Cara Melanjutkan Pelajaran Ke Luar Negara - United Kingdom (Part 4)

by - February 09, 2018

Hi semua, pada entry kali ni saya nak jawab sesetengah soalan yang sudah diajukan oleh pembaca melalui email dan komen di blogpost saya mengenai study di luar negara. Maklumlah, sekarang ni semua dah nak habis asasi, matrikulasi dan STPM kan. Ada yang berminat nak lanjutkan pelajaran ke luar negara namun tidak tahu apa yang perlu dilakukan. 

Namun, saya hanya menulis berdasarkan pengalaman saya memohon ke United Kingdom sahaja. Bagi yang bertanya mengenai ke Australia, USA, Canada, Jepun, Korea sorry okay saya tak dapat jawab sebab tidak pernah apply ke negara-negara tersebut. Saya memohon ke United Kingdom 2 tahun yang lepas (2016) melalui satu sistem yang dinamakan University College Admission System (UCAS). Yang ni adalah khas untuk semua pelajar termasuk international macam kita ni untuk apply ke universiti di United Kingdom. Semestinya, ada bayaran dan pengorbanan yang perlu dilakukan untuk application kita diprocess dan diterima oleh pihak sana.

Adakah saya sekarang berada di United Kingdom? Tidak. Saya sekarang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang pengkhususan Bioteknologi. Mengapakah saya tidak melanjutkan di United Kingdom? Adakah saya tidak layak? 

Bagi pembaca setia blog ini, mungkin anda sudah tahu bahawa saya telah ditawarkan pengajian dalam bidang Biokimia dan perubatan molekul (Biochemistry and Molecular Medicine) di University of Nottingham, Biokimia (Biochemistry) di University of Manchester dan Biomedik  (Biomedical science) di Queen's University Belfast & University of Birmingham. Saya memohon melalui keputusan Matrikulasi dan menggunakan 1119 English (Grade 1119 English SPM).

Transkrip 1119 English boleh didapati di pejabat sekolah masing-masing. Hanya C ke atas sahaja dipertimbangkan untuk kemasukan universiti di UK, dan tertakluk kepada syarat kemasukan setiap universiti. Dengan keputusaan 1119 English C ke atas, anda tidak perlu untuk menduduki ujian bahasa English seperti IELTS ataupun TOEFL. Namun, seperti IELTS dan TOEFL, 1119 English ada tempoh masa validity nya tersendiri sekurang-kurangnya 2 tahun daripada tarikh pengeluaran transkrip tersebut. Transkrip saya dikeluarkan pada 2015, dan saya memohon UCAS pada 2016, jadi still valid. Kalau dah lebih daripada 2 tahun, anda tidak mempunyai pilihan lain, selain mengambil ujian IELTS ataupun TOEFL. Keputusan ujian ni valid untuk 2 tahun sahaja.

Untuk IELTS, click sini: https://www.britishcouncil.my/exam/ielts
Untuk TOFEL, click sini: https://goo.gl/6ittPN

Ada yang tanya, kalau dapat bawah daripada C, kena buat apa? Saya nasihatkan untuk email universiti tersebut. Sebelum itu, buat research di website universiti itu dan semak language requirement untuk pelajar antarabangsa, biasanya mereka akan menerangkan requirement untuk setiap negara. Contohnya, University of Birmingham memerlukan sekurang-kurangnya C ke atas untuk 1119 English untuk layak memohon. (Boleh click di sini untuk tengok).

Saya apply menggunakan keputusan Matrikulasi penuh, dan bukannya menggunakan results Semester 1 sementara menunggu keputusan Semester penuh. Banyak yang email dan komen tanya mengenai flow untuk memohon menggunakan UCAS, walaupun saya dah banyak kali mention dalam komen. UCAS akan membuka permohonan baharu untuk kemasukan tahun hadapan pada awal bulan September. Contohnya, UCAS buka pada 1 September 2018, untuk kemasukan October/September 2019. Maksudnya, anda hanya dapat memohon untuk kemasukan tahun hadapan dan sistem ini tidak serupa UPU negara kita. Kita mohon UPU pada tahun yang sama, dan masuk IPTA dalam tahun yang sama, UCAS tidak sama dengan UPU.

Sijil Matrikulasi hanya diiktiraf oleh beberapa universiti di UK, tidak semua menerima sijil matrikulasi. Hanya STPM sahaja, globally diterima oleh hampir kesemua universiti top di UK dan di dunia. Saya telah share beberapa universiti di UK yang menerima sijil matrikulasi di blogpost yang sebelum ini. Anda boleh menyemaknya di: https://aaronnavit.blogspot.my/2016/05/belajar-di-luar-negara-united-kingdom.html 

Jadi bagaimana untuk pelajar daripada Asasi universiti IPTA dan diploma? Adakah mereka layak untuk apply menggunakan UCAS? Sebenarnya ia bergantung kepada setiap universiti. Saya telah email beberapa universiti seperti Manchester untuk bertanyakan mengenai hal ni, rata-rata mereka menjawab benda yang sama. Sila rujuk gambar di bawah.



