Grease Cheasesteak, Shah Alam (Food Reviews)

by - November 13, 2016

Hello readers,

Lebih dari sebulan tak update blog ni, cuma rajin balas komen pembaca je. Masa selalu dihabiskan dengan assignments, dan yang sewaktu dengannya. Sekarang ni pun curi-curi masa sedikit untuk menulis.

Entri kali ni, saya nak buat food reviews. Selama ni tak pernah pula buat review pasal makanan, agaknya sebab kebelakangan ni asyik keluar makan. Stress.

Okay, beberapa hari yang lepas saya ke Shah Alam. Tujuan ke sana? Jumpa senior yang sedang study di UiTM Shah Alam. Reunion. So, kami round-roundlah area Shah Alam untuk cari tempat lepak dan makan dan terjumpa lah tempat yang dipanggil GREASE CHEESESTEAK ni.

Kedai ini berada di  Persiaran Akuatik, Seksyen 13. Area Shah Alam juga. Beroperasi sehingga pukul 12 tengahmalam. Ia juga adalah restoran Halal, so no worries!



Reunion, ex SMK Merbau Miri. (Yang bercermin mata tengah tu sesat okay hahaha)



 Ini adalah menu yang terdapat di Grease. Soft drinks/beverages ada di page belakang, lupa pula nak snap hihi.



Nachos, RM17.00. Sangat sedap!


Texas Chilli Burger, RM22.


Beef Bacon Burger, RM22.


Overall, saya rekomen tempat ini bagi mereka yang ingin mencuba makanan Western seperti burgers, nachos etc. (tgk sendiri di menu tu hihi). Nampak tak besar burger tu? Bagi deco kedai memang hipster dan sesuai untuk lepak, tetapi tak boleh lah lepak sampai tengah malam sebab kedai ni tutup. 


Bagi yang hendak ke restoran ini, here's the address: Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Till then, see ya!

You May Also Like

0 comments