-->
Ronald Robertson

Aaronn Avit Ajeng, PhD

Postdoctoral Researcher
  • Emailaaronnavit@um.edu.my
  • Phone+60 (14) 970 5384
  • ExpertiseBiology and Biochemistry
  • AffiliationUniversiti Malaya (UM)

Kepayahan mengejar impian hidup.

hello again buat pembaca blog Ordinary Guy.
tengok tajuk pun Aaronn hanya mampu mengeyakannya. Ya memang payah mengejar impian ni, lebih lagi semasa nak ambil degree. Aaronn sendiri telah merasakannya dan sedang merasakannya. huhuhu

dalam entri kali ini, saya akan menceritakan satu-persatu kisah yang telah berlaku sepanjang bergelar seorang pelajar.

Aaronn dulu sekolah rendah di SJK(C) Chung Hua Pujut Miri dari Tahun 1 hingga UPSR pada Tahun 6. so Bahasa Cina tu agak fasihlah hehehe 我爱你 !

SJK(C) Chung Hua Pujut Miri.



keputusan UPSR dulu taklah sehebat mana sebab dulukan masih berfikiran mahu bermain ja keja. result UPSR pun main je. Aaronn dapat 1A3B3C , syukur takda yang gagal.
saya telah menanam cita-cita untuk menjadi seorang Doktor sejak tadika lagi, entah kenapa sampai hari ini impian itu masih belum pudar dan sentiasa menjadi pegangan. :)

Pada tahun 2009, saya telah melangkah ke alam pasca kebudakan-budakan iaitu alam yang ingin tahu segalanya "curiousity" . alam remaja lah senang katakan.
saya mendapat pendidikan yang sempurna sepanjang berada di sekolah menengah tercinta iaitu SMK Merbau, Miri
dipetik dari : http://smkmerbaumiri.weebly.com/


Semasa Form 1, wah gembira kerana dapat berjumpa dengan banyak kawan yang baharu, mulalah pergaulan yang sikit bebas dengan kawan-kawan sejak itu. Saya ditempatkan dalam kelas Cempaka sehinggalah Form 3. Dalam tempoh form 1 dan form 2 tu, tak pernah terlintas dalam kepala nak capai kejayaan, maka impian nak jadi seorang Doktor (angan-angan kosong, mungkin?) 

Kejayaan. 
Segalanya bermula apabila terdapat majlis anugerah pelajar cemerlang PMR, SPM dan STPM 2010 yang berlangsung di sekolah. Inspirasi datang menyapa dengan tiba-tiba. terdetik hati ini ingin berjaya, ingin naik ke pentas untuk menerima sijil dan insentif. Inspirasi tersebut berkarya dan terus berkarya..

dari seseorang yang tak pernah-pernah lulus Matematik sejak Form 1 sehingga Form 2, saya berjaya meluluskan diri dalam setiap kali Ujian Matematik, bukan setakat lulus tapi berjaya mendapat Gred A dan B. formulanya? KETAHUI APA YANG ANDA TAK KETAHUI! 

Saya menyedari bahwa diri ini lembab dalam matematik, tak suka matematik. matematik ini susah. sebab apa? sebab malas nak berusaha nak suka kat matematik hehehe. tak kenal maka tak cinta lah kan.. so semasa di form 3, saya berusaha sangat untuk memahami setiap sukatan yang ada dalam setiap matapelajaran(bukan maths je, subjek lain pun nak lulus jugak). Puji Tuhan, dengan niat yang ikhlas, ilmu pun masuk dengan ikhlas bersama-sama dengan berkat guru-guru yang mengajar. 

Semasa Penilaian Menengah Rendah, saya telah taburkan segala usaha ke atas ketujuh-tujuh paper yang saya duduki. guess what, saya mendapat Straight A dalam PMR 2011! Speechless, in the same time happy. Usaha selama ini tak sia-sia. :)
ni lah result PMR 2011 Aaronn. 

Selepas PMR, sememangnya tiada honeymoon sebab ujian SPM menanti dua tahun lagi.. semasa berada di Form 4, mcm biasalah struggle tu kena ada. Inspirasi kejayaan dalam PMR dijadikan inpsirasi untuk kejayaan yang akan datang.. ingat yer, berjaya dalam PMR tak semesti akan berjaya dalam SPM juga, kita tak harus mendabik dada atas kejayaan yang telah kita perolehi sebaliknya teruskan usaha mengejar kecemerlangan selagi hayat ni Tuhan bagi. 

