-->
Ronald Robertson

Aaronn Avit Ajeng, PhD

Postdoctoral Researcher
  • Emailaaronnavit@um.edu.my
  • Phone+60 (14) 970 5384
  • ExpertiseBiology and Biochemistry
  • AffiliationUniversiti Malaya (UM)

Tips Temuduga Biasiswa (Bursari Yayasan Sime Darby)

Hello kepada semua pembaca, pada kali ini saya akan menerangkan mengenai Temuduga Biasiwa Bursari Sime Darby yang saya telah lalui pada awal bulan March 2016 yang lepas.

Dalam entri ini, saya juga akan menerangkan bagaimana hendak memohon biasiswa daripada Yayasan Sime Darby ini.

Pada sekitar bulan Februari 2016 yang lepas, setelah saya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Bioteknologi, di situ mulanya mengambil inisiatif untuk mencari dana atau tajaan untuk menanggung segala perbelanjaan sepanjang pengajian. Rasa bersalah apabila mak ayah yang terpaksa berkorban dalam membayar segala keperluan ketika belajar. Laman web yang selalu saya gunakan untuk menyemak biasiswa adalah afterschool.my/scholarship. Namun demikian, terdapat beberapa biasiswa/bursari yang tidak dipaparkan di dalam laman web tersebut, kadang-kadang lambat dipaparkan.

Jadi saya mulakan inisiatif dengan mencari sendiri biasiswa-biasiswa yang tidak terdapat di laman web tersebut. Salah satu yang saya telah jumpa adalah Biasiwa Bursari Yayasan Sime Darby. Setelah beberapa hari menghantar permohonan Yayasan Sime Darby, barulah iklan biasiswa ini dipaparkan ke dalam Afterschool.my. Sebab itu, saya sarankan untuk sentiasa semak dahulu dengan laman web rasmi penaja biasiswa sebab ada biasiwa yang kita mungkin tidak pernah perasan.

Segala permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby dilakukan secara online di laman web rasmi. Semua pemohon dikehendaki untuk menyemak syarat-syarat terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan. Jika tidak menepati syarat, pemohon tidak dibenarkan untuk memohon. Hanya pemohon yang menepati syarat akan diberikan external link oleh pihak penaja dalam email yang dihantar.

Dalam permohonan online tersebut,
Sekitar sebulan setelah menghantar permohonan online, saya menerima email jemputan untuk temuduga di Kuching, Sarawak. Alangkah gembira apabila email tersebut, hampir tidak percaya sebab ramai lagi yang memohon kan.


Sebenarnya dalam email ini ada typo (or copy and paste something hehe) . Bukan diploma studies, tetapi Bachelor Degree studies. Saya sudah confirmkan dengan pihak yang menghantar email tersebut.

Sehari sebelum flight ke Kuching, dengan kelam kabutnya saya menyusun segala dokumen yang perlu dibawa ke tempat temuduga. Oleh sebab saya lambat membuka email ini dalam 11 Mei ( 2 hari sebelum tarikh temuduga ) , terpaksa beli tiket last minute. Nasib ada tiket murah ke Kuching. Kebetulan temuduga tersebut diadakan di UNIMAS sebab kebanyakan rakan sedang belajar di sana. Rasa bersyukur sebab sepanjang berada di Kuching, saya menetap bersama kawan rapat yang sedang belajar Perubatan di UNIMAS (save cost, tak payah menetap hotel dan bayar transpot ke UNIMAS) hehe. Hello Dr Jaironi !

Semasa temuduga tersebut, terdapat hanya 8 orang yang hadir termasuk saya. Entahlah jika ada yang telah menghabiskan temuduga tersebut awal. Dan saya adalah yang terakhir dipanggil ke dalam bilik temuduga(tunggu dari pagi sampai tengahari!). Tapi disebabkan hari tersebut adalah Jumaat, salah seorang panel temuduga adalah Muslim, so dia kena habiskan sesi interview terakhir dengan cepat sebab dia kena pergi solat Jumaat (Nasib baik sangat hehe).

Sebelum masuk ke bilik temuduga, saya sempat menemuduga dua orang pelajar lepasan STPM (hehe) tapi mereka masih belum melanjutkan pelajaran ke universiti. Sambil tu sempat promote Universiti Malaya dengan mereka. Bukan apa, cuba untuk berkomunikasi supaya tidak terlalu nervous dan gugup ketika ditanya di bilik temuduga dan tips ini sememangnya berhasil.

Temuduga saya berjalan dengan lancar, dan of course temuduga adalah dalam bahasa Inggeris, namun kadang-kadang panel tersebut akan tanya dalam Bahasa Melayu, nasihat saya adalah try jawab dalam Bahasa Inggeris. Sehinggakan pihak panel tanya kenapa saya boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Saya hanya menjawab dengan sentiasa berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Bukan bermaksud kita hebat dalam berbahasa orang putih, tetapi ia menunjukkan kita yakin dengan kebolehan kita dalam menguasai bahasa utama dunia itu.

Apa yang pihak panel tanya semasa temuduga? BANYAK!


Sejujurnya, saya terlupa memberi salam kepada pihak panel sebab terlalu nervous (aku selalu nervous tak tentu pasal). Pihak panel yang mengingatkan bahawa memberi salam adalah perkara yang penting dalam setiap temuduga, terus saya meminta maaf. I was so nervous for no reason.

Setelah itu, pihak panel mengambil masa membelek dokumen-dokumen yang saya telah kepilkan dan mula menanyakan soalan.

