-->
Ronald Robertson

Aaronn Avit Ajeng, PhD

Postdoctoral Researcher
  • Emailaaronnavit@um.edu.my
  • Phone+60 (14) 970 5384
  • ExpertiseBiology and Biochemistry
  • AffiliationUniversiti Malaya (UM)

Kehidupan Di Matrikulasi.

Apa khabar pembaca sekalian?

Tergerak hati nak update mengenai beberapa perkara yang telah saya lalui ketika belajar di Matrikulasi dulu.

Adik-adik batch 2016/2017 telah pun berjaya mendaftar 6 Jun 2016 yang lepas. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah mendapat tawaran masuk matrikulasi. Yang belum dapat atau tidak dapat tu, semoga korang terus berusaha dan tawakal dalam mencari tempat untuk sambung study. Rezeki Tuhan tu luas, ia ada di mana-mana sahaja. Tidak kurang juga bagi yang telah meminta nota matrikulasi Sains daripada saya, tidak sangka banyak yang email dan minta nota dan e-books tersebut. Semoga semuanya bermanfaat.

Saya juga menerima beberapa buah email yang bertanya mengenai cara survive di matrikulasi, cara nak skor setiap subject dan macam-macam lagi. Saya tidak secemerlang orang lain, CGPA pun okay-okay je, namun apa yang telah saya lalui yang mungkin bakal awak semua lalui dan setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri yang boleh mendewasakan diri sendiri. Jadi saya ingin mengongsikannya dan berharap awak semua dapat manfaat daripada penulisan ini.

Susah ke matrikulasi? / Macam mana nak skor setiap subjek?

Persoalan ini sering ditanya oleh beberapa pengunjung blog dalam email. Susah sangat ke Matrikulasi? Kalau matrikulasi susah, dah ramai yang give up, kot. 

Mengenai matrikulasi susah atau tidak, itu sangat bergantung kepada individu itu tersendiri bagaimana persepsi masing-masing terhadap pembelajaran di matrikulasi. Kalau awak fikir ianya akan senang, ia akan senang. Begitu juga dengan sebaliknya. Semuanya bermula daripada mindset sendiri. Mana-mana tahap pengajian pun susah tetapi dengan memiliki mindset dan tanggapan yang positif akan menyedarkan kita bahawa tiada benda yang mustahil.

Sejurus selepas mengambil keputusan SPM dahulu, rasa bangga sebab dapat 8A1B dan dapat tawaran masuk matrikulasi dan Asasi Sains Hayat UNIMAS. Aku pilih Matrikulasi. Sebab apa? Aku pun tak tahu. Aku tak tahu sistem pelajaran matrikulasi bagaimana jadi saya beranggapan ianya akan sama seperti semasa SPM dahulu. Rupanya, jauh panggang dari api. Semasa semester 1 memang culture shock daripada hari pertama kuliah sehingga habis semester 1. Oleh tulah tak dapat perform sangat time semester 1, Cuma dapat 2A 2B+ sahaja. Jujur, fikiran aku masih melayang sepanjang berada di semester 1. Masih berfikiran seperti pelajar SPM, masih dengan rasa bangga mengenai SPM yang baik namun itu semua tidak akan menentukan bahawa awak juga akan berjaya di matrikulasi.

Semasa hari pertama masuk matrikulasi, buang jauh-jauh rasa ego sebab results SPM gempak daripada orang lain, buang jauh-jauh mentaliti pelajar SPM yang masih berada dalam otak dan mula BARU.

Pelajar-pelajar yang kurang perform semasa SPM dahulu ni la yang selalu 4.00 flat kat matrikulasi. Sebab apa? Sebab mereka tidak ego, mentaliti bukan seperti pelajar SPM sudah dan yang paling penting mereka mula daripada kosong. Zero to Hero!

Namun, aku bersyukur kerana aku kembali 'Normal' setelah melalui kesusahan semasa berada di semester 1. CGPA semester 2 pun okay dengan keputusan keseluruhan 1A 3A-. Berjaya juga menempah tempat di universiti tertua di Malaysia, Universiti Malaya dalam bidang pengajian Bioteknologi. Bila berada di universiti, ceritanya lain lagi. Kalau ada masa, saya akan kongsikan.

