-->

Kehidupan Di Matrikulasi.

  • June 13, 2016
  • by
Apa khabar pembaca sekalian?

Tergerak hati nak update mengenai beberapa perkara yang telah saya lalui ketika belajar di Matrikulasi dulu.

Adik-adik batch 2016/2017 telah pun berjaya mendaftar 6 Jun 2016 yang lepas. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah mendapat tawaran masuk matrikulasi. Yang belum dapat atau tidak dapat tu, semoga korang terus berusaha dan tawakal dalam mencari tempat untuk sambung study. Rezeki Tuhan tu luas, ia ada di mana-mana sahaja. Tidak kurang juga bagi yang telah meminta nota matrikulasi Sains daripada saya, tidak sangka banyak yang email dan minta nota dan e-books tersebut. Semoga semuanya bermanfaat.

Saya juga menerima beberapa buah email yang bertanya mengenai cara survive di matrikulasi, cara nak skor setiap subject dan macam-macam lagi. Saya tidak secemerlang orang lain, CGPA pun okay-okay je, namun apa yang telah saya lalui yang mungkin bakal awak semua lalui dan setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri yang boleh mendewasakan diri sendiri. Jadi saya ingin mengongsikannya dan berharap awak semua dapat manfaat daripada penulisan ini.

Susah ke matrikulasi? / Macam mana nak skor setiap subjek?

Persoalan ini sering ditanya oleh beberapa pengunjung blog dalam email. Susah sangat ke Matrikulasi? Kalau matrikulasi susah, dah ramai yang give up, kot. 

Mengenai matrikulasi susah atau tidak, itu sangat bergantung kepada individu itu tersendiri bagaimana persepsi masing-masing terhadap pembelajaran di matrikulasi. Kalau awak fikir ianya akan senang, ia akan senang. Begitu juga dengan sebaliknya. Semuanya bermula daripada mindset sendiri. Mana-mana tahap pengajian pun susah tetapi dengan memiliki mindset dan tanggapan yang positif akan menyedarkan kita bahawa tiada benda yang mustahil.

Sejurus selepas mengambil keputusan SPM dahulu, rasa bangga sebab dapat 8A1B dan dapat tawaran masuk matrikulasi dan Asasi Sains Hayat UNIMAS. Aku pilih Matrikulasi. Sebab apa? Aku pun tak tahu. Aku tak tahu sistem pelajaran matrikulasi bagaimana jadi saya beranggapan ianya akan sama seperti semasa SPM dahulu. Rupanya, jauh panggang dari api. Semasa semester 1 memang culture shock daripada hari pertama kuliah sehingga habis semester 1. Oleh tulah tak dapat perform sangat time semester 1, Cuma dapat 2A 2B+ sahaja. Jujur, fikiran aku masih melayang sepanjang berada di semester 1. Masih berfikiran seperti pelajar SPM, masih dengan rasa bangga mengenai SPM yang baik namun itu semua tidak akan menentukan bahawa awak juga akan berjaya di matrikulasi.

Semasa hari pertama masuk matrikulasi, buang jauh-jauh rasa ego sebab results SPM gempak daripada orang lain, buang jauh-jauh mentaliti pelajar SPM yang masih berada dalam otak dan mula BARU.

Pelajar-pelajar yang kurang perform semasa SPM dahulu ni la yang selalu 4.00 flat kat matrikulasi. Sebab apa? Sebab mereka tidak ego, mentaliti bukan seperti pelajar SPM sudah dan yang paling penting mereka mula daripada kosong. Zero to Hero!

Namun, aku bersyukur kerana aku kembali 'Normal' setelah melalui kesusahan semasa berada di semester 1. CGPA semester 2 pun okay dengan keputusan keseluruhan 1A 3A-. Berjaya juga menempah tempat di universiti tertua di Malaysia, Universiti Malaya dalam bidang pengajian Bioteknologi. Bila berada di universiti, ceritanya lain lagi. Kalau ada masa, saya akan kongsikan.

Mengenai cara hendak skor setiap subjek, ada banyak cara yang boleh anda aplikasikan sepanjang bergelar pelajar matrikulasi yang telah saya kongsikan beberapa di entri saya yang lepas. Klik di sini untuk membacanya.

