Cara belajar di universiti

by - July 11, 2018


Banyak yang kata selepas masuk universiti, tak perlu risau sebab universiti ni senang, relaks je. Teringat dahulu cikgu semasa di sekolah menengah pernah kata di universiti nanti tak sesusah seperti di sekolah tetapi hakikatnya indah khabar dari rupa. Haha. Sejak sekolah menengah lagi, saya memang tanam hasrat nak masuk universiti bukan sebab cikgu cakap senang, namun itu memang kehendak saya. Cita-cita saya pada masa itu adalah untuk menjadi seorang doktor perubatan namun tidak semua yang kita inginkan akan tercapai. Tuhan bagi sesuatu yang lagi baik. Saya sekarang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sains (Bioteknologi) tahun ketiga di Universiti Malaya (UM)

Setelah 2.5 tahun berada di Universiti Malaya, banyak perkara yang saya pelajari dan saya ingin mengongsikannya bersama dengan pembaca blog ini, terutamanya dalam cara belajar yang efektif bagi pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di universiti. Harapan saya supaya entri kali ini memberi manfaat kepada pelajar yang bakal meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan juga kepada semua yang bergelar pelajar tidak kira di mana pun institusi pengajian anda.

Semester pertama di universiti, saya tidak terlalu fokus terhadap pembelajaran. Banyak perkara yang menarik perhatian saya terutama berada di Kuala Lumpur. Biasalah, untuk seseorang yang datang dari bandar kecil iaitu Miri sememangnya "jakun" bila berada di tempat yang baru. Saya banyak meluangkan masa di luar untuk jalan-jalan berbanding belajar. Oleh sebab itu, keputusan semester pertama sangat teruk dan ia memberikan kesedaran untuk saya buat lebih baik. Semester pertama saya peroleh GPA bawah 3.00 dan sememangnya dapat bawah 3.00 adalah tidak digalakkan terutamanya bila berada di Universiti Malaya. Jika saya tidak silap, UM ada menyediakan program bagi pelajar yang under-performing. Ini bermaksud UM mengambil berat akan prestasi pelajarnya. Namun, saya bersyukur sebab keputusan saya lulus dan masih meneruskan pengajian ke semester kedua. 


Berasa risau akan prestasi semasa semester pertama, saya tekad untuk bangkit dan buat yang lebih baik. Saya bersyukur, setiap semester menampakkan peningkatan yang sangat baik. Selama 5 semester di universiti, saya berjaya memperoleh anugerah dekan selama 2 kali. Untuk memperoleh Anugerah dekan @ Dean's list award terutamanya di UM adalah tidak senang. Pelajar perlu skor GPA 3.70 ke atas untuk layak mendapat anugerah dekan. Sesetengah universiti awam di Malaysia menetapkan 3.30 atau 3.70 sebagai anugerah dekan. Ada satu atau dua universiti awam juga menetapkan 3.70 sebagai anugerah dekan, namun saya lupa universiti yang mana. Mungkin Universit Kebangsaan Malaysia (UKM)

Untuk dapat GPA 3.70 ke atas untuk setiap semester, pelajar perlu sekurangnya ada satu B sahaja. Kalau dapat satu B- (2.70), subjek lain kena banyak dapat A berbanding A- untuk dapat dekan di UM. Di bawah adalah senarai mata gred yang digunakan oleh UM. Anda boleh membuat pengiraan GPA sendiri berdasarkan senarai yang disediakan.

Cara pengiraan GPA adalah senang. Contohnya:

1. Cancer biology (4 jam kredit) = A- (3.70)
2. Biochemistry (3 jam kredit) = A (4.00)
3. Recombinant DNA technology (3 jam kredit) = B+ (3.30)
4. Cell culture (3 jam kredit) = A (4.00)
5. Virology (3 jam kredit) = A- (3.70)

*Jam kredit = credit hours*

GPA   = (Jam kredit x mata gred subjek) / Jumlah jam kredit 
         = [ (4 x 3.70) + (3 x 4.00) + (3 x 3.30) + (3 x 4.00) + (3 x 3.70) ] /  16 jam kredit
         = (59.8) / 16
         = 3.74 (Anugerah dekan) yay

Berdasarkan pengiraan diatas, untuk dapat 3.70 ke atas memerlukan sekurang-kurang satu subjek untuk mendapat satu B+, manakala subjek lain perlu dapat A- dan A. Jika subjek Recombinant DNA technology dapat B (3.00), GPA korang akan menjadi 3.68 iaitu 0.02 mata untuk mendapat anugerah dekan. Even jika anda  dapat satu B (3.00), subjek lain kena banyak dapat A+/A berbanding A- untuk cover B korang. haha.

