Contoh Karangan SPM: Remaja Tonggak Masa Hadapan Negara
Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb
Point of View: Diri sendiri (penggunaan “saya” )
Penulis: AARONN AVIT AJENG (5 ALAMANDA, SMK MERBAU)
“Pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara”.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa pemuda-pemudi dalam negara kita
merupakan individu yang bakal memacu pentadbiran negara pada masa hadapan.
Dalam mencapai status negara maju pada tahun 2020, pelbagai cabaran dan konkurensi
yang sengit yang harus ditempuhi oleh negara dan hal-hal ini perlu
dipikul oleh golongan belia dalam negara kita kerana merekalah merupakan nadi
kepada bangsa Malaysia. Oleh yang demikian, saya sebagai remaja, haruslah
menyiapkan diri dalam pelbagai aspek sebelum saya menggalas tugas sebagai
pemimpin negara pada masa akan datang. Persoalannya, apakah ciri-ciri yang
harus saya miliki sebagai belia yang akan menjadi tonggak negara pada masa
hadapan?
Terdapat
peribahasa Melayu yang berbunyi, “Ibarat keris panjang sekeluk, ke mana pergi
ke mana elok” yang bermaksud seorang pemimpin yang baik akan tetap
berguna kepada rakyat walau di mana-mana dia berada. Seorang pemimpin yang baik
hendaklah mempunyai pedagogi ataupun pendidikan yang tinggi. Pendidikan merupakan wahana
yang tepat kerana pendidikan mampu mematangkan pemikiran seseorang. Dengan
adanya pemikiran yang matang, buah fikiran yang baik untuk mencetuskan
pembangunan negara mampu dicetuskan. Saya dan belia-belia lain hendaklah
menggunapakaikan pendidikan dengan sebaik-baiknya kerana sebuah bangsa yang
tidak mempunyai pendidikan merupakan sebuah bangsa yang tidak akan pernah maju.
Oleh itu, sebagai pemacu pentadbiran negara pada masa hadapan, saya haruslah
menjadi seseorang yang berpendidikan kerana persis mutiara kata “
Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu menjaga manusia sedangkan harta
dijaga oleh manusia”.
Seterusnya,
ciri-ciri yang perlu saya miliki adalah patuh kepada ajaran agama. Ajaran agama
merupakan akses fundamental kepada keperibadian yang lebih sempurna dan
mulia. Hal ini demikian , ajaran yang disampaikan oleh agama dapat dipraktikkan
oleh masyarakat dalam kehidupan harian. Hasilnya ialah, sebuah komuniti yang
lebih bertamadun dapat diwujudkan. Selain itu, dengan adanya ajaran agama, saya
dapat menggelakkan diri daripada terjebak dalam kancah sosial di luar
rumah. Hal ini disebabkan oleh kemurniaan ajaran sesebuah agama dapat
mematangkan pemikiran seseorang. Dengan berbekalkan pemikiran yang matang,
seseorang itu dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk. Oleh itu,
tidak dapat dinafikan bahawa ajaran agama amat penting dalam menyediakan
seseorang individu untuk menjadi pemimpin masa hadapan.
Bukan
itu sahaja, untuk menjadi tonggak negara pada masa hadapan saya hendaklah
melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran. Kemahiran-kemahiran seperti
kemahiran komunikasi di hadapan umum, kemahiran bersosial dan sebagainya perlu
dikuasai untuk menambahkan keyakinan diri. Seseorang pemimpin perlulah
mempunyai keyakinan diri dalam menjalankan tugas mereka. Dengan itu, mereka
akan sentiasa disanjungi dan dihormati oleh masyarakat yang dipimpin oleh
mereka. Selain itu, saya hendaklah mempunyai motivasi ekstrinsik dan instrinsik
bagi membolehkan saya bersemangat dan dapat mendorong saya ke arah yang
lebih maju kerana lebih banyak motivasi diri seseorang itu, lebih terdorong
juga seseorang itu untuk memajukan dirinya.
