-->
Ronald Robertson

Aaronn Avit Ajeng, PhD

Postdoctoral Researcher
  • Emailaaronnavit@um.edu.my
  • Phone+60 (14) 970 5384
  • ExpertiseBiology and Biochemistry
  • AffiliationUniversiti Malaya (UM)

AKU PILIH UM !

Apa khabar pembaca sekalian?
Sekarang dah masuk minggu ketiga cuti semester, tak sedar bahawa tinggal sebulan lebih lagi baki cuti.

Results final examination akan diumumkan dalam masa beberapa hari lagi, harap-harap lulus semua tak kisahlah kalau tak dekan sebab stumbled sikit awal-awal semester. Hehe

Aku masuk Universiti Malaya bulan Februari yang lepas untuk second intake Fakulti Sains. Masuk directly ke semester 2, namun harus carry subjects dari semester 1 yang aku skip. Sebab itu agak berat sedikit semester ni sebab berbeza sedikit daripada pelajar kemasukan First Intake.

Kesemua pelajar Intake kedua terlepas program Minggu Haluan Siswa (MHS), sebab itu agak lost sedikit sepanjang beberapa minggu di UM. Namun harus menyesuaikan diri secepat yang mungkin sebab orang lain kat depan, takkanlah mahu ditinggalkan kat belakang kot.

Sepanjang berada di Universiti Malaya, saya agak keliru dengan system pembelajaran di sini. Salah satu sebab mengapa adalah ratio Peperiksaan akhir dan assignment yang hampir sama! Bagi bidang pengajian Bioteknologi, ratio peperiksaan akhir kepada assignment/assessment adalah 60:40. Ini bermakna assessment membawa kesan kepada peperiksaan akhir.

Aku menyesal sebab sepanjang berada di UM, ada sesetengah assessment yang aku gagal iaitu dapat C-. Maybe salah diri sendiri sebab tak ambil serious sangat. It is a wakeup call! Walaupun di peperiksaan akhir nampak senang, namun assessment akan membawa kesan yang serious jika tidak dibuat dengan baik. Now, I am getting more anxious about the results, fuhh!

But after all, I am not alone. Syukur sebab sepanjang pengajian di UM, Tuhan mengaruniakan kawan-kawan baik yang selalu bersama aku. They are the reasons why I am still here!

Pernah terlintas di fikiran untuk start fresh, I mean bermula dari awal. Bila terfikir mengenai tawaran belajar di UK yang telah saya terima beberapa bulan yang lepas, aku terdiam sejenak. If only dapat biasiswa penuh untuk belajar di negara 4musim itu sudah semestinya aku akan pergi. Namun apakan daya. Aku akan teruskan perjuangan di Universiti Malaya!

Kalau Tuhan Izinkan, aku akan sambung postgraduate studies di luar negara! Amin.

Doakan aku sentiasa Berjaya!

Comments