Setelah hampir setahun lebih struggle semasa di menengah atas, tibalah masa untuk periksa yang menentukan jalan hidup. kata orang.. iaitu SPM . Dengan segala persiapan yang mampu dan berkat guru-guru yang bertungkus lumus mengajar , kaki ini melangkah ke dalam dewan periksa dengan harapan membawa pulang kejayaan yang manis. 

dengan keizinan-NYA saya berjaya memperoleh keputusan 4A+ 3A 1A- dan 1B+. agak sedih kerana hampir-hampir semua A, namun redha dengan segala ketentuanNya.. Struggle selama ini membuahkan hasil yang manis .. saya berjaya mendapat tempat dalam Matrikulasi Kerajaan untuk mengikuti program Satu Tahun di Kolej Matrikulasi Sarawak :) 
SPM 2013 :)
di Kolej Matikulasi ni lain pula budaya yang saya explore. mmg 100% berbeza dari persekolahan dulu. of course culture shock tu wajib ada :D
Saya tidak dapat menyesuai diri pada semester 1, memang serabut habis. Dari  muka yang putih halus, sekarang dipenuhi jerawat yang disebabkan tekanan. yup tekanan hidup di matrikulasi tu memang kuat, yang lemah akan menyerah kalah awal-awal. Namun disebabkan azam, saya teruskan perjuangan di matrikulasi. 

syukur kepada Tuhan, semester 1 dapat 2A 2B dan  pointer pula 3.59. dan semester 2 pula 2A 1A- 1B+ dengan pointer 3.65.. kira OK lah sebab tak mampu sangat cope dengan sukatan pelajaran matrikulasi.. memang ada yang dapat cope, example kawan saya dapat je semua A dua-dua semester .. tahniah buat dorang, bangga ada kawan sebegitu :) 
ni je mampu saya dapatkan haha







sampai sekarang ni, aaronn masih menunggu tawaran daripada universiti swasta dalam bidang perubatan. Bagi saya, persaingan dalam Bidang Perubatan di Universiti Kerajaan ni sangat sengit so, i just let it go. Nak capai impian tu, banyak cara lain. tak semestinya tak dapat tawaran universiti kerajaan bermakna impian tu harus dilupakan begitu sahaja!

sebenarnya, tawaran dari university swasta tu memang ada, namun haruslah berhati-hati dalam memilih universiti. jangan hanya dibutakan oleh impian dan aspek lain tak diambil kira.. saya berjaya mendapat tawaran daripada Lincoln University College, Malaysia untuk ambilan September 2015 namun terpaksa saya reject last minute disebabkan beberapa faktor. 
Kolej Universiti Lincoln ni belum ada pengiktirafan Malaysia Medical Council (MMC) dan buktinya di sini second schedule yang dikeluarkan oleh MMC. Tanpa pengiktirafan MMC, agak sulit kelak setelah graduate. 

namun begitu, saya telah berhubung dengan salah seorang daripada admin MMC, Admin tersebut mengatakan proses akreditasi sedang dijalankan ke atas Lincoln University college, dan akan dinilai setelah Batch pertama pelajar perubatan kolej universiti tersebut graduate. saya menarik diri sebab tidak pasti sama ada ianya akan berjaya menerima pengiktirafan MMC atau tidak. Dengan yuran yang agak umpph! (mahal) tapi belum mendapat pengiktirafan rasanya tidak berbaloi.. namun Lincoln University College ada pengiktirafan MQA iaitu untuk pengambilan students. 
rasanya sampai itu sahaja entri Aaronn pada kali ini, sebarang pertanyaan mengenai Lincoln university college? silakan komen :) 
dan saya cadangkan kepada semua pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, ringan-ringankan tulang anda membaca blog Dr Pagalavan. di blog beliau, anda akan tahu apa yang anda tidak tahu dalam bidang perubatan ini. selain itu juga, Dr Pagalavan ni aktif dalam blognya, dan selalu membalas sebarang komen-komen yang dilontarkan.. 

sekian, jumpa lagi di entri yang akan datang !















Comments