Riwayat
Muslim ada mengatakan “sedarlah, bahawa setiap daripada kamu
adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab terhadap kepimpinan kamu”.
Riwayat ini jelas menyatakan bahawa seseroang pemimpin haruslah mempunyai nilai
bertanggungjawab dalam diri mereka. Hal ini demikian kerana tanggungjawab dalam
kepimpinan, mustahil kita dapat menggembalakan manusia. Ibu bapa dan para guru
di sekolah hendaklah mempraktikkan nilai ini didalam diri anak-anak mereka
dengan menunjukkan sikap yang bertanggungjawab dalam setiap perlakuan mereka.
Golongan ini haruslah ingat bahawa anak-anak akan memerhatikan dan mengikuti
semua jejak orang yang lebih dewasa dan mereka persis mutiara kata “Guru
kencing berdiri, murid kencing berlari”. Tuntasnya seseorang pemimpin perlu mempunyai
nilai bertanggungjawab dalam dirinya.
Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb
Selain
itu, pemimpin negara pada masa hadapan hendaklah meletakkan agenda perpaduan
negara sebagai yang terpenting. Agenda perpaduan tersebut melebihi segala
agenda penting yang diperlukan dalam membangunkan negara yang maju. Sekiranya
seseorang pemimpin tidak mengetengahkan perpaduan dalam membangunkan negara,
pasti pembangunan negara tidak akan dapat mencapai matlamatnya. Selain itu,
saya juga perlu mempraktikkan perpaduan sesama rakan-rakan di sekolah. Dengan modus
operandi yang sebegini, saya dapat menonjolkan jati diri sebagai
seorang pemimpin yang berkaliber pada masa hadapan. Bukan
itu sahaja, saya juga bersedia memperjuangkan kemerdekaan tanah air supaya
tidak dijajah buat kali yang kedua kerana kemerdekaan sesebuah negara yang
tidak mudah dicapai, bak kata Tun Dr Mahathir “..bukan kecil tugas kita untuk
meneruskan perjuangan kemerdekaan kerana mengisi kemerdekaan itu lebih
sengsara”.
Natijahnya,
menjadi seorang pemimpin bukanlah sesuatu
yang mudah untuk dilaksanakan. “Kurangkan bercakap, lebihkan tindakan” merupakan
prinsip seseorang pemimpin yang baik. Saya sedar bahawa sebagai seorang belia
yang bakal memegang tonggak negara pada masa hadapan perlulah seimbang dari
semua aspek dan tidak seharusnya bersikap seperti segelintir pemimpin yang hanya
makan gaji dan bersikap materialistik namun tidak melakukan apa-apa yang
mendatangkan faedah buat masyarakat. Selain itu, saya hendaklah bijak memanfaat
setiap peluang yang terbuka untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan. Oleh yang
demikian, belia pada zaman pascakemerdekaan ini tidak seharusnya hanyut dibawa
arus kemodenan kerana belia pada hari ini adalah cerminan negara pada masa yang
akan datang.
13 Post a Comment
Izinkan saya menggunakan teks ini sebagai rujukan untuk prtndingan pidato.. Terima Kasih :)
ReplyDeleteSilakan, semoga berjaya dalam pertandingan tersebut!
DeleteSO TALENTED...SMK MERBAU MIRI??
ReplyDeleteYup, former student. SPM batch 2013. :)
DeleteBagus! Perkataan yang digunakan tidak klise.
ReplyDeleteTerima kasih Netizen Cakna!
DeleteTerima kasih. Nice essay ^^
ReplyDeleteyou're welcome!
DeleteIzinkan saya gunakan teks ini utk pertandingan pidato
ReplyDeleteHello Arif, silakan. Semoga berjaya dik
DeleteIzinkan saya salin untuk karangan pdpc 😁
ReplyDeleteULASAN TOPIK YANG MENARIK,BANGKITLAH ANAK MUDA DEMI MASA HADAPAN NEGARA,AYUH MALAYSIAKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletebanyak membantu , btw ini masuk exam pertengahan tahun TQ
ReplyDelete