-->
Ronald Robertson

Aaronn Avit Ajeng, PhD

Postdoctoral Researcher
  • Emailaaronnavit@um.edu.my
  • Phone+60 (14) 970 5384
  • ExpertiseBiology and Biochemistry
  • AffiliationUniversiti Malaya (UM)

Contoh Karangan SPM: Remaja Tonggak Masa Hadapan Negara

Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb

Point of View: Diri sendiri (penggunaan “saya” )

Penulis: AARONN AVIT AJENG (5 ALAMANDA, SMK MERBAU)

    “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”.  Sudah terang lagi bersuluh bahawa pemuda-pemudi dalam negara kita merupakan individu yang bakal memacu pentadbiran negara pada masa hadapan. Dalam mencapai status negara maju pada tahun 2020, pelbagai cabaran dan konkurensi yang sengit yang harus ditempuhi oleh negara dan hal-hal ini perlu dipikul oleh golongan belia dalam negara kita kerana merekalah merupakan nadi kepada bangsa Malaysia. Oleh yang demikian, saya sebagai remaja, haruslah menyiapkan diri dalam pelbagai aspek sebelum saya menggalas tugas sebagai pemimpin negara pada masa akan datang. Persoalannya, apakah ciri-ciri yang harus saya miliki sebagai belia yang akan menjadi tonggak negara pada masa hadapan?

    Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi, “Ibarat keris panjang sekeluk, ke mana pergi ke mana elok” yang bermaksud seorang pemimpin yang baik akan tetap berguna kepada rakyat walau di mana-mana dia berada. Seorang pemimpin yang baik hendaklah mempunyai pedagogi ataupun pendidikan yang tinggi. Pendidikan merupakan wahanayang tepat kerana pendidikan mampu mematangkan pemikiran seseorang. Dengan adanya pemikiran yang matang, buah fikiran yang baik untuk mencetuskan pembangunan negara mampu dicetuskan. Saya dan belia-belia lain hendaklah menggunapakaikan pendidikan dengan sebaik-baiknya kerana sebuah bangsa yang tidak mempunyai pendidikan merupakan sebuah bangsa yang tidak akan pernah maju. Oleh itu, sebagai pemacu pentadbiran negara pada masa hadapan, saya haruslah menjadi seseorang yang berpendidikan kerana persis mutiara kata “ Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu menjaga manusia sedangkan harta dijaga oleh manusia”.

    Seterusnya, ciri-ciri yang perlu saya miliki adalah patuh kepada ajaran agama. Ajaran agama merupakan akses fundamental kepada keperibadian yang lebih sempurna dan mulia. Hal ini demikian , ajaran yang disampaikan oleh agama dapat dipraktikkan oleh masyarakat dalam kehidupan harian. Hasilnya ialah, sebuah komuniti yang lebih bertamadun dapat diwujudkan. Selain itu, dengan adanya ajaran agama, saya dapat menggelakkan diri daripada terjebak dalam kancah sosial di luar rumah. Hal ini disebabkan oleh kemurniaan ajaran sesebuah agama dapat mematangkan pemikiran seseorang. Dengan berbekalkan pemikiran yang matang, seseorang itu dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa ajaran agama amat penting dalam menyediakan seseorang individu untuk menjadi pemimpin masa hadapan.

    Bukan itu sahaja, untuk menjadi tonggak negara pada masa hadapan saya hendaklah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran. Kemahiran-kemahiran seperti kemahiran komunikasi di hadapan umum, kemahiran bersosial dan sebagainya perlu dikuasai untuk menambahkan keyakinan diri. Seseorang pemimpin perlulah mempunyai keyakinan diri dalam menjalankan tugas mereka. Dengan itu, mereka akan sentiasa disanjungi dan dihormati oleh masyarakat yang dipimpin oleh mereka. Selain itu, saya hendaklah mempunyai motivasi ekstrinsik dan instrinsik bagi membolehkan saya bersemangat dan dapat mendorong saya ke arah yang lebih maju kerana lebih banyak motivasi diri seseorang itu, lebih terdorong juga seseorang itu untuk memajukan dirinya.

    Riwayat Muslim ada mengatakan “sedarlah, bahawa setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab terhadap kepimpinan kamu”.Riwayat ini jelas menyatakan bahawa seseroang pemimpin haruslah mempunyai nilai bertanggungjawab dalam diri mereka. Hal ini demikian kerana tanggungjawab dalam kepimpinan, mustahil kita dapat menggembalakan manusia. Ibu bapa dan para guru di sekolah hendaklah mempraktikkan nilai ini didalam diri anak-anak mereka dengan menunjukkan sikap yang bertanggungjawab dalam setiap perlakuan mereka. Golongan ini haruslah ingat bahawa anak-anak akan memerhatikan dan mengikuti semua jejak orang yang lebih dewasa dan mereka persis mutiara kata “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”.  Tuntasnya seseorang pemimpin perlu mempunyai nilai bertanggungjawab dalam dirinya.

Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb

    Selain itu, pemimpin negara pada masa hadapan hendaklah meletakkan agenda perpaduan negara sebagai yang terpenting. Agenda perpaduan tersebut melebihi segala agenda penting yang diperlukan dalam membangunkan negara yang maju. Sekiranya seseorang pemimpin tidak mengetengahkan perpaduan dalam membangunkan negara, pasti pembangunan negara tidak akan dapat mencapai matlamatnya. Selain itu, saya juga perlu mempraktikkan perpaduan sesama rakan-rakan di sekolah. Dengan modus operandi yang sebegini, saya dapat menonjolkan jati diri sebagai seorang pemimpin yang berkaliber pada masa hadapan. Bukan itu sahaja, saya juga bersedia memperjuangkan kemerdekaan tanah air supaya tidak dijajah buat kali yang kedua kerana kemerdekaan sesebuah negara yang tidak mudah dicapai, bak kata Tun Dr Mahathir “..bukan kecil tugas kita untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan kerana mengisi kemerdekaan itu lebih sengsara”.

   Natijahnya, menjadi seorang pemimpin bukanlah sesuatu  yang mudah untuk dilaksanakan. “Kurangkan bercakap, lebihkan tindakan” merupakan prinsip seseorang pemimpin yang baik. Saya sedar bahawa sebagai seorang belia yang bakal memegang tonggak negara pada masa hadapan perlulah seimbang dari semua aspek dan tidak seharusnya bersikap seperti segelintir pemimpin yang hanya makan gaji dan bersikap materialistik namun tidak melakukan apa-apa yang mendatangkan faedah buat masyarakat. Selain itu, saya hendaklah bijak memanfaat setiap peluang yang terbuka untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan. Oleh yang demikian, belia pada zaman pascakemerdekaan ini tidak seharusnya hanyut dibawa arus kemodenan kerana belia pada hari ini adalah cerminan negara pada masa yang akan datang.


Comments