Pihak panel mulakan dengan "Briefly introduce yourself. " Part ini memang asas dalam setiap temuduga. So kena sediakan ayat-ayat yang menarik dan tidak membosankan. Nasihat saya adalah, ringkaskan sebaik mungkin (Nama pun BRIEFLY!) Apa yang patut korang cakap dalam part ni? Itu terserah kepada kreativiti masing-masing tetapi pastikan perkara asas seperti nama, asal mana, umur, sekarang belajar mana mesti ada dan selitkan maklumat-maklumat yang boleh menarik perhatian mereka seperti korang menang Oscar Award tahun lepas ke dan macam-macam lagi or something related dengan kursus pengajian korang. Jangan lah masukkan maklumat seperti " aku menang pertandingan memanjat pokok kelapa peringkat kampung tahun lepas". Hmmmm. Agak-agaknya mereka berminat tak untuk menawarkan korang biasiswa ni? Find something interesting in yourself, oleh sebab itu, preparation awal memang sangat penting.

(yang mengenai menang Oscar Award tu, jangan la ambil serious sangat. Mustahil awak akan menang award tu, awak bukan pelakon. Sekian hehe) 

Pertanyaan seterusnya adalah mengapa saya memohon biasiswa ini. Sejujurnya, saya hilang akal sebentar dalam memikirkan jawapan. Nak cakap family miskin tahap melarat, tak juga. Kaya tahap dewa, of course NOT. So, saya just cakap bahawa saya berasal daripad middle-income family. Mereka juga akan menanya mengenai pekerjaan ayah dan ibu, syarikat apa, gaji sebulan dan yang berkaitan. Bukan bermaksud mereka jaga tepi kain kita, tetapi itu hak mereka sebagai panel temuduga. Jadi nasihat saya hanya satu, ketahuilah apa pekerjaan ibu bapa atau penjaga anda.

Panel temuduga juga tanya mengenai mengapa saya pilih bidang pengajian Bioteknologi di Universiti Malaya. Sini saya mula dengan menerangkan kisah hidup yang sadis apabila saya tidak mendapat tawaran untuk belajar perubatan di universiti awam. Walaupun menerima tawaran daripada universiti swasta, saya menolak sebab kekangan dari segi kewangan. Dari situ saya menerangkan bagaimana saya ended up ambil Bioteknologi dan bukan bidang perubatan. Bidang Bioteknologi dan perubatan adalah sangat berkait rapat, sekurang-kurangnya minat dalam bidang perubatan masih boleh dipupuk secara tidak langsung. Apa itu Bioteknologi? google okay?

Soalan seterusnya yang diajukan adalah bagaimana saya akan melihat diri sendiri dalam masa 10 tahun akan datang. Soalan ni seperti pernah dengar tapi kat mana? Kat sekolah rendah lah. Cikgu sekolah rendah selalu suruh pelajar buat esei "cita-cita saya" dan baca kat depan kelas. Alahai rindunya. Walaupun minat saya dalam bidang perubatan, namun saya cuba sedaya upaya untuk mengaitkannya dengan bidang bioteknologi. Apa yang saya dapat lihat dengan diri sendiri dalam masa 10 tahun akan datang? Hanya Tuhan yang tahu. Tapi korang tak boleh lah jawab macam tu. Memang kena ditendang keluar nanti!

Saya jawab begini " What would I see myself in 10 years time is that I will be a full-time researcher/scientist in the field related to medicine(medicinal biotechnology), inventing new drugs corresponding to the latest diseases based on my knowledge in Biology and Technology and contribute to the public health." 

Again, preparation tu penting. Know what you are doing and what you want to do!

Okay, last part of the interview was for me to ask them questions. So, since Sime Darby ini adalah syarikat yang sangat besar yang meliputi pelbagai aspek sehingga aku pun tak tahu nak tanya apa. Kebetulan before ini, assignment yang diberikan oleh Dr Jasimah bertajuk "Sustainable Development in Malaysia" berkait rapat dengan pembangunan Malaysia dan ia juga berkaitan dengan syarikat-syarikat seperti Sime Darby yang turut menyumbang kepada pembangunan negara.

 Pertanyaan saya begini, "Since I am taking Science and technology as my elective in the university, the recent research that we are required to submit was about sustainable development in Malaysia and what are the problems in achieving it. I am sure that everyone knows about the condition of the nature due to the rapid development, how it continuously deteriorates our nature adds to my concern. I would like to know what kind of approach that Sime Darby would work on to ensure the sustainable development can be achieved."

Nampak sofistikated, namun itu semua adalah hasil pemerahan otak selama satu malam sebelum interview! Setelah mereka menjawab pertanyaan tersebut, kebiasaannya mereka akan tanya sama ada korang masih mempunyai soalan untuk diajukan. Kalau tidak ada, anda dibenarkan untuk keluar dari bilik tersebut. Since saya hanya sediakan satu soalan sahaja, saya dibenarkan untuk keluar. Sebelum keluar, minta diri dahulu dan akhiri dengan "Have a nice day" (jangan lupa senyum!)

Sesi temuduga tersebut berlangsung selama 30 minit. Agak lama tetapi rasa sangat sekejap sebab panel temuduga sangat friendly. Sekian sahaja entri pada kali ini, harap entri ini membawa manfaat kepada sesiapa yang nak hadiri temuduga biasiswa tu. Silakan share dan komen jika anda mempunyai pertanyaan.

Doakan aku supaya dapat biasiswa ni! Aku akan update lagi jika permohonan biasiswa yayasan Sime Darby ini berjaya.

Terima kasih kerana membaca!



UPDATE: TAWARAN BURSARI SIME DARBY 2016 (Baca di sini)













Comments