-->
Ronald Robertson

Aaronn Avit Ajeng, PhD

Postdoctoral Researcher
  • Emailaaronnavit@um.edu.my
  • Phone+60 (14) 970 5384
  • ExpertiseBiology and Biochemistry
  • AffiliationUniversiti Malaya (UM)

Tips masuk universiti.

Hi semua, entri ini ditujukan kepada pelajar-pelajar yang akan melangkah ke alam universiti pada hujung bulan Ogos ini. Tahniah buat semua pelajar asasi, matrikulasi, STPM dan daripada aliran lain yang telah berjaya mendapat tempat di IPTA mahupun IPTS. Yang gagal mendapat tempat, ia bukannya jalan pengakhiran bagi anda!

Walaupun ada di antara korang semua yang tidak mendapat tawaran seperti yang dikehendaki ataupun “dilelong” , jangan risau sebab ada hikmahnya semua itu berlaku. Perkara ini berlaku kepada saya tahun yang lepas apabila saya diberikan kursus lelong Electrical Engineering di UMP (kursus yang saya tidak pohon dalam UPU). Namun akhirnya, saya ditawarkan kursus Bioteknologi di Universiti Malaya (UM) , ambilan kedua Fakulti Sains selepas menunggu selama 6 bulan setelah keputusan UPU diumumkan pada penghujung bulan Ogos 2015. Saya meletakkan Bidang Bioteknologi sebagai pilihan yang pertama dalam permohonan ke universiti terbaik Malaysia itu.
Jadi, sepanjang satu semester bergelar mahasiswa di UM, banyak input yang telah saya dapati meliputi semua aspek kehidupan.

Sediakan dokumen yang penting.

Yang menjadi perkara asas sebelum anda menjadi mahasiswa dan mahasiswi adalah persediaan segala dokumen yang penting. Sudah semestinya, respective university akan memberikan anda borang-borang yang diperlukan untuk kegunaan pendaftaran kelak. Adalah wajib untuk anda melengkapkan dokumen-dokumen tersebut dan membawanya pada hari pendaftaran. Sijil-sijil penting seperti Sijil beranak, sijil ko-kurikulum, sijil keputusan asasi/matrikulasi/STPM, kad pengenalan diri sendiri dan ibubapa/penjaga yang perlu disahkan(dicop) juga perlu diambil perhatian sebab kegagalan untuk mengesahkan sijil-sijil dan dokumen yang penting akan memberikan kesan kepada pendaftaran nanti. Namun jangan risau sebab kebiasaanya setiap universiti akan memberikan checklist untuk bakal pelajar-pelajar mereka. Tidak lupa juga, borang Medical Checkup sangat penting dan perlu dilengkapkan melalui pemeriksaan di Klinik kerajaan ataupun swasta. Biasanya pemeriksaan di klinik swasta lebih laju berbanding di klinik kerajaan namun kos pemeriksaan akan lebih mahal.

Persediaan barangan peribadi.

Part ini yang excited sikit sebab apa? It’s time to do some shopping. Kalau dah bergelar mahasiswa mahasiswi universiti, anda dibenarkan untuk memakai apa sahaja asalkan tidak menjolok mata dan tertib pemakaian juga berbeza bagi setiap universiti. Boleh je pakai T-shirt dengan seluar jeans atau lebih sempoi, pakai je seluar pendek bagi lelaki. Senang sikit, pakai je pakaian yang anda semua guna pergi pasar atau mall, sebab di peringkat universiti anda semua dipandang sebagai seorang yang sudah matang dan mampu berfikir secara bijak. Jadi terletak dalam tangan masing-masing nak pakai apa. Namun, kebiasaanya pelajar-pelajar perubatan, pergigian, veterinary dan farmasi hanya dibenarkan untuk memakai pakaian formal sepanjang kuliah. Tapi, seperti yang di mention tadi setiap universiti mempunyai tertib pemakaian yang berbeza. Boleh warnakan rambut ke? Jawapannya boleh. Tapi janganlah letak blonde, atau warna pelangi. Tu je. Kalau tak nak dikenakan tindakan disiplin!