Yang paling penting, latihan kena selalu buat. Tiada alasan kenapa awak tidak tahu akan sesuatu topik sedangkan kawan yang lain tahu. Yang membezakan awak dengan kawan awak adalah, dia rajin dan awak malas. Jangan sentap sebab perkara ni memang kenyataan. Tapi aku sedar kekadang aku ni pun pemalas, lagi tambah malas ketika berada di universiti. Hanya mampu berhuhu.

Kalau pensyarah bagi tutorial, exam atau PBL, sila buat yang terbaik sebab itulah salah satu cara bagaimana awak boleh score ketika di final examination sebab semua yang pensyarah bagi akan ada carry mark untuk ujian akhir. Kalau carry mark teruk, tiada cara lain selain buat sehabis baik ketika di final exam.

Selain tu, cari kawan yang pandai, supaya awak senang salin tutorial dia. Ini adalah satu kenyataan. Haha.

Emosi selalu kurang stabil.


Tidak kurang dengan emosi, ia juga mahu ditulis dalam entri kali ini.

Memang benar, hidup di matrikulasi memang mencabar emosi dan selalu tidak stabil. Hormon pun terganggu, sehingga banyak jerawat muncul, Bukan apa, setiap hari (selain Jumaat, aku suka Jumaat sebab dapat tengok movie dengan roomate sampai tengah malam hehe) tidur pukul 1 atau 2 pagi siapkan tutorial dan lab report. Belum masuk revise lagi. Aku selalu revise seminggu (study week) sebelum exam. Yang lain tu depends dengan fokus dalam kelas, sebab aku tahu aku tak akan mampu revise semua semasa study week. Study week pun ada yang main touch and go je.


Sebab itu, carilah kawan rapat yang boleh berkongsi suka duka sepanjang di matrikulasi. Tempat awak menangis dan luahkan perasaan. Sangat penting sebab jika perasaan tu dah terbotol, lama-lama boleh meletup. Elok luahkan.

Aku rasa bersyukur sebab dua kawan rapat sejak sekolah menengah dahulu meneruskan perjuangan di kolej matrikulasi yang sama. Mereka umpama tong besar, tempat aku luahkan segalanya. Even sampai sekarang masih mengisi tong tersebut, entah bila akan penuh.



Terlibat dalam kepimpinan.

Semasa di matrikulasi dahulu, aku merupakan seorang Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), tugas sebagai ketua setiausaha.

Kebiasaannya, jika ada aktiviti kolej, JPP nilah yang akan jadi penggerak supaya aktiviti tersebut berjalan dengan lancar. Tidak kurang juga dengan kolaborasi luar seperti Liaison Officer Kolej Kediaman Cempaka UNIMAS dan yang lain-lain. Hal ini melibatkan kertas-kertas kerja yang banyak dan lebih meluangkan masa berada diluar.

Namun, satu perkara yang aku suka mengenai menjadi seorang JPP ni adalah lawatan ke kolej lain. Disember 2015 lepas, JPP kolej matrikulasi aku mengadakan lawatan sambil belajar di Kolej Matrikulasi Labuan. Part paling best apabila pihak kolej yang menanggung segala tiket penerbangan.

Bukan tu saja, sebagai JPP juga aku berpeluang melawat Kolej Matrikulasi Pahang bersama 2 orang lagi wakil pelajar untuk kursus Peer Assisted Study Session (PASS) selama 4hari 3malam. Terdapat beberapa kenalan baru, dan ada di antara mereka sedang belajar di universiti yang sama.

Jadi, siapa cakap matrikulasi ni tak boleh enjoy? Orang tu salah. Ada masa enjoy, ada masa fokus dalam pelajaran. Find the balance.

Sampai di sini kalam kali ini. Semoga bermanfaat.







Aaronn Avit Ajeng is presently a Ph.D. student in Biology and Biochemistry at the Universiti Malaya (UM) Malaysia.

48 Comments:

  1. Aaron, awk tahu tak mngenai yuran utk progm 2 thun (pdt) dan pemberian elaun utk pdt bgaimana pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Helo anon, maaf saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai hal tersebut. maaf ya.

      Delete
  2. Wah tq bro aaron....banyk bg info . ada ayt yg boost smngt untuk Org yg x brape pandai cam saye ni...tq sgt bro...saye share dgn kawan2 k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Syada, you are welcome :) Boleh silakan share ya.

      Delete
  3. Pembelajaran sains dlm bhasa inggeris or melayu?sbb ada yg kata bi ada yg kata bm.terima kasih urk entry..membantu saya yg sdg dlm persediaan 😁😁😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembelajaran sains fully conducted dalam Inggeris. :) Tidak dalam BM, maybe time lecturer explain tu dalam BM kot haha.