Gambar kat bawah ni adalah result semester saya yang dapat dean's list, walaupun tidak seberapa namun saya bersyukur sebab dapat result yang baik daripada semester pertama berada di UM. Jika anda perasan di bahagian result ada pass with distinction dan dean's award , sejujurnya saya tidak faham akan perbezaan antara kedua istilah ini. Namun, mungkin ia merupakan label apabila pelajar mendapat 3.70 - 3.74 ia adalah pass with distinction dan 3.75 ke atas dilabel sebagai dean's award. Walaupun demikian, 3.70 ke atas layak mendapat anugerah dekan. 





Now, saya akan bagi tips bagaimana hendak skor dalam setiap matapelajaran yang anda ambil di universiti. Mungkin sebahagian daripada tips ini anda telah baca di blog-blog yang lain, namun nasihat saya ialah untuk praktikkan tips yang sesuai bagi korang. Setiap orang dilahirkan dengan kemampuan belajar yang berbeza, so kemungkinan sebahagian tips yang saya kongsikan tidak padan dengan korang.

Tip #1 Baca konten pembelajaran sebelum ke kelas

To some of you, mungkin korang jenis yang sangat sibuk terutamanya yang terlibat dengan ko-kurikulum, latihan seni atau program-program yang dianjurkan oleh universiti. Namun, sesibuk mana pun korang, ambil masa dalam 10 minutes setiap malam untuk baca sedikit lecture note before masuk ke kelas pagi esok. Sekurang-kurangnya korang dapat a glimpse of what your lecturer akan ajar. Kalau busy sangat malam tu, ada latihan ke, download nota siap-siap dalam handphone untuk baca semasa dalam perjalanan ke tempat latihan atau masa makan.

TIP #2 Hadir setiap kuliah

Setiap kuliah sangat penting, sebab lecturer akan jelas in details konten pembelajaran. Dalam kuliah, lecturer akan bagi nota tambahan dan tips yang tidak terdapat dalam nota kuliah. Jika korang rasa mengantuk dan tidak dapat fokus, korang boleh rakam sesi kuliah menggunakan voice recorder. Saya selalu record sebab senang nak dengar masa revise untuk final exam. Korang boleh bawa biskut, gula-gula atau snek untuk dimakan semasa kuliah untuk hilangkan rasa mengantuk. Jika korang tak sempat makan breakfast, penting untuk bawa roti untuk makan lebih-lebih lagi kalau kelas sampai tengahari. Jangan bagi perut berbunyi dalam lecture hall sebab orang sebelah boleh dengar haha. 


TIP #3 Pilih kawan belajar yang betul

Kawan memainkan peranan yang sangat penting dalam perjalanan korang di alam universiti. As for me, kawan rapat saya adalah kawan belajar saya dan juga merupakan kawan sama course. We call ourselves uni-corns haha. Sebab kena ada kawan belajar yang betul ialah korang dapat remind each other pasal assignments, kuiz or even food promotions! These are the people I appreciate for their existence! They have helped a lot in my studies. I love you dear unicorns! We made notes for final exam together, even brainstorming what kind of questions that will be asked.


Tip #4 Jaga kesihatan

Saya terbaca satu quote somewhere yang mengatakan "Body and mind are not separate. What affects one, affects the other". Penting sebagai pelajar di universiti untuk jaga kesihatan badan. Kena jaga makan dan tidur. Elakkan pergi ke kelas dengan perut kosong, sekurang-kurangnya minum lah Nestum atau Milo. Nanti masa tengahari boleh makan banyak sikit. Kebiasaannya saya tidak makan berat pada sebelah makan. mostly makan mee segera. Mee segera ni bagus ke? Bukankah mee segera buatkan kita pelupa? The answer is no but it does give you fats. Haha. However, you should buy yourself proper foods with the right nutritional content. Buy fruits too!

Sebagai pelajar juga, kita jarang dapat tidur yang exactly 8 jam. Itu semua mengarut lebih-lebih lagi kalau ada kuiz dan presentation pada keesokkan harinya. Saya selalu tidur pukul 2 pagi dan bangun pukul 8.30 pagi jika ada kelas pada pukul 9. Imagine how messy I would be but sebagai lelaki, persiapan ke kelas hanya mengambil kurang daripada 10 minit. 8.50 am dah sampai kelas. Saya juga selalu power nap selepas makan tengahari. Power nap ni adalah masa korang tidur sekejap selama 10 minit untuk refresh otak korang. Penting sebab kelas petang mostly akan buat korang mengantuk. Teknik ni memang berkesan dan mampu buat korang fresh. 

