-->
Ronald Robertson

Aaronn Avit Ajeng, PhD

Postdoctoral Researcher
  • Emailaaronnavit@um.edu.my
  • Phone+60 (14) 970 5384
  • ExpertiseBiology and Biochemistry
  • AffiliationUniversiti Malaya (UM)

Review: AR Beauty Collection | a Premium Skincare for all skin types


TESTIMONI SENDIRI

Hello pembaca yang saya sayangi, hari ini saya hendak mengongsikan tentang satu produk kulit yang saya guna kebelakangan ini iaitu AR Beauty Collection (A premium Skincare for all skin types). Okay, sejujurnya saya ni seorang yang tidak seberapa nak menjaga kulit wajah sebab busy sangat dengan study dan setiap hari rutin penjagaan kulit tu sama je, which is just basuh dengan pencuci muka je (Pagi dan malam). Saya tak kisah sangat pasal penjagaan kulit ni, lagi-lagi kalau nak spend duit beli produk mahal-mahal sebab nak kulit cantik, lagi lah tak nak haha.

Tapi, perspektif saya berubah bila saya mula memakai produk AR Beauty ni. Seolah-olah cinta pandang pertama sebab produk ni bagus dan sesuai sangat dengan jenis kulit saya ni. Kulit saya jenis yang berminyak dan sering sangat timbul jerawat. Tapi, seawal 3 hari setelah menggunakan produk ni, jerawat mula hilang dan kecut. Muka saya pun mula kurang berminyak. This product really works like a magic. Bagi yang berkulit sensitif, berminyak dan berjerawat, saya syorkan 100% untuk guna produk ni. Okay, cukup dengan testimoni sendiri hehe. Sekarang ni saya cerita sikit apa ja yang ada dalam set produk ni dan mengapa anda harus mendapatkannya juga. 

Set produk ini datang dengan satu botol 50 ml Facial Cleanser, 50 ml Facial Activator, 10 g Day Cream dan 10 g Night Cream yang berharga RM120.00 (tidak termasuk pos). Anda juga boleh mendapatkan Revitalizing Serum (20 ml) dengan harga hanya RM70.00 sahaja (tidak termasuk pos). 




GENTLE FACIAL CLEANSER

Pencuci muka ni mengandungi biosaccharide gum-i dan alpha glucan oligosaccharide dan formulasi ini tidak akan menghakis kulit malah membuat kan kulit jadi lembut. Ia juga mengandungi prebiotik dan anti-microbial peptide. Sebagai seorang pelajar biologi dalam pengkhususan bioteknologi, dalam kelas natural products lecturer pernah kata memang anti-microbial peptide merupakan rembesan yang distimulasikan oleh prebiotik dan anti-microbial peptide ini memang digunakan secara meluaskan dalam kosmetik sebab ia memang baik untuk kulit.

Cleanser ni tidak menghakiskan keseluruhan minyak di muka, sebab minyak yang dihasilkan kulit adalah bertujuan untuk menstabilkan dan menhidrasikan kulit. Jika semua lapisan minyak dihakiskan, ia akan stimulasikan kulit untuk menghasilkan lebih banyak minyak. Cleanser ni juga akan mengantikan kulit dengan perlahan, dan membuatkan kulit lebih licin serta lembut setelah penggunaan.

GENTLE FACIAL ACTIVATOR

Facial activator ini pula direka khas oleh teknologi terkini dengan menggunakan ramuan yang membuatkan kulit menjadi lebih lembap dan halus. Ia diperbuat daripada ekstrak tumbuhan semulajadi iaitu Aloe barbadensis dan juga mengandungi Royal Jelly Extract daripada rembesan yang dihasilkan oleh lebah (Honey bees).

Facial activator ni mengecilkan pori, mengembalikan pH dan menstabilkan serta menghidrasikan kulit wajah anda. Ia juga mengantikan lapisan kulit anda yang mati dan mengurangkan kegatalan dan keradangan. Activator ini juga berperanan untuk mengawal sebum minyak dan mengurangkan pertumbuhan jerawat. So, all goodness in one!


REPLENISHING NIGHT CREAM

Okay, night cream ni diperbuat oleh teknologi peptide yang mengandungi bahan-bahan anti-penuaan dan pengelupasan serta emolien, collagen, rantai amino-acid (amino acid chain). Ia juga menambahkan nutrisi kulit anda kerana cream ini mengandungi Vitamin A, C dan E. Cream ini juga akan menghidrasikan kulit wajah anda semalaman agar bila anda bangun pagi akan rasa lebih segar dan lembut. Cream ini perlu dipakai 30 minit sebelum tidur dan ianya juga sesuai untuk disapukan pada bahagian leher.

NOURISHING DAY CREAM

Day cream dia pula diformulasikan dengan SPF15 yang membantu kulit wajah daripada terdedah kepada sinaran terus matahari. Ia melindung kulit wajah anda daripada sinaran terus UVA dan UVB yang berbahaya kepada kulit. Menurut apa yang saya telah belajar, sinaran UV mempunyai bahagian dalam penjanaan kanser sebab sinaran tersebut mampu mengubah DNA yang bertujuan untuk membaiki sel-sel yang penting dalam mengelakkan daripada kesan sinaran UV.


REVITALIZING SERUM

Lastly, anda juga boleh membeli serum ini sebagai sebahagian daripada pembelian set produk AR beauty dengan harga RM70.00 (tidak termasuk pos) untuk kulit wajah anda. Serum ini juga mengandungi teknologi peptide yang membantu untuk stimulasikan dan menghasilkan lapisan kolagen dan elastin yang membantu kulit wajah anda untuk menjadi lebih tegang. Serum ini membantu menghidupkan, memulihkan dan meremajakan kulit wajah anda serta membantu imunne system kulit. Ia juga mengalakkan pertumbuhan semula jadi sel kulit wajah anda untuk menangani masalah anti-penuaan. Untuk kesan yang lebih efektif, titikkan serum ini sedikit (mencukupi) pada bahagian kulit yang bermasalah seperti jerawat dan sapu rata di seluruh muka. Kesan awal akan boleh dilihat dalam masa 3 hari!

Jadi tunggu apa lagi? Tidak semestinya perlukan duit yang banyak untuk cantik, cukup dengan pengunaan produk AR Beauty ini, anda akan tampil lebih yakin dengan hasilnya sebab sudah banyak testimoni pengguna produk ni juga, termasuklah saya sendiri. Saya sendiri kagum dengan hasil seawal beberapa hari setelah menggunakan produk ini. AR Beauty juga ingin mencari agen untuk seluruh Malaysia, dan jika anda berminat untuk jana side-income boleh lah join jadi agen ye. Contact information mereka, saya selitkan kat bawah ni. Selamat membeli dan mencuba semua!

Whatsapp:

+60124774874
+60126012190 

Facebook:

Instagram:


KOLEKSI TESTIMONI







Comments