      Delete
  4. huhu rasa macam tak sabar pulak nak masuk matriks 4 jun ni ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Iman, saya juga pernah lalui apa yang awak akan lalui. Excited juga sebab first time berjauhan dengan family. Enjoy your time di matriks :)

      Delete
    2. HEY AARON nak tanya permohonan ke matriks ni negeri sarawak high demand tak.. saya teringin nk belajar dekat sarawak sbb saya suka nature di sana ��

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Hi Danny Channel, Kolej Matrikulasi Sarawak buat masa ini masih menumpang di Kolej Vokasional, belum ada bangunan matrikulasi sendiri dan jumlah pelajar hanyalah dalam lingkungan 70-100+ orang sahaja. Rata-rata pelajar di matrikulasi tersebut adalah daripada Sarawak. Pada batch saya dahulu, hanya 2-3 orang sahaja daripada Semenanjung.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Thank you for the info. Sangat bermanfaat. Btw, buku nota matrikulasi yg terpakai tu masih jual lagi? ke orang lain dah beli?

    ReplyDelete
  7. Hi maaf nak tanya.pemarkahan di matrik sama ke mcm pemarkahan masa spm?(90 baru A+?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada A+ di matrikulasi. Paling tinggi hanyalah A (4.00). Rasanya kena dapat 88 ke atas baru consider A.

      Delete
  8. Hai...klu sya lupa beli setem hasil,dorg ada sediakan x setem hasil tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi biasanya beli sendiri. Cuba tanya dekat HEP nanti. Tak pun, beli d post office berdekatan

      Delete
  9. Hi Aaron,

    Saya dah berdaftar sebagai pelajar di KMM, saya nak tanya, nak jadi JPP tu macam mana eh? Susah ke? Saya berhasrat nak ambik medic, jadi kena lah koko strong jugak.. tapi saya segan jugak la nak public speaking semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, try tanya dengan bahagian HEP dan dapatkan borang ye. Tak payah lah segan, sebab tu la namanya pemimpin. Bukan setakat nak jadi JPP je, kena juga well rounded dalam hal2 seperti speaking skills ya. I wish you all the best!

      Delete
  10. Nk tanya sikit...matriks suruh bawak sluar slack 3 helai... seluar tu kita akn guna banyak sgt ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, mostly ke kelas akan guna seluar slack. So 3 tu cukup kot kalau awak guna satu untuk dua hari. ahha.

      Delete
  11. Sya dapat matrik pahang!!!...wish me luck😭😭!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Daus, semoga berjaya dalam matrikulasi. Buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga ya. Semoga dapat apa yang dicita-citakan.

      Delete
  12. hai abg aaron. hmm, saya dpt tawaran matrikulasi sarawak. dan abg aaron kata subjek kimia dan matematik itu subjek wajib kan. jadi, saya nak tanya. kalau masa spm kimia takleh nak score sgt, boleh ke nak score kat matriks? boleh lagi ke saya nak belaja dari mula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, wah congrats. Nanti contact saya lepas masuk matriks tu okay. hehe. TAKPE kalau tak skor sangat masa SPM, like i said, MATRICULATION IS A NEW START for you. apa yang dia ajar masa semester 1 tu mmg utk refresh balik benda benda penting masa SPM so awak ingat balik. Penting juga utk selalu revise okay.

      Delete
  13. Hi Aaron, will there be any complications for me if i didn't bring my laptop along to matrics especially when i took computer science? Secondly, is it necessary to bring along the SPM reference book?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there DB, there will be a computer lab provided for CS students so it's okay leave your laptop at home.

      Delete
  14. hai abg aaron , barangan elektrik mcm cerek elektrik , seterika ,charger phone boleh bwk ke sbb apa yg saya baca xboleh tapi a few seniors said boleh , so boleh ke tidak ? secondly , is it okay if saya bwk mknn mcm biskut dlm bilik sbg peneman stay up ? tu je semoga abg aaron boleh jwb pertanyaan saya .

    Sebenarnya saya risau sgt nak masuk matriks idk why i guess sbb ramai yg ckp PST ni learning process dia laju .But then when I read your post its really help me to gain my confidence and to just ignore all those words . yass everything is depends on ourselves.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, charger phone boleh tapi cerek, seterika dan periuk tu barang larangan. Tapi dulu saya ada curi-curi2 bawa seterika dan periuk sebab warden sporting dan faham keadaan student. Depends lah ye dengan warden tempat kediaman awak nanti.