Kalau korang rasa tidak sihat, never take it lightly. Go and consult a doctor at student's clinic. Lebih-lebih lagi kalau depress. Saya pernah baca sebuah journal yang mengaitkan stress dengan sistem imuniti badan (sistem pertahanan badan daripada sakit penyakit). Too much stress makes your body vulnerable to diseases as stress affects your immunity system. You can find the article here: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1361287/ . Jadi penting untuk jaga kesihatan korang. Elakkan stress yang berpanjangan dan penting bagi korang untuk belajar stress management juga.

Tip #5 Buat tutorial, assignment, kuiz dan presentation.

Salah satu sebab mengapa saya skor bawah 3.00 masa semester pertama adalah saya tidak membuat assignment dan kuiz dengan serious. Kuiz selalu skor dengan teruk dan assignment selalu dapat markah separuh. Akibatnya, tidak dapat final grade yang bagus sebab markah penilaian berterusan teruk. Saya mulai serious dalam menyiapkan semua assignment, dan presentation serta kuiz. Hasilnya terbukti dalam final grade yang bagus saya peroleh untuk subjek tersebut. Skema je kan, haha tapi tu lah hakikatnya. Lagi parah kalau assignment dah melambak masa first week kuliah. Lecturer dah siap bagi list presentation untuk beberapa minggu yang datang. Penting untuk buat assingment awal, jangan simpan untuk buat jeruk madu pak Ali. 

Sesetengah subjek yang saya ambil meletakkan peratusan yang tinggi untuk penilaian berterusan (At least 60%) which means 40% is from final exam. Imagine if I only score 30% from the continuous assessment, doing better in final exam won't give me an A, not even an A-. Jadi, sila buat dengan betul ye. Tutorial pun kena buat tau, some lecturer bagi markah untuk tutorial while some just simply don't give marks. If possible, buat latihan extra especially untuk subjek yang memerlukan pengiraan. Dalam bioteknologi, kejuruteraan dan matematik adalah sebahagian daripada apa yang kami belajar sebab ia berkait rapat. So, saya kena tahu some principles daripada addmaths untuk dipraktikkan dalam bio-engineering. 

Tip #6 Tuhan kan ada

Sesibuk mana pun korang, Tuhan jangan lupa. As God is the source of strength, ask for strength. Belajar di universiti tidak senang. Depression, stress, sakit, homesick, abandoned, lonely, financial crisis semua tu korang akan rasa bila dekat universiti. Especially korang yang sanggup tinggalkan rumah dan travel jauh demi segulung ijazah, it is not easy. But, above all God is watching you. He listens to you problems, and gives you strength when you are weary. Also, God sends you friends to comfort you. They are your angels. So, appreciate them. Don't bottle up your feelings, lebih baik korang kongsikan masalah dengan kawan yang boleh korang percaya. Make your journey in the university the most joyful one, at the end you will miss every moment and wish for it to happen all over again but you simply cannot turn back the time. 

So, these are my tips on how to do well in university. These tips are genuinely from me and I do not refer to any blogs while writing this. My hope is to influence you readers to do your best when you are in a tertiary institution or wherever you are studying. Grades are important but never neglect your health. Health is the most important thing you ever have, so appreciate it. Nevertheless, enjoy every little process and don't stress yourself out! Pergi lah join any program, ko-kurikulum atau conferences untuk dapatkan pengalaman. Memang berbaloi. 

You May Also Like

6 comments

  1. Thank you, Aaronn, it was a good read! Tips terakhir paling nice. Mind sharing the "program, ko-kurikulum atau conferences" that you participated in? Cheers!

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome! :) Sure, I will share about them in one of the posts. Thank you for reading.

      Delete
  2. tumpang tanya,

    saya banyak kali buat research tentang course Biotech and it seems like peluang kerja lepas grad rendah bagi course ni. Is that true? Saya mmg nak sambung bidang ni tapi ramai ramai tak bagi sebab peluang kerja yg rendah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, peluang dan rezeki tu datang dari Tuhan. Dengan kehendak Dia, pasti kita akan dapatkan pekerjaan yang kita nak. As a final year biotech student, I can see how biotechnology revolves around everything that we are living with right now. When there's a need for something, biotech always offers something fresh and new to the society. It is just a matter of time mereka terima invention from biotechnology. It is not limited to what you think it is.

      Delete