So, lepas baca ni jangan tanya lagi kalau asasi atau diploma layak ke tak nak apply sebab ni bukti nya. Haha. Seriously saya dapat beratus soalan yang sama tanya kalau asasi ipta atau diploma diterima untuk apply ke UK. Lepas ni yang tanya tidak akan dilayan. (Baca paragraph terakhir email tu)

Bila kena apply UCAS ni? UCAS biasanya akan buka pada awal September dan bergantung kepada kursus yang anda ingin mohon akan ada dateline masing-masing. Jadi untuk memudahkan semua, saya akan buat flow chart permohonan saya ke UK menggunakan UCAS:


April 2015- Tamat pengajian di Matrikulasi

June 2015 - Pengumuman keputusan penuh Matrikulasi

September 28, 2015 - Apply UCAS
(UCAS ada beberapa dateline untuk memohon bergantung kepada kursus yang anda ingin ambil. Anda boleh lihat di sini)

Tawaran daripada universiti masuk.
October 22, 2015
December 3 & December 9, 2015
12 February 2016
28 April, 2016



Okay, rasanya sampai di sini sahaja entry mengenai "cara Melanjutkan Pelajaran Ke Luar Negara - United Kingdom (Part 4)". Jika ada sebarang pertanyaan tanya je, but please BACA HABIS dahulu before tanya. Hehe. Okay readers, bye. :)

You May Also Like

18 comments

  1. Hi aaron, kalau macam tu. means I apply September 2018, then akan dapat Offer letter within October to April. Then, will register and start study masa bulan September 2019? Kalau macam tu, dh macam rugi masak, as kita masuk degree within September 2018 tu jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi yup betul. System dia mmg mcm ni.

      Delete
    2. Bang,aritu saye ade email abg.dpt x?

      Delete
    3. Hi, saya akan cari email awak dan balas secepat mungkin okay.

      Delete
  2. Replies
    1. Hi Amin, boleh email balik tak? Saya tak dapat pun email awak. Click butang contact me tu okay.

      Delete
  3. Hi ,saya nak tanya saya takde apa2 basic seperti foundation/diploma/matriks/a-level mcm tu tapi masa saya SPM english saya A+ ,english 119 saya 1A and skrang saya in process nak ambil IELTS dan kalau ada rezeki saya nak ambil TOEFL jugak...saya tau IELTS dan 119 tu lebih kurang sama sijil nya...contohnya bila saya dapat score yg baik untuk IELTS dan result saya untk english SPM &119 juga baik boleh ke saya sambung study dan apply ke university di UK iaitu seperti course Degree/Bachelor in english atau apa2 course yg berkaitan english seperti BA in english & literature mcm tu tanpa ada apa2 basic seperti foundation/diploma/stpm/a-level/matriks mcm tu? Kiranya saya apply Uni di UK berdasarkan certificate IELTS , TOEFL ,119 , SPM A+....bolehke? Dan mereka akan terima ke? Saya x nak course mcm medic ,law or etc saya hanya nak course berkaitan english jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, depending on the university. You may be granted direct intake into first year undergraduate study provided that you have meet the grade requirements. But, most universities require you to have a foundation certificate before applying. They also provide one year foundation study before getting into undergraduate studies. In most cases, it is compulsory to have at least a foundation certificate.

      Delete
  4. Hi Aaron can I have yr email ada
    Aunty nak tanya a few questions
    Mmm actually byk soalan😂thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Aunty, boleh email saya di aaronnavit@gmail.com

      Delete
    2. Ok Aaron
      Aunty dah send email

      Delete
  5. saya nk tanya..kalau lepas spm..dpt result bagus..bole terus mintak biasiswa untuk belajar di UK tak? atau Kena ambil A level dulu?

    ReplyDelete
  6. Nak tanya abg
    Saya candidate Stpm 2019. Result keluar bulan Mac 2020. Bagaimana saya nak apply UCAS tepat pada masa. Bukankah tarikh tutup 15 Jan. Adakah saya boleh apply lepas deadline atau boleh apply awal tanpa Stpm result dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, awak kena apply bila ada result penuh sahaja. So means awak kena apply Jan 2021. Bukan apa, awak kena apply for student Visa, ambil ujian IELTS/TOEFL (if university tersebut tidak terima sijil English 1119 SPM), and for you to apply for scholarship.

      Delete
  7. thank you bang saya harap lepas asasi foundation in law kat uitm saya dapat apply for degree kat uk. Ramai cakap macam asasi ni nnti xdpt langsung study overseas so saya takut.

    ReplyDelete
  8. hi,saya mahu tanya,kalau lepasan asasi pengajian islam boleh ke mohon untuk apply ke UK?

    ReplyDelete