Jalinan Masyarakat, Universiti Malaya.
Pada 17 April, 6 Mei dan 14 Mei yang lepas, para pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Bioteknologi), Universiti Malaya telah menjalankan program yang dipanggil Jalinan Masyarakat/ Social Engagement yang bertempat di 3 lokasi yang berbeza iaitu Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Hope, dan Pusat Anak Yatim dan kebajikan Darul Izzah.
Sebagai penolong setiausaha program, sini saya akan kongsikan idea cara menulis report / laporan kerja yang berkaitan dengan program kemasyarakatan.
Semoga bermanfaat!
1.0 PENGENALAN
Pada asasnya, Program Jalinan Masyarakat merupakan salah satu daripada kursus yang wajib kepada setiap pelajar yang menuntut di Universiti Malaya(UM). Secara dasarnya, program Jalinan Masyarakat ini mengandungi beberapa modul pembelajaran yang memberikan setiap pelajar peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang akan diselia oleh seorang penyelia.
Selain
daripada itu, Jalinan Masyarakat juga merupakan satu platform yang terbaik bagi
setiap pelajar untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran seperti kemahiran
insaniah, dan komunikasi. Bukan itu sahaja, pelajar juga mampu meningkatkan
daya pemikiran secara kritikal apabila berhadapan dengan masalah dan berusaha
untuk menyelesaikannya. Selain itu, pelajar juga akan berasa lebih
bertanggungjawab ke atas komuniti sekeliling mereka sekaligus menjadikan
menyemaikan sikap empati dan simpati dalam diri masing-masing.
Program Jalinan Masyarakat juga merupakan salah satu aktiviti yang
menyediakan peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kerjasama antara
rakan-rakan terutamanya apabila program tersebut dijalankan dan sekaligus
memberi peluang kepada pelajar untuk bersosial selain hanya menelaah pelajaran.
2.0 OBJEKTIF
2.1
Pembangunan bakat yang menyeluruh meliputi pengetahuan, kemahiran dan sikap.
2.2
Menunjukkan kepentingan jalinan masyarakat
2.3
Bekerja dalam pasukan dan bersama masyarakat
2.4
Menunjuk kemahiran komunikasi yang baik dengan masyarakat.
3.0
KOMUNITI SASARAN
3.1
Kanak-kanak berusia dalam lingkungan 5 sehingga 12 tahun.
3.2
Remaja berusia dalam lingkungan 13 sehingga 17 tahun.
4.0
BILANGAN PESERTA
4.1
Seramai 25 pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Bioteknologi) telah menyertai
projek Jalinan Masyarakat ini.
4.2 Bilangan peserta daripada komuniti yang terlibat adalah dalam
lingkungan 20 orang.
5.0
TEMPOH PERLAKSANAAN
5.1
17 April 2016 – 7 jam
5.2
6 Mei 2016 – 5 jam
5.3
14 Mei 2016 – 6 jam
6.0
PELAKSANAAN
Program
Jalinan Masyarakat ini telah berjaya diadakan pada 17 April, 6 Mei dan 14 Mei
yang lepas dengan majoriti ahli yang terlibat terdiri daripada pelajar Ijazah
Sarjana Muda Sains(Bioteknologi).
Setelah
mendapat persetujuan majoriti ahli, program ini diadakan di tiga lokasi yang
berbeza dan pada tarikh yang berbeza. Pada 17 April 2016, Rumah Amal Limpahan
Kasih, Puchong dipilih sebagai tempat untuk melaksanakan program ini manakala
pada 6 Mei 2016, Rumah Hope, Petaling Jaya menjadi lokasi yang kedua dan yang
terakhir adalah pada 14 Mei 2016 di Pertubuhan anak yatim dan kebajikan Darul
Izzah
Salah
satu maklamat yang ingin dicapai melalui program ini adalah untuk melengkapkan
bakal mahasiswa dan mahasiswa dengan pelbagai kemahiran yang bakal berguna
selepas bergelar graduan dan memasuki alam pekerjaan. Objektif ini berjaya
dicapai apabila kesemua ahli pasukan bekerjasama menjayakan program Jalinan
Masyarakat yang diadakan di ketiga-tiga lokasi yang disebut di atas. Para ahli
pasukan juga banyak berinteraksi bersama penghuni-penghuni rumah amal dengan melakukan
pelbagai aktiviti menarik sepanjang tempoh yang ditetapkan.
