-->
Ronald Robertson

Aaronn Avit Ajeng, PhD

Postdoctoral Researcher
  • Emailaaronnavit@um.edu.my
  • Phone+60 (14) 970 5384
  • ExpertiseBiology and Biochemistry
  • AffiliationUniversiti Malaya (UM)

Cara Melanjutkan Pelajaran Ke Luar Negara - United Kingdom (Part 3)

Hi semua, apa khabar?
Pada blog update kali ini saya akan menerangkan cara untuk apply ke universiti luar negara terutamanya kepada sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke United Kingdom memandangkan ada beberapa readers blog ini yang bertanya melalui email cara-caranya. So, untuk memudahkan, saya akan update di sini ye. Dulu, saya menggunakan keputusan matrikulasi untuk apply ke United Kingdom dan telah berjaya menerima 4 tawaran daripada universiti-universiti terkemuka dunia. Baru-baru ini saya telah menerima satu lagi tawaran daripada University of Nottingham dalam bidang Biochemistry and Molecular Medicine. So that makes it the fourth offer overall.


Sayangnya one of my applications is rejected sebab Matrikulasi tidak diterima oleh universiti tersebut (Exeter College, university of Oxford). Dalam blogpost kali ini, saya akan menjawab segala (takla semua hehe) persoalan yang telah diajukan dalam email. Most of the questions adalah mengenai bagaimana melanjutkan pelajaran ke luar negara, cara mengisi UCAS dan sebagainya.

Q(Question)
A(Answer)

Q: "Matrikulasi diterima @ diiktiraf ke di UK?"
A: Selain STPM, A-Level, International Baccauleurette, dan UEC, sijil Matrikulasi juga boleh dijadikan tiket ke UK! Sijil matrikulasi sudah mendapat pengiktirafan di beberapa universiti terkemuka di UK.

here are some universities yang mengiktiraf pelajar lepasan matrikulasi :)

University of Manchester
University of Birmingham
University of Nottingham
Queen's University, Belfast.
University of Bristol
University of Westminster
University of York
University of Surrey
University of Suxxex
University of Reading
Hartpury College
Birkbeck, University of London
University of Reading
University of Portsmouth
Canterbury Christ Church University
Lancester University
Aberystwyth University
Cardiff Metropolitan University
London Metropolitan University
Anglia Ruskin University
Erudio College
University of Huddersfield

and the list goes on..... yang lain research sendiri ye hehe. So jangan pandang rendah sijil Matrikulasi ni! Kalau dapat tawaran study di Matrikulasi selepas SPM, grab that chance.


Q: "macam mana abg apply overseas? sy dpat jugak sijil 1119 tp x la sebagus keputusan abg. "

A: Saya apply ke UK melalui sistem yang dinamakan UCAS. UCAS merupakan universities entrance system yang sama seperti UPU kementerian Pelajaran Malaysia yang menempatkan pelajar di universiti. Yang membezakan dengan UPU, UCAS boleh digunakan oleh pelajar antarabangsa juga namun UPU hanya diterhadkan kepada pelajar Malaysia sahaja. Kalau yang berminat nak study di UK tu, click https://www.ucas.com/ucas/undergraduate/register untuk apply menggunakan UCAS.

Keputusan English 1119 semasa SPM dahulu juga berguna jika ingin melanjutkan pelajaran ke UK sebab English 1119 merupakan standard English yang diiktiraf oleh Cambridge English.

Saya memperoleh gred 2A dalam English 1119 ini (yang terbaik adalah 1A). Skor anda sekurang-kurangnya perlu C ke atas ye. Kalau anda skor English 1119 dengan baik, anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk duduk untuk IELTS or TOEFL. Jangan ingat English tak penting ye. Namun, bukan setiap universiti di UK menerima English 1119 ini, ada yang hanya menerima IELTS dan TOEFL sahaja. Oleh itu, rajinkanlah diri untuk semak entry requirement di website universiti ye. Here are some links to universities in UK and their English entry requirements (yang menerima English 1119)


p/s: yang lain cari sendiri ye, ni je yang mampu dikorek


Q: "Filling in the UCAS is not easy. Oh! How about the payment? How do you pay? And how much do you pay? In MYR."