      Haha, makanan tu kalau dilarang dalam bilik memang saya dah keluar matrikulasi terus. Boleh je bawa makanan dalam bilik. Makan lah sampai puas ye. Kalau awak nak bawa cerek utk masak air (let's say kolej takda sediakan tempat utk air panas), awak bawa je tapi pandai-pandai sorokkan.

      Delete
    2. Goodluck dalam matrikulasi, yakin boleh! Thanks sebab sudi singgah blog.

      Delete
  15. Hi Aaron, saya just nk luahkan perasaan sy yg baru seminggu berdaftar di matriks ni. Act, saya rasa sgt² down skarang ni sbb sy tak confident if sy boleh catch up semua subj dlm masa yg sgt2 singkat ni. Bole awk bg some advice kat sy supaya sy ade semangat& kekuatan utk blajar kat sini? And give tips cara bahagikan masa dgn bijak pls. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi anon, I was feeling exactly the same when I first entered matriks. Tapi, jangan biarkan rasa takut tak dapat catch up dengan silibus matriks tu consume awak. Jangan stress. Apa yang awak patut buat sekarang, mulakan dengan sikap terbuka untuk menerima setiap content pelajaran, it's too early to give up. Saya faham awak akan belajar sangat banyak benda dalam satu hari namun cuba usahakan untuk revise balik apa yang awak belajar pada hari tu juga, jangan simpan sampai last minit baru belajar. Dalam kelas, awak kena ambil nota tambahan sendiri juga so awak faham apa yang lecturer sampaikan dari perspektif pemahaman awak. Rujuk nota tu balik bila nak ulangkaji.

      Bahagi masa sangat senang, sebab awak tak banyak masa sangat semasa matriks.

      Dulu saya bahagi masa macam ni:

      7.00 am - 5.30 pm : Kelas , tutorial
      6.00 pm - 6.43 pm : Jogging, exercise
      7.00 pm - 8.30 pm : mandi, cuci baju, makan malam.
      8.30 pm -10.00 pm : Buat tutorial based on lecture hari tu
      11.00 pm - 12.30 am : Buat lab report, tidur.

      kecuali pada hari jumaat, saya akan luang masa untuk tengok movie dengan roomate pada sebelah malam. Jangan stress okay, i wish you all the best! Buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.

      Delete
  16. sesiapa yg membaca, minta tlong share lecture notes (pdf) sem 1 n sem 2 modul 1 please.. sharing is caring..send kt email saifulufias1998@gmail .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Saiful, saya dah email awak nota tersebut. Semoga bermanfaat!

      Delete
  17. Hi Aaronn, can you share some lecture notes ? josephineloo1112@gmail.com
    Thanks in advanced ^^

    ReplyDelete
  18. Hi Aaron. May I know some tips on what a slow learner should do before going for matriks? And do you have some notes that I could use as a reference?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, i am a slow learner too but i keep up with my own pace. Do a lot of practice, don’t be shy to ask questions, approach any friend that is knowledgeable in particular topics to teach you but most importantly to have your own study style. Your friends’ study technique might not suit you. You need to know what suits you the most and follow it.

      Delete
    2. Thanks for the advices. Do you still have your lecture notes that I could use?
      Here's my email: chrisalvin4@gmail.com

      Delete
    3. Thanks Aaron! Ur advice gain my confidence back XD Could u send ur lecture notes for me too
      nisa03109@gmail.com

      Delete
  19. share dengan saya notes tu juga please, rinafarhanah0119@gmail.com
    thanks in advanced.

    ReplyDelete
  20. Hi semua, bagi yang inginkan nota matrikulasi silakan email aaronnavit@gmail.com

    ReplyDelete
  21. Hi aaron ,kenapa saya x dpt view latest comment dkt blog? Dah try phone lain ngan pc pun xdapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya sendiri pun ada masalah view comment sendiri. Blogger sekarang loading sedikit bila komen ditambah.

      Delete
  22. Hi, nak tanya kalau matrikulasi ambik science komputer, apa subjek akan belajar, and apa requirements untuk result SPM?

    ReplyDelete

Aaronn Avit Ajeng
+6014 -970 5384
Kuala Lumpur, Malaysia

SEND ME A MESSAGE