Di
Rumah Amal Limpahan Kasih dan Pertubuhan Anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah,
terdapat kira-kira 30 peserta dalam lingkungan umur 6 sehingga 14 tahun
menyertai program ini sekaligus menjayakannya. Setiap ahli kumpulan dibahagikan
tugas secara rata sepanjang program berlangsung terutamanya dalam mengendalikan
aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Terdapat
beberapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini di Rumah Amal
Limpahan Kasih. Salah satu daripada aktiviti tersebut adalah Radio Karat.
Objektif aktiviti ini adalah untuk memupuk kepekaan dan kesefahaman terhadap
maklumat yang dterima serta memastikan penyampaian maklumat yang betul. Kaedah
perlaksanaanya adalah dengan menyuruh peserta-peserta untuk berbaris dalam satu
barisan dan seterusnya fasilator akan memberikan satu ayat kepada peserta yang
paling depan, dan peserta tersebut hendaklah bisikkan ayat tersebut kepada
peserta yang dibelakang dan berterusan sehingga kepada yang paling belakang.
Peserta yang paling belakang hendaklah menulis kembali ayat yang telah
disampaikan oleh peserta yang berada di hadapannya.
Walaupun
aktiviti ini tampak mudah, namun ia dapat memberikan satu penekanan yang
positif kepada setiap peserta. Para peserta diterapkan dengan kemahiran untuk
mengatasi pelbagai halangan dalam komunikasi terhadap persekitaran yang
diterima dengan menanganinya berhemah. Selain itu, aktiviti ini secara tidak
langsung meningkatkan ketelitian dalam penerimaan dan penyampaian maklumat.
Bukan
itu sahaja, aktiviti lain seperti Semut Gila juga telah diadakan. Objektif
aktiviti ini adalah untuk membina
keyakinan diri untuk komunikasi dengan orang lain dan peka serta fokus dalam
melaksanakan aktiviti.
Selain
daripada itu, aktiviti yang dipanggil
Terbang Jauh juga telah dilaksanakan. Aktiviti ini bertujuan untuk
menerangkan pelbagai cara untuk peserta
untuk mencapai cita-cita atau matlamat masing-masing. Ini juga adalah untuk
menggalakkan pemikiran kreatif peserta-peserta dalam menghasilkan sesuatu
model.
Seterusnya,
bagi meningkatkan minat peserta terhadap pelajaran Sains, aktiviti yang
dipanggil Fun Science turut diadakan. Dalam aktiviti ini, peserta dapat
mengetahui sedikit sebanyak mengenai ciri-ciri air.
Selain
aktiviti-aktiviti yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa aktiviti yang lain
juga telah dilaksanakan. Gotong-royong membersihkan kawasan sekeliling rumah
amal merupakan satu daripada aktiviti tersebut. Sampah-sarap dan daun kering
dikumpulkan dan dibuang bagi mencantikkan sekeliling rumah tersebut serta
supaya tampak lebih kemas dan bersih.
Pada
6 Mei 2016, program Jalinan masyarakat telah dijalankan di Rumah Hope, Petaling
Jaya. Banyak aktiviti yang telah dijalankan pada masa tersebut. Setibanya di
rumah kebajikan tersebut, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil
untuk melaksanakan tugas yang diberikan. Setiap ahli kumpulan dikehendaki untuk
melakukan pembersihan dan pengemasan tempat-tempat seperti pejabat,
perpustakaan, dapur, ruang makan, bilik dan penginapan. Setelah habis dengan
kerja pembersihan dan pengemasan, ahli-ahli kumpulan meluangkan masa
bersama-sama dengan kanak-kanak melalui aktiviti riadah seperti futsal dan
sebagainya.
