-->
Ronald Robertson

Aaronn Avit Ajeng, PhD

Postdoctoral Researcher
  • Emailaaronnavit@um.edu.my
  • Phone+60 (14) 970 5384
  • ExpertiseBiology and Biochemistry
  • AffiliationUniversiti Malaya (UM)

Lulusan diploma Uitm/Politeknik/asasi universiti layak sambung pengajian ke UK (?)


Hi semua, kebelakangan ini saya mendapat banyak email dan DM instagram daripada pembaca blog mengenai pengajian ke luar negara terutamanya UK. Salah satu soalan yang paling selalu saya dapat ialah "Abang, lepasan diploma UiTM layak ke untuk mohon ke UK?" "Dapat tak apply ke UK guna keputusan diploma politeknik?". Jawapan kepada persoalan tersebut ialah, ya anda layak untuk mohon ke UK dalam bidang ijazah sarjana muda yang ditawarkan. Yeay!

Dalam blog post saya yang sebelum ni, terdapat beberapa pembaca tanya hal yang sama namun saya tidak mampu memberikan jawapan yang tepat sebab saya belum lagi buat research mengenai hal tersebut. Yang saya pasti terdapat beberapa universiti di UK yang mengiktiraf pelajar lepasan matrikulasi. Begitu juga dengan pelajar lepasan diploma UiTM dan politeknik.

Salah satu universiti yang menerima pelajar lepasan diploma UiTM adalah University of Sheffield. Universiti ni familiar dengan sistem education Malaysia that's why mereka lebih terbuka. Namun, pelajar lepasan diploma daripada UiTM haruslah mendapat CGPA 3.40 ke atas untuk layak memohon pengajian tahun pertama dalam ijazah sarjana muda. Jika dipersetujui oleh pihak kemasukan universiti tersebut, anda mungkin akan "jump" kepada pengajian tahun kedua. 

Begitu juga lepasan diploma politeknik Malaysia, anda layak untuk mohon ke universiti ini dalam pengajian tahun pertama ijazah sarjana muda. Namun, CGPA anda kena above 3.00 kot, better above 3.30. 




Peringatan: Tidak semua universiti ini offer bidang yang anda nak apply. Terutamanya bidang perubatan, pergigian, veterinar, farmasi dan undang-undang. Sila semak betul-betul bidang-bidang yang anda nak mohon. Ada sesetengah universiti yang tidak offer bidang-bidang ni, even kepada pelajar lulusan STPM contohnya Queen Mary University of London. 

Namun, University of Sheffield ada menawarkan bidang perubatan dan pergigian bagi pelajar Malaysia yang memenuhi syarat kemasukan. Anda kena duduk aptitude test dulu (UKCAT) dan test ni anda boleh register dalam Malaysia. Click di sini untuk info lebih lanjut: http://www.ukcat.ac.uk/home/

Selain University of Sheffield, terdapat beberapa yang iktiraf pelajar lepasan diploma dan asasi daripada Malaysia ni. List of universiti tersebut akan saya letak di bawah dan akan diupdate dari semasa ke semasa. Jadi, tunggu apa lagi? Apply lah ke UK sekarang. Semoga berjaya semua!

Universiti yang ikitiraf lulusan diploma UiTM:

Universiti yang iktiraf diploma politeknik Malaysia:

Universiti yang ikitiraf lulusan asasi universiti (recognised pre-university foundations):
University of Lincoln: https://www.lincoln.ac.uk/home/studywithus/internationalstudents/entryrequirementsandyourcountry/malaysia/


Kebanyakan universiti seperti Manchester dan Birmingham, tidak menyatakan secara spesifik yang mereka terima diploma daripada UiTM dan politeknik, namun mereka hanya menyatakan sijil diploma yang ada akreditasi daripada Malaysia. Diploma daripada college yang lain boleh dipertimbangkan, anda kena email dahulu semua sijil kelayakan korang kepada mereka untuk dipertimbangkan. Setakat ini je list universiti yang mampu saya korek, korang kena rajin sikit buat research okay. Goodluck!

Sila email atau komen jika ada soalan. Saya akan cuba bantu.




Comments