Baldi, gayung, cawan, sudu, pinggan perlu bawa awal-awal dari rumah ke? Tak yah susah-susah dik. Selepas pendaftaran kolej kediaman (Kebiasaanya pelajar tahun pertama IPTA dan some IPTS dapat kolej kediaman so don’t worry), then barulah pergi beli di koperasi walaupun harga agak mahal beberapa sen, ataupun pergilah beli di mall ke. Ikut masing-masing.

Bagaimana dengan water heater, rice cooker? Dapat bawa dalam kolej kediaman tak? Hal ini juga bergantung kepada diri masing-masing. Namun sepanjang menetap di kolej kediaman UM, tidak pernah mengalami masalah tiada air panas atau tak cukup makan sebab pihak kolej ada menyediakan mesin pemanas air di setiap blok dan kafe pun selalu dibuka(kecuali bulan puasa sebab sesetengah kafe tutup). Tetapi, kebanyakan pelajar juga curi-curi membawa water heater dan rice cooker walaupun dilarang. Salah seorangnya adalah penulis blog ini. Relax je bawa heater. Namun, jika anda tertangkap itu adalah tanggungjawab anda ye. Jangan salahkan saya pula. HAHA

Stationeries seperti buku, pen, kertas dan lain-lain juga anda boleh beli di koperasi. Jadi jangan beratkan bagasi anda dengan barang-barang tersebut! Table fan juga dibenarkan untuk dibawa dalam sesetengah kolej kediaman namun, harus daftarkan dahululah semua barangan elektronik anda ye.

Beli tiket penerbangan awal.

Yang ni khas bagi bakal mahasiswa mahasiswi yang akan melanjutkan pelajaran sama ada ke luar Semenanjung, luar Sarawak dan luar Sabah. Atau jika malas menggunakan bas dalam negeri masing-masing, gunalah kapal terbang ye. Lebih cepat. Pastikan tempah beberapa minggu awal sebelum hari pendaftaran supaya lebih murah. Dan mengambil kira beberapa ribu bakal mahasiswa mahasiswi yang juga menggunakan perkhidmatan yang sama, lebih baik tempah awal sebelum tiket habis.

Hadir minggu orientasi universiti

Seperti kebiasaan buat semua, minggu orientasi merupakan minggu yang sangat penting sepanjang hidup anda bergelar sebagai mahasiswa dan mahasiswi. Dalam minggu orientasi ini lah pihak universiti akan expose anda kepada kehidupan dan budaya serta selok-belok universiti tersebut yang akan menjadi rumah baharu anda. Bukan itu sahaja, maklumat-maklumat penting mengenai pendaftaran subjek, pendaftaran kredit dan lain-lain juga akan disalurkan melalui minggu orientasi ini. Selain itu, ini merupakan peluang yang baik bagi anda mengenali rakan-rakan yang mengambil kursus yang sama seperti anda dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan mahasiswa mahasiswa yang dating dari serata Malaysia. Minggu orientasi juga akan menjadikan anda seorang yang menepati masa dan mampu membina jati diri masing-masing.


Jangan ambil mudah assignments yang diberikan pensyarah

Rasanya semua tahu mengenai betapa pentingnya assignments yang diberikan oleh pensyarah sebab markah akan dimasukkan ke dalam final semester examination kelak. Begitu juga dengan kuiz-kuiz, mini test dan sebagainya yang mempunyai kesan kepada CGPA akhir anda, jangan ambil mudah. Sebaliknya, belajar secara konsisten dan bijak menguruskan masa!


Ikut aktiviti yang dianjurkan oleh universiti dan kolej kediaman

Pernah dengar mengenai merits? Merits ini merupakan markah yang akan diberikan kepada individu yang banyak menyumbang kepada universiti dan juga kolej kediaman melalui penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan. Contoh seperti Sukan IPT (SukIPT) , menjadi wakil bahas peringkat universiti dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bagi yang ingin ikut dalam kepimpinan, anda boleh menyertai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti masing-masing!