7.0
MASALAH
7.1
Mendapatkan kerjasama daripada pihak luar
Kerjasama daripada pihak luar
merupakan salah satu daripada masalah yang dihadapi sebelum menjalankan program
ini. Terdapat beberapa pusat kebajikan dan rumah amal yang telah dihubungi oleh
biro-biro tertentu, namun tidak ada maklum balas yang terima. Selain itu,
tarikh program yang telah ditetapkan juga bercanggah dengan masa pihak pusat
kebajikan dan rumah amal tersebut. Masalah ini diatasi dengan menggunakan
komunikasi yang lebih efisien seperti mengadakan perjumpaan dengan pihak
pengurusan pusat kebajikan/amal selain menghubungi melalui telefon dan
menghantar emel.
7.2
Tarikh aktiviti yang bertindih dengan jadual harian
Masalah yang dihadapi seterusnya
ialah tarikh program yang bertindih dengan jadual harian pusat kebajikan/amal.
Sebagai contoh, pada hujung minggu merupakan waktu yang sesuai untuk
melaksanakan program namun, pihak pusat atau rumah kebajikan kebanyakannya
sudah mempunyai aktiviti yang tersendiri. Masalah ini dapat diatasi melalui
toleransi dengan pihak berkenaan untuk pindah tarikh yang bersesuaian.
8.0
PENCAPAIAN AKTIVITI
Secara
keseluruhan, program Jalinan Masyarakat ini telah berjalan dengan lancar dengan
kerjasama dan usaha setiap ahli pasukan dari segi penyediaan sehingga ke fasa
perlaksanaan
.
Tidak
kurang juga sokongan daripada Penyelia bagi program Bioteknologi iaitu Prof. Dr
Ling Tau Chuan yang telah banyak membantu dalam melaksanakan program ini dengan
jayanya. Amnya, program Jalinan Masyarakat ini adalah bertujuan untuk
meningkatkan kualiti dan kemahiran bakal graduan selepas tamat pengajian serta
melahirkan lebih ramai mahasiswa dan mahasiswi yang lebih peka kepada keperluan
komuniti.
Bukan
itu sahaja, melalui program Jalinan Masyarakat ini, pelajar dapat mengasah
bakat dalam bidang kepimpinan melalui pembahagian tugas sebagai pengarah
program sehingga kepada biro-biro kecil. Ini juga sedikit sebanyak meningkatkan
motivasi diri dalam kalangan ahli pasukan untuk lebih bersyukur di atas nikmat
yang diberi-Nya kerana lebih ramai lagi yang kurang bernasib baik.
Melalui
setiap aktiviti yang telah dilaksanakan juga telah meninggalkan banyak impak
yang positif di dalam diri para peserta program dan sedikit sebanyak
memotivasikan mereka untuk lebih berjaya di masa hadapan walaupun dengan segala
cabaran yang dihadapi. Ini merupakan salah satu matlamat program Jalinan
Masyarakat yang dilaksanakan iaitu meninggalkan kesan dan impak yang positif
dalam komuniti.
9.0 GAMBAR
AKTIVITI
9.1 Rumah Amal Limpahan Kasih
Pada penghujung program ini, semua ahli mengambil gambar
bersama-sama sebelum bertolak balik ke Universiti Malaya(UM)
Penghargaan diberikan kepada pihak Rumah Amal Limpahan
Kasih kerana sudi menyediakan tempat bagi melaksanakan program.
Pelbagai aktiviti
diadakan bersama-sama kanak-kanak di Rumah Amal Limpahan Kasih.
