Tips masuk universiti.
by
Aaronn
- August 18, 2016
Hi semua, entri ini ditujukan kepada pelajar-pelajar yang
akan melangkah ke alam universiti pada hujung bulan Ogos ini. Tahniah buat semua
pelajar asasi, matrikulasi, STPM dan daripada aliran lain yang telah berjaya
mendapat tempat di IPTA mahupun IPTS. Yang gagal mendapat tempat, ia bukannya jalan
pengakhiran bagi anda!
Walaupun ada di antara korang semua yang tidak mendapat
tawaran seperti yang dikehendaki ataupun “dilelong” , jangan risau sebab ada
hikmahnya semua itu berlaku. Perkara ini berlaku kepada saya tahun yang lepas
apabila saya diberikan kursus lelong Electrical Engineering di UMP (kursus yang
saya tidak pohon dalam UPU). Namun akhirnya, saya ditawarkan kursus
Bioteknologi di Universiti Malaya (UM) , ambilan kedua Fakulti Sains selepas
menunggu selama 6 bulan setelah keputusan UPU diumumkan pada penghujung bulan
Ogos 2015. Saya meletakkan Bidang Bioteknologi sebagai pilihan yang pertama
dalam permohonan ke universiti terbaik Malaysia itu.
Jadi, sepanjang satu semester bergelar mahasiswa di UM,
banyak input yang telah saya dapati meliputi semua aspek kehidupan.
Sediakan dokumen yang penting.
Yang menjadi perkara asas sebelum anda menjadi mahasiswa dan
mahasiswi adalah persediaan segala dokumen yang penting. Sudah semestinya,
respective university akan memberikan anda borang-borang yang diperlukan untuk
kegunaan pendaftaran kelak. Adalah wajib untuk anda melengkapkan dokumen-dokumen
tersebut dan membawanya pada hari pendaftaran. Sijil-sijil penting seperti
Sijil beranak, sijil ko-kurikulum, sijil keputusan asasi/matrikulasi/STPM, kad
pengenalan diri sendiri dan ibubapa/penjaga yang perlu disahkan(dicop) juga
perlu diambil perhatian sebab kegagalan untuk mengesahkan sijil-sijil dan
dokumen yang penting akan memberikan kesan kepada pendaftaran nanti. Namun
jangan risau sebab kebiasaanya setiap universiti akan memberikan checklist untuk bakal pelajar-pelajar
mereka. Tidak lupa juga, borang Medical Checkup sangat penting dan perlu
dilengkapkan melalui pemeriksaan di Klinik kerajaan ataupun swasta. Biasanya
pemeriksaan di klinik swasta lebih laju berbanding di klinik kerajaan namun kos
pemeriksaan akan lebih mahal.
Persediaan barangan peribadi.
Part ini yang excited sikit sebab apa? It’s time to do some
shopping. Kalau dah bergelar mahasiswa mahasiswi universiti, anda dibenarkan
untuk memakai apa sahaja asalkan tidak menjolok mata dan tertib pemakaian juga
berbeza bagi setiap universiti. Boleh je pakai T-shirt dengan seluar jeans atau
lebih sempoi, pakai je seluar pendek bagi lelaki. Senang sikit, pakai je
pakaian yang anda semua guna pergi pasar atau mall, sebab di peringkat universiti
anda semua dipandang sebagai seorang yang sudah matang dan mampu berfikir
secara bijak. Jadi terletak dalam tangan masing-masing nak pakai apa. Namun,
kebiasaanya pelajar-pelajar perubatan, pergigian, veterinary dan farmasi hanya
dibenarkan untuk memakai pakaian formal sepanjang kuliah. Tapi, seperti yang di
mention tadi setiap universiti mempunyai tertib pemakaian yang berbeza. Boleh
warnakan rambut ke? Jawapannya boleh. Tapi janganlah letak blonde, atau warna
pelangi. Tu je. Kalau tak nak dikenakan tindakan disiplin!
Baldi, gayung, cawan, sudu, pinggan perlu bawa awal-awal
dari rumah ke? Tak yah susah-susah dik. Selepas pendaftaran kolej kediaman
(Kebiasaanya pelajar tahun pertama IPTA dan some IPTS dapat kolej kediaman so
don’t worry), then barulah pergi beli di koperasi walaupun harga agak mahal
beberapa sen, ataupun pergilah beli di mall ke. Ikut masing-masing.