Mengenai cara hendak skor setiap subjek, ada banyak cara yang boleh anda aplikasikan sepanjang bergelar pelajar matrikulasi yang telah saya kongsikan beberapa di entri saya yang lepas. Klik di sini untuk membacanya.

Yang paling penting, latihan kena selalu buat. Tiada alasan kenapa awak tidak tahu akan sesuatu topik sedangkan kawan yang lain tahu. Yang membezakan awak dengan kawan awak adalah, dia rajin dan awak malas. Jangan sentap sebab perkara ni memang kenyataan. Tapi aku sedar kekadang aku ni pun pemalas, lagi tambah malas ketika berada di universiti. Hanya mampu berhuhu.

Kalau pensyarah bagi tutorial, exam atau PBL, sila buat yang terbaik sebab itulah salah satu cara bagaimana awak boleh score ketika di final examination sebab semua yang pensyarah bagi akan ada carry mark untuk ujian akhir. Kalau carry mark teruk, tiada cara lain selain buat sehabis baik ketika di final exam.

Selain tu, cari kawan yang pandai, supaya awak senang salin tutorial dia. Ini adalah satu kenyataan. Haha.

Emosi selalu kurang stabil.


Tidak kurang dengan emosi, ia juga mahu ditulis dalam entri kali ini.

Memang benar, hidup di matrikulasi memang mencabar emosi dan selalu tidak stabil. Hormon pun terganggu, sehingga banyak jerawat muncul, Bukan apa, setiap hari (selain Jumaat, aku suka Jumaat sebab dapat tengok movie dengan roomate sampai tengah malam hehe) tidur pukul 1 atau 2 pagi siapkan tutorial dan lab report. Belum masuk revise lagi. Aku selalu revise seminggu (study week) sebelum exam. Yang lain tu depends dengan fokus dalam kelas, sebab aku tahu aku tak akan mampu revise semua semasa study week. Study week pun ada yang main touch and go je.


Sebab itu, carilah kawan rapat yang boleh berkongsi suka duka sepanjang di matrikulasi. Tempat awak menangis dan luahkan perasaan. Sangat penting sebab jika perasaan tu dah terbotol, lama-lama boleh meletup. Elok luahkan.

Aku rasa bersyukur sebab dua kawan rapat sejak sekolah menengah dahulu meneruskan perjuangan di kolej matrikulasi yang sama. Mereka umpama tong besar, tempat aku luahkan segalanya. Even sampai sekarang masih mengisi tong tersebut, entah bila akan penuh.



Terlibat dalam kepimpinan.

Semasa di matrikulasi dahulu, aku merupakan seorang Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), tugas sebagai ketua setiausaha.

Kebiasaannya, jika ada aktiviti kolej, JPP nilah yang akan jadi penggerak supaya aktiviti tersebut berjalan dengan lancar. Tidak kurang juga dengan kolaborasi luar seperti Liaison Officer Kolej Kediaman Cempaka UNIMAS dan yang lain-lain. Hal ini melibatkan kertas-kertas kerja yang banyak dan lebih meluangkan masa berada diluar.

Namun, satu perkara yang aku suka mengenai menjadi seorang JPP ni adalah lawatan ke kolej lain. Disember 2015 lepas, JPP kolej matrikulasi aku mengadakan lawatan sambil belajar di Kolej Matrikulasi Labuan. Part paling best apabila pihak kolej yang menanggung segala tiket penerbangan.

Bukan tu saja, sebagai JPP juga aku berpeluang melawat Kolej Matrikulasi Pahang bersama 2 orang lagi wakil pelajar untuk kursus Peer Assisted Study Session (PASS) selama 4hari 3malam. Terdapat beberapa kenalan baru, dan ada di antara mereka sedang belajar di universiti yang sama.

Jadi, siapa cakap matrikulasi ni tak boleh enjoy? Orang tu salah. Ada masa enjoy, ada masa fokus dalam pelajaran. Find the balance.

Sampai di sini kalam kali ini. Semoga bermanfaat.







Comments