Pembersihan bahagian
belakang rumah amal seperti membuang sampah dan mengutip daun-daun kerng serta
perabot-perabot yang tidak digunakan lagi.
9.2 Rumah Hope,
Petaling Jaya
Salah satu ahli pasukan
sedang mengemas asrama penghuni perempuan Rumah Hope.
Daun-daun kering di
hadapan Rumah Hope juga disapu supaya kelihatan lebih bersih
Pejabat Rumah Hope yang
sedang dikemas.
Setelah tamat, ahli-ahli
bergambar dihadapan Rumah Hope sebagai kenangan.
9.3
Pertubuhan Anak Yatim Dan
Kebajikan Darul Izzah
Adik-adik dibahagikan
kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti-aktiviti yang seterusnya
Sesi perkongsian
bersama-sama dengan penghuni rumah amal tersebut.
Sebelum bertolak balik,
kami mengambil kesempatan untuk bergambar dengan penghuni-penghuni Rumah
Pertubuhan Yatim dan Kebajikan Darul Izzah.
10.0 KEWANGAN /
PERBELANJAAN
Perbelanjaan
|
Bilangan
|
Harga Per Unit ( RM )
|
Jumlah
( RM )
|
Pengangkutan
|
|||
Taxi
|
37.50
|
||
Alat Tulis
|
|||
2B Pencil
|
5
|
2.70
|
13.5
|
Barang-barang untuk aktiviti
|
|||
Lada Hitam
|
1
|
6.45
|
6.45
|
Biskut
|
1
|
5.95
|
5.95
|
Jelly Nut
|
1
|
7.95
|
7.95
|
Gula-gula
|
1
|
16.90
|
16.90
|
Bihun
|
10
|
1.65
|
16.50
|
Gula Kasar
|
6
|
5.68
|
34.08
|
Beras
|
2
|
25.90
|
51.80
|
Telur
|
2
|
10.20
|
20.40
|
Milo
|
2
|
36.90
|
73.80
|
Minyak Masak
|
1
|
9.00
|
9.00
|
Beg Plastik
|
2
|
5.30
|
10.60
|
Apollo Wafer Susu
|
9
|
1.90
|
17.10
|
Jelly
|
7
|
1.20
|
8.40
|
Jack & Jill Cloud 9
|
4
|
1.20
|
4.80
|
Bingkai foto
|
1
|
8.45
|
8.45
|
Reben
|
1
|
2.01
|
2.01
|
Jumlah
|
345.19
|
11.0 PENUTUP
Secara
keseluruhannya, program Jalinan Masyarakat pada kali ini berjalan dengan lancar
dengan kerjasama penuh yang diberikan oleh ahli pasukan. Program Jalinan
Masyarakat ini telah mencapai objektifnya tersendiri iaitu ahli pasukan dapat menunjukkan kepentingan jalinan masyarakat, bekerja
dalam pasukan dan bersama masyarakat, dan menunjuk kemahiran komunikasi yang
baik dengan masyarakat.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada penyelia projek
Jalinan Masyarakat ini, Professor Dr. Ling Tau Chuan di atas kesudian beliau
dalam membantu menyelia dan mengawasi perjalanan projek ini serta memberi
tunjuk ajar dalam pelbagai aspek.
Ucapan terima kasih juga ingin ditujukan kepada semua
Majlis Tertinggi Jalinan Masyarakat bagi program Bioteknologi sehingga kepada
biro-biro di atas usaha keras dan kerjasama sepanjang projek ini berlangsung.
Ribuan penghargaan juga ingin ditujukan kepada pihak
pengurusan Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Hope, Pertubuhan Anak
Yatim Dan Kebajikan Darul Izzah di atas kesudian memberikan masa bagi program
ini diadakan.
Akhir sekali,
kepada semua peserta yang telah menyertai sekaligus menjayakan projek ini, kami
memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas kesudian mereka untuk
meluangkan masa bersama-sama kami.
0 Post a Comment