Di peringkat kolej kediaman pula, merits adalah sangat penting bagi mahasiswa dan mahasiswi jika anda masih mahu mendapatkan kolej kediaman pada semester yang akan datang. Dalam erti kata lain, jika anda tidak aktif dalam menyertai aktiviti yang dianjurkan pihak kolej, ada kemungkinan anda tidak akan mendapat kolej kediaman pada sesi hadapan. Sebagai mahasiswa, kita tidak seharusnya belajar 24jam dan terperap di dalam bilik tanpa melakukan sebarang aktiviti sebab ianya agak kurang sihat. Ini adalah nasihat bagi diri sendiri juga, sebab bernasib baik kerana masih mendapat tempat di kolej pada semester hadapan walaupun tidak beberapa terlibat dalam aktiviti kolej selain menjadi Ahli PP Tajaan majalah kolej. Ingat, jangan jadi ULAT BUKU.
.

Berbelanja secara berhemah.

Bab duit ni memang tidak boleh diketepikan sebab jika anda tiada duit, maka anda masih lagi hidup tetapi hidup dalam kesempitan hehe. Setelah bergelar mahasiswa, dah tak boleh makan sedap-sedap seperti makan kat rumah. Lebih-lebih lagi bagi yang menggunakan duit ibubapa sepenuhnya bagi semester awal di universiti. Terpaksa makan ala kadar. Sekarang ni, RM50 boleh habis dalam masa beberapa hari huhu. (Aku selalu habiskan duit kat UMEC, beli smoothie lepas habis kelas sebab hari terik sangat hehe)  Mee Maggie jugalah jadi pilihan sebab nak berjimat walaupun tidak menyihatkan. Jadi belanja lah secara berhemah mengikut kemampuan masing-masing. Walaupun berjaya mendapat biasiswa atau bursari, still kena pandai simpan duit untuk sambung Master atau phD kelak.

Hadir lebih awal ke dalam bilik kuliah.

Jadikan ini sebagai habit anda sebab jika anda terlambat masuk, pensyarah ada yang jenis tak kisah pun. Mereka tak rugi apa-apa sebaliknya anda yang akan rugi. Jika anda adalah jenis yang suka tumpukan perhatian, pilihlah untuk duduk di bahagian hadapan. Senang untuk menanyakan soalan. Namun jika anda adalah jenis yang suka duduk di belakang tetapi dapat memberikan tumpuan sepenuhnya, terserah. Duduklah di penghujung dunia pun boleh.


Rajinkan diri untuk membuka email siswa.

Melalui email siswa ini, pelbagai maklumat am mengenai peluang-peluang penyertaan program exchange ke luar negara, event-event seperti ceramah yang berkaitan dengan bidang pengajian anda akan disalurkan. Bukan itu sahaja, peluang untuk mendapatkan merit untuk universiti juga terdapat dalam sesetengah event yang dianjurkan oleh pihak universiti. Jika anda ingin berhubung dengan pihak fakulti, atau bendahari universiti mengenai pembayaran yuran dan yang lain-lain, email siswa merupakan wadah yang penting harus anda gunakan.

Luaskan daya pemikiran anda

Selain segala persediaan yang telah ditulis di atas, persediaan dari segi mental atau pemikiran juga adalah sangat penting. Bukan apa, tetapi ada golangan ni datang dengan mentaliti sebagai pelajar sekolah menengah, matrikulasi dan STPM. Tidak kurang juga bagi sesetengah yang tidak biasa dengan kehidupan di bandar-bandar besar. Namun, bila sudah bergelar mahasiswa, anda haruslah cepat-cepat adapt dengan kehidupan di universiti dan cara hidup komuniti tersebut. Sebab you are a step higher than before. No more childish thinking. Jika tidak, anda akan mengalami kejutan budaya.

Contact a senior ( or more )

Tips terakhir, contact senior anda. Terutamanya yang sedang melanjutkan pengajian di universiti bakal anda pergi. Mereka sedikit sebanyak boleh menolong anda dalam pendaftaran dan sebagainya. Aku bersyukur juga sebab senior sekolah menengah banyak kat Universiti Malaya ni. Merekalah yang sedikit sebanyak membantu aku sepanjang perjuangan selama satu semester di UM.

Demikianlah sedikit tips yang boleh saya berikan buat semua bakal mahasiswa dan mahasiswi. Walaupun tidak seberapa namun diharapkan dapat memberi manfaat bagi yang memerlukan. Semoga perkongsian ini menjadi wadah untuk kita semua sebagai mahasiswa dan mahasiswi untuk menyiapkan diri masing-masing sebelum melangkah ke alam universiti.
Selamat Maju Jaya saya ucapkan!


Comments