.edu.my
  • Phone+60 (14) 970 5384
  • ExpertiseBiology and Biochemistry
  • AffiliationUniversiti Malaya (UM)

Tips Cemerlang Dan Cara Belajar Biologi SPM

Hi, dalam entri blog kali ini saya akan berkongsi dengan adik-adik semua tips untuk cemerlang dalam subjek Biologi. Biologi merupakan salah satu subjek kegemaran saya ketika di bangku persekolahan, lebih-lebih lagi bila tahu hasrat untuk menjadi doktor perubatan semakin menjadi realiti. Tapi kecundang juga akhirnya sebab pointer semasa matrikulasi tidak mencukupi. Namun, saya berjaya menyambung pelajaran ke dalam bidang bioteknologi dan kini saya sedang mengambil Master dalam Mikrobiologi dan juga sains bahan (Material Science). Doakan saya mampu menukar status ke Doktor Falsafah pada tahun ini. Ilmu biologi SPM masih lagi berguna hinggalah sekarang, walaupun bidang pengkhususan di universiti lebih menuju kepada sub-bidang dalam biologi, iaitu mikrobiologi tetapi asas dan fundamentalnya masih sama. Jadi, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak tips yang adik-adik boleh gunapakai dalam subjek biologi ini.



Baru-baru ini kementerian pelajaran Malaysia telah mengumumkan bahawa SPM tahun ini akan dilaksanakan dalam format Open Book. Jadi, adakah ini bermaksud peperiksaan SPM tahun ini akan menjadi lebih senang atau sebaliknya? Open Book atau Close Book, tidak bermasksud adik-adik patut mengambil mudah akan mengulang kaji pelajaran, terutamanya dalam subjek yang perlu menghafal. Bila sebut saja tentang subjek biologi, terutamanya kepada adik-adik yang baru memasuki aliran sains tulen Tingkatan 4, mesti gerun dan takut sebab abang-abang atau kakak-kakak dulu pernah merungut betapa susahnya biologi SPM. Saya pun pernah berfikir demikian, sehingga ia mengundang rasa takut/cuak yang tidak berasas akan subjek tersebut. Sebenarnya subjek Biologi terutamanya SPM adalah sangat senang dan ia merupakan asas pengenalan kepada kehidupan dan sekitaran kita. Berikut merupakan beberapa tips untuk belajar Biologi secara efektif di peringkat SPM. Saya akan kongsikan beberapa cara belajar, yang adik-adik boleh guna dalam subjek-subjek yang lain seperti Kimia, Fizik dan lain-lain. 

1. Tanam Sifat Ingin Tahu

CURIOUS atau sifat yang ingin tahu amat penting dalam mana-mana subjek. Terutamanya Biologi sebab ianya adalah seperti belajar tentang diri sendiri. Always be curious of the process. Contohnya, dalam topik sel. Adik-adik kena pandai buat soalan sendiri dalam otak contohnya mengenai kenapa sel ada mitosis dan meiosis? Apa yang akan terjadi sekiranya proses ini tidak berlaku? Kaitkan dengan diri sendiri. Satu lagi contoh, mengapa kromosom manusia ada 23 pasang, dan bukan nya 36 atau 78? Apa yang akan terjadi jika manusia ada lebih kromosom/kurang jumlah kromosom? Apakah yang membezakan kromosom perempuan dan lelaki? Soalan-soalan thought provoking sebegini akan membantu dalam process pembelajaran selain membantu adik-adik mempelajari tentang diri sendiri. Selain itu, rajin bertanya cikgu juga merupakan salah satu cara belajar yang efektif, lebih-lebih lagi jika adik semua ada soalan yang mungkin di luar silibus yang berkaitan dengan konten pembelajaran semasa. 

2. Gunakan teknik belajar yang sesuai

Di universiti, saya gemar merakam suara pensyarah di dalam kelas supaya senang untuk saya dengar balik bila-bila masa. Teknik belajar saya adalah melalui auditori/audio. Saya senang faham dengar mendengar + aktif catat nota (active note taking while listening). SANGAT PENTING untuk adik-adik untuk tahu cara belajar yang sesuai sebab setiap orang adalah berbeza. Ada yang belajar melalui visual/nota cantik, ada yang senang belajar jika ada hands-on (tactile). Sebelum peperiksaan SPM yang sebenar, adik-adik masih mempunyai banyak masa untuk kenalpasti cara belajar yang sesuai. Terutamanya musim PKP ini, kelas semuanya onlinekan, jadi adik-adik bolehlah rakam suara cikgu ketika belajar supaya senang rujuk balik bila nak buat ulangkaji. Dibawah merupakan subjek-subjek saya selama setahun di universiti pada peringkat ijazah sarjana muda Bioteknologi di Universiti Malaya (Bachelor Degree). Selain active listening, saya juga mengamalkan active recalling. Active recalling ini adik-adik boleh mulakan dengan soalan sendiri, lepas tu jawab soalan tu balik dengan menggunakan ayat sendiri. Ulang banyak kali sehingga jawapan hampir sama dengan ayat buku teks. 

Tadi saya ada kongsikan mengenai aktive note-taking kan? Okay, ini juga merupakan salah satu teknik belajar yang sangat efektif tak kisah lah dalam mata pelajaran apa pun. Active note-taking ni bermaksud, sambil adik-adik mendengar cikgu bercakap, adik-adik kena aktif menulis kata-kunci/keywords ataupun soalan-soalan yang adik-adik rasa penting. Contohnya cikgu mengajar tentang bakteria. Dalam banyak-banyak jenis bakteria yang cikgu sebut, mungkin ada satu spesis bakteria yang adik tak pernah dengar, jadi tuliskan dalam nota 'nama dan maklumat-maklumat lain' yang cikgu sebutkan. Tamat je kelas, boleh terus whatsapp cikgu, ataupun google sendiri akan maklumat spesis tersebut. Teknik ini sangat berkesan terutamanya dalam biologi, sebab sangat banyak nama kena hafal, banyak process kena tahu. Kalau kita bergantung hanya dengan memori otak, memang tak boleh harap sangat sebab kadang-kadang boleh lupa. 

3. Belajar melalui soalan past year questions

Sepanjang pengajian di universiti, setiap kali sebelum peperiksaan, saya akan mengulangkaji dengan menggunakan soalan-soalan past year. Melalui soalan-soalan ini, adik-adik boleh mengenalpasti pattern bagaimana penggubal soalan tanya dalam peperiksaan. Adik-adik akan dapat mengenalpasti bab yang sering keluar dalam peperiksaan (maksudnya itu hot topic, jadi memang wajib untuk belajar). Selain itu, soalan-soalan past year juga boleh adik gunakan sebagai persediaan sebelum peperiksaan sebenar. Saya gemar menggunakan soalan-soalan dalam subjek biologi di universiti sebagai bahan persediaan untuk peperiksaan. Saya akan secara singkat menulis semua kata-kata kunci yang saya boleh ingat dan hafal, selepas itu saya akan asahkan lagi melalui rujukan dalam buku. 

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian saya buat masa sekarang. Untuk adik-adik yang bakal menduduki SPM pada tahun ini saya ucapkan semoga maju jaya dan kiranya apapun cita-cita adik jadi kenyataan. 


Aaronn Avit Ajeng




Comments