-->
Ronald Robertson

Aaronn Avit Ajeng, PhD

Postdoctoral Researcher
  • Emailaaronnavit@um.edu.my
  • Phone+60 (14) 970 5384
  • ExpertiseBiology and Biochemistry
  • AffiliationUniversiti Malaya (UM)

Cara Melanjutkan Pelajaran Ke Luar Negara - United Kingdom (Part 1)

Hi dan selamat datang buat pembaca semua!

Semakin berisi setelah 7 bulan(still counting hehe) duduk terperap dalam rumah. Kawan-kawan lain dah sambung belajar. Aku ni masih di sini menanti dan terus menanti.

Sebenarnya saya dah apply ke Universiti Malaya(UM) untuk pengambilan autonomi Semester kedua Ambilan Februari 2016. Sekarang ni tengah hope for the best. Harap2 dapat apa yang saya nak. Jangan lah course lelong lagi macam yang dah terjadi kat UPU tempoh hari! Disebabkan lelong tu lah jadi tangguh setahun nak amek degree. LJika bukan disebabkan minat dalam bidang perubatan, dah lama aku give up dan sambung je dengan course lelong tu huhu.

Selain UniversitI Malaya, saya juga cuba memohon kepada universiti-universiti luar negara contoh di England dengan menggunakan keputusan Matrikulasi dan SPM 1119 English melalui sistem yang seiras dengan UPU iaitu UCAS. Antara universiti yang telah saya mohon ialah University Of Manchester, Exeter College Oxford, University of Nottingham, University of Birmingham dan Queen’s University, Belfast. Limit UCAS adalah hanya 5 buah universiti sahaja. Saya apply bidang2 Sains je, tak kuasa nak minta Perubatan walaupun minat sangat dengan bidang tu. Tapi I’ve got plans! Haha.

Yang mengejutkan saya, University of Manchester yang merupakan universiti ke-33 terbaik DI DUNIA (Universiti Malaya berada di tangga ke-146!) membalas permohonan saya dalam bidang Biochemistry yang saya telah pohon. Mula-mula email daripada International admissions University of Manchester masuk. Aku pun baca, dan rupanya mereka meminta salinan Sijil Matrikulasi. Aku bagi lah melalui email balik. Papp! 2 hari kemudian, aku dapatlah email daripada UCAS ni, cakap “something has changed in your UCAS application bla bla bla” aku buka profile UCAS aku , lihat status permohonan.. DUSH! “University of Manchester is offering you a place in Biochemistry starting September 2016 at the point of entry 1 ……….” aku terdiam. Fikir sejenak. Perasaan bercampur. Lalu aku tetiba happy bila dapat tahu yang universiti terbaik dunia tu menawarkan tempat untuk kemasukan Biochemistry. Hahaha poyo. Yup memang benar, Universiti tersebut menawarkan tempat untuk aku study.

University of Manchester ni merupakan salah sebuah universiti dunia yang menerima Sijil Matrikulasi dan English 1119 yang terdapat dalam sijil SPM. Untunglah yang 1119 English aku time SPM lepas dapat 2A (yang terbaik 1A) so aku pass kesemua syarat masuk. Eh nanti, takkan terus masuk? Duit mana? Umm sebenarnya duit nilah yang membuatkan aku selalu took a step back daripada semua perkara yang aku nak buat. Lagipun aku belum lagi berada dalam mana-mana ikatan pinjaman pelajaran. Ayah bukannya pegang pen dan duduk dalam office, bergaji 10k 20k sebulan.. Itulah hakikat sebenarnya. Sebab itu, sebagai backup plan, aku apply pula ke universiti terbaik di Malaysia, Universiti Malaya dalam bidang Biokimia sepertimana telah aku apply di University of Manchester( nasib selalu check laman web UM, kalau tak, mampus!) tapi plan nak pergi Manchester, akan tetap dalam tindakan! Hehehe. Kalau UM tak bagi tempat untuk aku, entahlah. Uni. Of Manchester sporting je bagi aku tempat hehehe (sarcastic mood)

Universiti yang lain dalam permohonan UCAS belum lagi menjawab permohonan aku. So belum dapat update lah yer. Stay tuned!

Comments