Bagaimana dengan water heater, rice cooker? Dapat bawa dalam
kolej kediaman tak? Hal ini juga bergantung kepada diri masing-masing. Namun
sepanjang menetap di kolej kediaman UM, tidak pernah mengalami masalah tiada
air panas atau tak cukup makan sebab pihak kolej ada menyediakan mesin pemanas
air di setiap blok dan kafe pun selalu dibuka(kecuali bulan puasa sebab
sesetengah kafe tutup). Tetapi, kebanyakan pelajar juga curi-curi membawa water
heater dan rice cooker walaupun dilarang. Salah seorangnya adalah penulis blog
ini. Relax je bawa heater. Namun, jika anda tertangkap itu adalah tanggungjawab
anda ye. Jangan salahkan saya pula. HAHA
Stationeries seperti buku, pen, kertas dan lain-lain juga
anda boleh beli di koperasi. Jadi jangan beratkan bagasi anda dengan
barang-barang tersebut! Table fan juga dibenarkan untuk dibawa dalam sesetengah
kolej kediaman namun, harus daftarkan dahululah semua barangan elektronik anda
ye.
Beli tiket penerbangan awal.
Yang ni khas bagi bakal mahasiswa mahasiswi yang akan
melanjutkan pelajaran sama ada ke luar Semenanjung, luar Sarawak dan luar
Sabah. Atau jika malas menggunakan bas dalam negeri masing-masing, gunalah
kapal terbang ye. Lebih cepat. Pastikan tempah beberapa minggu awal sebelum
hari pendaftaran supaya lebih murah. Dan mengambil kira beberapa ribu bakal
mahasiswa mahasiswi yang juga menggunakan perkhidmatan yang sama, lebih baik
tempah awal sebelum tiket habis.
Hadir minggu orientasi universiti
Seperti kebiasaan buat semua, minggu orientasi merupakan
minggu yang sangat penting sepanjang hidup anda bergelar sebagai mahasiswa dan
mahasiswi. Dalam minggu orientasi ini lah pihak universiti akan expose anda
kepada kehidupan dan budaya serta selok-belok universiti tersebut yang akan
menjadi rumah baharu anda. Bukan itu sahaja, maklumat-maklumat penting mengenai
pendaftaran subjek, pendaftaran kredit dan lain-lain juga akan disalurkan
melalui minggu orientasi ini. Selain itu, ini merupakan peluang yang baik bagi
anda mengenali rakan-rakan yang mengambil kursus yang sama seperti anda dan
menjalinkan hubungan persahabatan dengan mahasiswa mahasiswa yang dating dari
serata Malaysia. Minggu orientasi juga akan menjadikan anda seorang yang
menepati masa dan mampu membina jati diri masing-masing.
Jangan ambil mudah
assignments yang diberikan pensyarah
Rasanya semua tahu mengenai betapa pentingnya assignments
yang diberikan oleh pensyarah sebab markah akan dimasukkan ke dalam final
semester examination kelak. Begitu juga dengan kuiz-kuiz, mini test dan
sebagainya yang mempunyai kesan kepada CGPA akhir anda, jangan ambil mudah.
Sebaliknya, belajar secara konsisten dan bijak menguruskan masa!
Ikut aktiviti yang
dianjurkan oleh universiti dan kolej kediaman
Pernah dengar mengenai merits? Merits ini merupakan markah
yang akan diberikan kepada individu yang banyak menyumbang kepada universiti
dan juga kolej kediaman melalui penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan.
Contoh seperti Sukan IPT (SukIPT) , menjadi wakil bahas peringkat universiti dan
sebagainya. Bukan itu sahaja, bagi yang ingin ikut dalam kepimpinan, anda boleh
menyertai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti masing-masing!
Di peringkat kolej kediaman pula, merits adalah sangat
penting bagi mahasiswa dan mahasiswi jika anda masih mahu mendapatkan kolej
kediaman pada semester yang akan datang. Dalam erti kata lain, jika anda tidak
aktif dalam menyertai aktiviti yang dianjurkan pihak kolej, ada kemungkinan
anda tidak akan mendapat kolej kediaman pada sesi hadapan. Sebagai mahasiswa,
kita tidak seharusnya belajar 24jam dan terperap di dalam bilik tanpa melakukan
sebarang aktiviti sebab ianya agak kurang sihat. Ini adalah nasihat bagi diri
sendiri juga, sebab bernasib baik kerana masih mendapat tempat di kolej pada
semester hadapan walaupun tidak beberapa terlibat dalam aktiviti kolej selain
menjadi Ahli PP Tajaan majalah kolej. Ingat, jangan jadi ULAT BUKU.