A: Yes, filling the UCAS was not easy for me too. for the payment, if you have chosen only ONE university, the amount that you should pay is Rm77.28(£12) while as for multiple choices, the amount you will have to pay is RM 148.12 (£23). depending on the rate. The only payment channel is through Credit or Debit card. make sure you have enough balance before paying for your application.
(rate currency yang digunakan pada masa ni ialah pada Jan 2016)


Q: "I want to ask about the education section. How do you fill in the section? Do you put your spm result also? And what is the awarding bodies for foundation? I really don't know how to fill the section in"

A: Yes, i did put my SPM result. After you have sent your application, the chosen universities will require you to send them the scanned copy of your SPM result. this is mainly for checking your 1119 English result as some universities accept 1119 English. if you have passed the minimum requirement for English, then you do not have to sit for IELTS or TOEFL. as for awarding bodies, for foundation. i think it is similar to matriculation which is MOE.


Q: One more help. The section for reference. The organisation name for our referee. What should I put? If she is my college tutor then her organisation name will be College?

A: Yes, you should put your college name. All the best for your application and don't hesitate to ask if you have any question.


Q: "Berapa minimum CGPA nak apply ke luar negara?"


A: Kalau nak lebih selamat, skor CGPA above 3.50 ye. Tak kira Matrikulasi atau STPM :)
Sebab banyak lagi saingan daripada pelajar antarabangsa yang lain. Apabila kuota sudah penuh, universiti akan tutup pengambilan bagi pelajar antarabangsa.


Q: "boleh guna results bmat (UMAT Uni Malaya) utk uni di uk jugak?"

A:  Kurang pasti sebab tidak pernah mengambil ujian tersebut, namun jika anda mahu melanjutkan pelajaran dalam Perubatan atau bioperubatan di UK, BMAT merupakan salah satu ujian saringan sebelum layak masuk ke peringkat temuduga. Biasanya universiti-universiti tersebut akan ada ujian BMAT mereka yang tersendiri seperti Universiti Malaya iaitu UMAT. Namun saya kurang pasti jika keputusan UMAT dari Universiti Malaya boleh digunakan di luar negara. Jika berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di UK, elok untuk menyemak dengan tutor respective university.


Q: "Kalau nak belajar di UK, visa dan passport jenis mana yang sesuai?"


A: Okay, yang ni saya belum expert sangat sebab belum lagi sambung study di luar. Namun, sebelum menjejakkan kaki ke luar negara, saya telah membuat research mengenai Student Visa yang patut dimohon oleh pelajar Malaysia. Anda perlu memiliki UK Tier 4 student visa. Ketahui cara apply visa dengan lebih lanjut di sini. :)

Q: Boleh ke Asasi atau diploma dari Malaysia apply guna UCAS sebab sijil-sijil ni tiada dalam syarat masuk universiti di UK.

A: Saya dah try email bahagian International Admission University of Birmingham dan University of Manchester. Rata-rata mereka menjelaskan perkara yang sama iaitu jika sijil-sijil yang tidak tersenarai dalam syarat kemasukan ingin digunakan untuk memohon, pemohon perlu terlebih dahulu email sijil keputusan penuh dan nyatakan kursus yang hendak dipohon kepada bahagian International Admission. Selepas mereka analisis keputusan dan sijil anda, mereka akan menentukan sama ada sijil tersebut akan diterima atau ditolak.

Sijil-sijil seperti STPM memang diterima oleh hampir kesemua institusi di UK manakala Matrikulasi pula diterima oleh sesetengah institusi seperti yang telah saya senaraikan dibahagian atas entri ini. A-level, International Baccalaurette dan UEC juga diterima di UK. Namun tidak semua sijil Asasi dan diploma dari Malaysia ini diiktiraf di UK. Anda semua boleh email bahagian International Admission ye kalau berminat.

Okaylah, ni sahaja blog update pada kali ini. Harap blog post kali ini bermanfaat. Maaf sebab tak dapat menjawab semua soalan di email. Next time I will :) Semoga berjaya dalam segala urusan study di luar negara. Feel free to drop a comment :) Thanks for reading.









Comments