-->
Ronald Robertson

Aaronn Avit Ajeng, PhD

Postdoctoral Researcher
  • Emailaaronnavit@um.edu.my
  • Phone+60 (14) 970 5384
  • ExpertiseBiology and Biochemistry
  • AffiliationUniversiti Malaya (UM)

Biochar Untuk Kelestarian Pertanian | Program Pemindahan Ilmu di Merryganic Farm, Cameron Highlands.

Oleh: Aaronn Avit Ajeng, Januari 2022

Tanah Rata, Pahang - Pada minggu pertama tahun 2022, sekumpulan  penyelidik, pelajar doktor falsafah, sarjana dan sarjana muda dari Universiti Malaya (UM) menyantuni pekebun-pekebun organik yang bertempat di Merryganic Farm, Tanah Rata, Cameron Highlands dengan mengadakan sesi lawatan ilmiah dan pemindahan ilmu bersama komuniti tersebut. Program tersebut juga dihadiri pegawai Pertanian Daerah, Jabatan Pertanian Malaysia, En Hatta. 

Lawatan itu dimulakan dengan sesi perkongsian daripada Aaronn Avit Ajeng yang merupakan pelajar Doktor Falsafah (Ph.D) di Institut Sains Biologi (ISB) UM mengenai penggunaan 'biochar-bakteria' sebagai bahan organik yang dapat meningkatkan pertumbuhan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sesuai dengan misi dan visi Merryganic Farm sebagai kebun organic yang diiktiraf oleh MyOrganic (MyOrg), perkongsian yang disampai oleh pelajar tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan. 




Gambar: Pelajar Doktor Falsafah daripada UM, Aaronn Avit Ajeng berkongsi tentang kebaikan inovasi 'biochar-bakteria' dalam meningkatkan hasil tumbuhan. 

Ujarnya dalam perkongsian tersebut, penggunaan biochar-bakteria telah terbukti dapat meningkatkan hasil tanaman, melalui kajian yang gian diterbitkan di mana baja-bio ini mendapat perhatian yang hangat daripada penyelidik-penyelidik, di dalam dan luar negara ekoran ekosistem biochar yang mampu menampung bakteria yang efektif, sekaligus memberi ruang yang banyak untuk bakteria ini untuk membiak. Hasil kajian pelajar tersebut juga telah diterbitkan dalam journal berimpak tinggi seperti Physica Scripta dan Journal of Environmental Chemical Engineering di mana beliau menyelidik secara fizikokimia, mekanisma pelekatan bakteria efektif ini di atas biochar. 



Gambar: Penyelidik-penyelidik Universiti Malaya, Dr. Juan Joon Ching (kiri), Dr. Rosazlin (keempat dari kiri) dan pelajar Doktor Falsafah, Aaronn, Prof. Dr. Ling Tau Chuan (Kanan) bersama pemilik kebun Merryganic Farm (kedua dari kiri), dan pegawai Pertanian Daerah, Jabatan Pertanian Malaysia, En Hatta.(ketiga dari kiri). 



Program tersebut diikuti dengan sesi lawatan yang diketuai oleh En. Tan Teik Kiang di mana beliau membawa rombongan pelajar dan penyelidik tersebut ke beberapa plot tanaman organik di kebun Merryganic Farm. Para pelajar dan penyelidik berpeluang untuk mendengar penjelasan daripada pengusaha kebun organik, mengenai kebaikan dan cabaran penanaman secara organik. Dalam lawatan tersebut, En. Tan menjelaskan pelbagai jenis sayur-sayuran organik dan penyakit sayur yang biasa terjadi dalam kebun organik seperti 'early blight disease'. En. Tan juga menyeru agar para penyelidik dapat mengkaji lebih dalam cara-cara mengatasi penyakit-penyakit ini tanpa penggunaan pestisid atau bahan kimia yang membahayakan. Program tersebut diakhiri dengan sesi pengambaran rombongan UM bersama pemilik, dan pekerja Merryganic Farm serta pegawai Pertanian Daerah, Jabatan Pertanian Malaysia. 




Comments