-->
Ronald Robertson

Aaronn Avit Ajeng, PhD

Postdoctoral Researcher
  • Emailaaronnavit@um.edu.my
  • Phone+60 (14) 970 5384
  • ExpertiseBiology and Biochemistry
  • AffiliationUniversiti Malaya (UM)

Cara Melanjutkan Pelajaran Ke Luar Negara - United Kingdom (Part 4)

Hi semua, pada entry kali ni saya nak jawab sesetengah soalan yang sudah diajukan oleh pembaca melalui email dan komen di blogpost saya mengenai study di luar negara. Maklumlah, sekarang ni semua dah nak habis asasi, matrikulasi dan STPM kan. Ada yang berminat nak lanjutkan pelajaran ke luar negara namun tidak tahu apa yang perlu dilakukan. 

Namun, saya hanya menulis berdasarkan pengalaman saya memohon ke United Kingdom sahaja. Bagi yang bertanya mengenai ke Australia, USA, Canada, Jepun, Korea sorry okay saya tak dapat jawab sebab tidak pernah apply ke negara-negara tersebut. Saya memohon ke United Kingdom 2 tahun yang lepas (2016) melalui satu sistem yang dinamakan University College Admission System (UCAS). Yang ni adalah khas untuk semua pelajar termasuk international macam kita ni untuk apply ke universiti di United Kingdom. Semestinya, ada bayaran dan pengorbanan yang perlu dilakukan untuk application kita diprocess dan diterima oleh pihak sana.

Adakah saya sekarang berada di United Kingdom? Tidak. Saya sekarang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang pengkhususan Bioteknologi. Mengapakah saya tidak melanjutkan di United Kingdom? Adakah saya tidak layak? 

Bagi pembaca setia blog ini, mungkin anda sudah tahu bahawa saya telah ditawarkan pengajian dalam bidang Biokimia dan perubatan molekul (Biochemistry and Molecular Medicine) di University of Nottingham, Biokimia (Biochemistry) di University of Manchester dan Biomedik  (Biomedical science) di Queen's University Belfast & University of Birmingham. Saya memohon melalui keputusan Matrikulasi dan menggunakan 1119 English (Grade 1119 English SPM).

Transkrip 1119 English boleh didapati di pejabat sekolah masing-masing. Hanya C ke atas sahaja dipertimbangkan untuk kemasukan universiti di UK, dan tertakluk kepada syarat kemasukan setiap universiti. Dengan keputusaan 1119 English C ke atas, anda tidak perlu untuk menduduki ujian bahasa English seperti IELTS ataupun TOEFL. Namun, seperti IELTS dan TOEFL, 1119 English ada tempoh masa validity nya tersendiri sekurang-kurangnya 2 tahun daripada tarikh pengeluaran transkrip tersebut. Transkrip saya dikeluarkan pada 2015, dan saya memohon UCAS pada 2016, jadi still valid. Kalau dah lebih daripada 2 tahun, anda tidak mempunyai pilihan lain, selain mengambil ujian IELTS ataupun TOEFL. Keputusan ujian ni valid untuk 2 tahun sahaja.

Untuk IELTS, click sini: https://www.britishcouncil.my/exam/ielts
Untuk TOFEL, click sini: https://goo.gl/6ittPN

Ada yang tanya, kalau dapat bawah daripada C, kena buat apa? Saya nasihatkan untuk email universiti tersebut. Sebelum itu, buat research di website universiti itu dan semak language requirement untuk pelajar antarabangsa, biasanya mereka akan menerangkan requirement untuk setiap negara. Contohnya, University of Birmingham memerlukan sekurang-kurangnya C ke atas untuk 1119 English untuk layak memohon. (Boleh click di sini untuk tengok).

Saya apply menggunakan keputusan Matrikulasi penuh, dan bukannya menggunakan results Semester 1 sementara menunggu keputusan Semester penuh. Banyak yang email dan komen tanya mengenai flow untuk memohon menggunakan UCAS, walaupun saya dah banyak kali mention dalam komen. UCAS akan membuka permohonan baharu untuk kemasukan tahun hadapan pada awal bulan September. Contohnya, UCAS buka pada 1 September 2018, untuk kemasukan October/September 2019. Maksudnya, anda hanya dapat memohon untuk kemasukan tahun hadapan dan sistem ini tidak serupa UPU negara kita. Kita mohon UPU pada tahun yang sama, dan masuk IPTA dalam tahun yang sama, UCAS tidak sama dengan UPU.

Sijil Matrikulasi hanya diiktiraf oleh beberapa universiti di UK, tidak semua menerima sijil matrikulasi. Hanya STPM sahaja, globally diterima oleh hampir kesemua universiti top di UK dan di dunia. Saya telah share beberapa universiti di UK yang menerima sijil matrikulasi di blogpost yang sebelum ini. Anda boleh menyemaknya di: https://aaronnavit.blogspot.my/2016/05/belajar-di-luar-negara-united-kingdom.html 

Jadi bagaimana untuk pelajar daripada Asasi universiti IPTA dan diploma? Adakah mereka layak untuk apply menggunakan UCAS? Sebenarnya ia bergantung kepada setiap universiti. Saya telah email beberapa universiti seperti Manchester untuk bertanyakan mengenai hal ni, rata-rata mereka menjawab benda yang sama. Sila rujuk gambar di bawah.



So, lepas baca ni jangan tanya lagi kalau asasi atau diploma layak ke tak nak apply sebab ni bukti nya. Haha. Seriously saya dapat beratus soalan yang sama tanya kalau asasi ipta atau diploma diterima untuk apply ke UK. Lepas ni yang tanya tidak akan dilayan. (Baca paragraph terakhir email tu)

Bila kena apply UCAS ni? UCAS biasanya akan buka pada awal September dan bergantung kepada kursus yang anda ingin mohon akan ada dateline masing-masing. Jadi untuk memudahkan semua, saya akan buat flow chart permohonan saya ke UK menggunakan UCAS:


April 2015- Tamat pengajian di Matrikulasi

June 2015 - Pengumuman keputusan penuh Matrikulasi

September 28, 2015 - Apply UCAS
(UCAS ada beberapa dateline untuk memohon bergantung kepada kursus yang anda ingin ambil. Anda boleh lihat di sini)

Tawaran daripada universiti masuk.
October 22, 2015
December 3 & December 9, 2015
12 February 2016
28 April, 2016



Okay, rasanya sampai di sini sahaja entry mengenai "cara Melanjutkan Pelajaran Ke Luar Negara - United Kingdom (Part 4)". Jika ada sebarang pertanyaan tanya je, but please BACA HABIS dahulu before tanya. Hehe. Okay readers, bye. :)

Comments