Mid Autumn Festival 2016, Universiti Malaya
Hello readers!
Busynya 2 minggu ni, walaupun minggu 'add and drop' subjects. Tak terasa 2 minggu dah berlalu dalam semester pertama sesi 2016/2017. Masih banyak lagi yang perlu dilalui dalam Second Year Bsc in Biotechnology ni. First week dah diberi assignment Applied Microbiology, but biasalah aku hanyalah student biasa. Aku belum habis buat lagi hihi.
13 september lepas, Pesta Tanglung telah diadakan bertempat di Auditorium KPS Universiti Malaya. Acara tahunan itu telah berlangsung secara jayanya dengan pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Antaranya ialah, Riddle, wishing well, pertunjukan tarian singa, dan orang ramai juga sempat menikmati Kuih Bulan (Mooncakes) secara PERCUMA!
![]() |
Singa merah yang comel. |
![]() |
Keadaan di sekitar KPS Universiti Malaya. |
![]() |
Antara salah satu aktiviti yang agak menarik iaitu Wishing Well, syiling akan dilontarkan ke dalam untuk mengetahui nasib hehehe |
![]() |
sesi bergambar bersama artis jemputan |
![]() |
teringat zaman kanak-kanak dulu bila bersama-sama menyalakan tanglung dengan jiran yang berbangsa Cina. Rindu :') |
![]() |
Ni dia, kawan dari Hafiz dari Singapura (Kiri) dan Danu dari Indonesia (tengah). |
![]() |
And meet my friends. What's with that face Mike? HAHA yang bercermin mata tu dari Sri Lanka. |
![]() |
too dark, we need some lighting. |
So , itu sedikit daripada pengalaman saya sepanjang festival tanglung Universiti Malaya 2016. Jumpa di entri yang seterusnya!
0 Post a Comment