-->
Ronald Robertson

Aaronn Avit Ajeng, PhD

Postdoctoral Researcher
  • Emailaaronnavit@um.edu.my
  • Phone+60 (14) 970 5384
  • ExpertiseBiology and Biochemistry
  • AffiliationUniversiti Malaya (UM)

Yayasan Sime Darby Bursary 2016

Halooo semua!

Akhirnya ada masa sekali lagi untuk mengalam sesuatu yang baharu buat korang semua. Bersyukur kepada Tuhan di atas pimpinanNya sepanjang minggu exam 2 minggu yang lepas. ( Last paper susah huhu)

Pada entri kali ini, saya ingin update kepada pembaca mengenai keputusan temuduga Yayasan Sime Darby 2016 yang telah saya lalui bulan Mei yang lepas. Sejujurnya, aku memang tidak sangka akan dapat berita sebegini. Apa beritanya?

AKU DITAWARKAN BURSARI YAYASAN SIME DARBY 2016! YEAY!

Aku terima email beberapa hari yang lepas sebelum cuti semester daripada pihak Sime Darby yang mengatakan bahawa aku telah berjaya dalam temuduga tersebut dan mereka akan menawarkan bursari tersebut. So ini sedikit daripada email tersebut.


The best part about Bursari Yayasan Sime Darby (special needs) ini adalah penerima biasiswa tidak perlu membayar kembali duit tersebut dan tidak perlu bekerja bagi Sime Darby (tiada bond selepas tamat pengajian). Aku bersyukur sangat sebab diberi peluang ini untuk menjadi salah seorang daripada penerima Bursari tersebut. Ceremony tandatangan dan penyerahan bursari akan diadakan pada 11 August ini di Sime Darby Convention Centre(SDCC). Aku akan kongsi gambar-gambar sepanjang majlis penyerahan bursari tersebut okay.

Last but not least, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang tidak pernah berhenti menyokong aku dalam setiap perkara yang aku buat, tak lupa juga kepada keluarga yang aku sayang!

Doakan aku selalu berjaya :)



Comments