Belajar atau bekerja selepas graduate?
Dalam hidup ini kita mempunyai banyak pilihan yang sering
membuatkan kita tertanya-tanya. Pilihan yang manakah yang bakal kita pilih?
Adakah pilihan tersebut dipengaruhi oleh orang lain, keluarga atau memang
keputusan diri sendiri? Apakah kesannya kepada diri kita sendiri dan orang lain
atau keluarga sendiri jika memilih untuk membuat keputusan tersebut?
Sudah menjadi satu pertanyaan yang biasa kepada mahasiswa
dan mahasiswi, iaitu haluan seterusnya apabila sudah bergelar graduan kelak.
Adakah mereka patut meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau
terus bekerja untuk mencari pengalaman. Namun, hal ini terletak dalam tangan
masing-masing.
Bagi sesetengah siswa dan siswi, mereka memilih untuk
bekerja sejurus menamatkan pengajian mereka di peringkat IPT dalam pengajian
Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda(Bachelor). Faktor-faktor seperti keluarga
susah, beban PTPTN, mencari pengalaman dan banyak lagi menjadi alasan mengapa
mereka memilih untuk bekerja sejurus menamatkan pengajian. Tidak dinafikan
bahawa faktor-faktor demikian sememangnya menjadi alasan kepada ramai graduan
baru di Malaysia. Oleh sebab yang demikian, kita dapat melihat ramai graduan
baru yang bekerja dalam pelbagai sektor tidak kira kerajaan mahupun swasta. Ada
sesetengah daripada golongan ini juga akan meneruskan pengajian mereka ke
peringkat yang tinggi setelah kewangan mereka stabil. Tidak kurang juga ada
yang sudah bekeluarga dahulu sebelum melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat
yang lebih tinggi.
Terdapat juga sesetengah graduan yang memilih untuk
meneruskan pelajaran mereka sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana(Master)
ataupun Doktor Falsafah (Phd). Bagi golongan graduan sedemikian, sudah tentu
mereka mementingkan ilmu pengetahuan daripada pengalaman bekerja. Ada di
sesetengah mereka juga yang masih ingin merasakan kebebasan sepanjang bergelar seorang
pelajar oleh sebab itu mereka memilih untuk meneruskan pengajian sejurus
menamatkan Ijazah Sarjana Muda. Bagi pemegang Diploma pula, mereka boleh memilih
untuk melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda. Namun keputusan sedemikian
bergantung kepada diri masing-masing. Tidak kurang juga bagi sesetengah graduan
yang bekerja sambil belajar. Walaupun demikian ianya terletak kepada kebolehan
diri dalam multitasking.
Walau apapun pilihan masing-masing, pastikan ia adalah yang
terbaik buat diri sendiri. No one is going to make the decision for you!
0 Post a Comment