.
Berbelanja secara berhemah.
Bab duit ni memang tidak boleh diketepikan sebab jika anda
tiada duit, maka anda masih lagi hidup tetapi hidup dalam kesempitan hehe.
Setelah bergelar mahasiswa, dah tak boleh makan sedap-sedap seperti makan kat
rumah. Lebih-lebih lagi bagi yang menggunakan duit ibubapa sepenuhnya bagi
semester awal di universiti. Terpaksa makan ala kadar. Sekarang ni, RM50 boleh
habis dalam masa beberapa hari huhu. (Aku selalu habiskan duit kat UMEC, beli
smoothie lepas habis kelas sebab hari terik sangat hehe) Mee Maggie jugalah jadi pilihan sebab nak
berjimat walaupun tidak menyihatkan. Jadi belanja lah secara berhemah mengikut
kemampuan masing-masing. Walaupun berjaya mendapat biasiswa atau bursari, still
kena pandai simpan duit untuk sambung Master atau phD kelak.
Hadir lebih awal ke dalam bilik kuliah.
Jadikan
ini sebagai habit anda sebab jika anda terlambat masuk, pensyarah ada yang
jenis tak kisah pun. Mereka tak rugi apa-apa sebaliknya anda yang akan rugi.
Jika anda adalah jenis yang suka tumpukan perhatian, pilihlah untuk duduk di
bahagian hadapan. Senang untuk menanyakan soalan. Namun jika anda adalah jenis
yang suka duduk di belakang tetapi dapat memberikan tumpuan sepenuhnya,
terserah. Duduklah di penghujung dunia pun boleh.
Rajinkan diri untuk membuka email
siswa.
Melalui
email siswa ini, pelbagai maklumat am mengenai peluang-peluang penyertaan
program exchange ke luar negara, event-event seperti ceramah yang berkaitan
dengan bidang pengajian anda akan disalurkan. Bukan itu sahaja, peluang untuk
mendapatkan merit untuk universiti juga terdapat dalam sesetengah event yang
dianjurkan oleh pihak universiti. Jika anda ingin berhubung dengan pihak fakulti,
atau bendahari universiti mengenai pembayaran yuran dan yang lain-lain, email
siswa merupakan wadah yang penting harus anda gunakan.
Luaskan daya pemikiran anda
Selain
segala persediaan yang telah ditulis di atas, persediaan dari segi mental atau
pemikiran juga adalah sangat penting. Bukan apa, tetapi ada golangan ni datang
dengan mentaliti sebagai pelajar sekolah menengah, matrikulasi dan STPM. Tidak
kurang juga bagi sesetengah yang tidak biasa dengan kehidupan di bandar-bandar
besar. Namun, bila sudah bergelar mahasiswa, anda haruslah cepat-cepat adapt
dengan kehidupan di universiti dan cara hidup komuniti tersebut. Sebab you are
a step higher than before. No more childish thinking. Jika tidak, anda akan
mengalami kejutan budaya.
Contact a senior ( or more )
Tips terakhir, contact senior anda. Terutamanya yang sedang
melanjutkan pengajian di universiti bakal anda pergi. Mereka sedikit sebanyak
boleh menolong anda dalam pendaftaran dan sebagainya. Aku bersyukur juga sebab
senior sekolah menengah banyak kat Universiti Malaya ni. Merekalah yang sedikit
sebanyak membantu aku sepanjang perjuangan selama satu semester di UM.
Demikianlah sedikit tips yang boleh saya berikan buat semua
bakal mahasiswa dan mahasiswi. Walaupun tidak seberapa namun diharapkan dapat
memberi manfaat bagi yang memerlukan. Semoga perkongsian ini menjadi wadah
untuk kita semua sebagai mahasiswa dan mahasiswi untuk menyiapkan diri
masing-masing sebelum melangkah ke alam universiti.
Selamat Maju Jaya saya ucapkan!