Contoh Karangan SPM: Kebaikan dan keburukan belajar sambil bekerja
Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb
Mutakhir ini, kita
sering melihat pekerja yang bekerja di pasar raya khususnya pelajar sekolah.
Kebanyakan pelajar masa kini lebih tertarik untuk bekerja secara sambilan di
luar waktu sekolah berbanding mengulang kaji pelajaran di rumah. Hal ini
demikian, mungkin disebabkan oleh faktor kemiskinan yang dihadapi oleh pelajar
tersebut, sekaligus memaksa mereka untuk berbuat demikian atau sekadar ingin
mencari wang poket tambahan. Tempat-tempat seperti pasar raya, pusat beli-belah
dan kedai buku merupakan tempat pilihan pelajar untuk belajar selepas tamatnya
sesi persekolahan. Persoalannya, apakah kebaikan dan keburukan yang bakal
diperolehi oleh pelajar jika mereka belajar sambal bekerja?
Pelajar yang belajar sambil bekerja akan dapat manfaat
seperti dapat membantu meringankan beban keluarga. Pelajar yang bekerja ini
dapat membantu ibu bapa mereka dari segi kewangan, lebih-lebih lagi jika ibu
bapa mereka mempunyai tanggungan yang banyak. Hal ini kerana terdapat
sesetengah keluarga yang menghadapi masalah kewangan sehingga terpaksa
berhutang dengan orang lain untuk menampung segala perbelanjaan termasuk
persekolahan anak-anak. Sebagai contoh, gaji yang diperolehi melalui pekerjaan
ini dapat digunakan untuk membeli barang keperluan sekolah. Selebihnya mungkin
dapat diberikan kepada ibu bapa untuk disimpan untuk kegunaan masa hadapan.
Oleh hal yang demikian, masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga dapat
dibendung jika pelajar mengambil inisiatif untuk bekerja secara sambilan.
Bukan itu sahaja, pelajar yang bekerja sambil bekerja akan
dapat membentuk sikap berdikari dala diri merek. Hal ini disebabkan oleh
pelajar yang bekerja sambal belajar ini akan dapat merasai pengalaman bekerja
dan berusaha mencari wang hasil titik peluh mereka sendiri. Dengan ini, sikap
berdikari yang timbul dalam diri pelajar itu akan menjadikan mereka sentiasa
berusaha mendapatkan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Misalnyajka
pelajar itu ingin mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan, mereka akan bekerja
untuk mendapatkannya tanpa menggunakan duit ibu bapa. Maka, sikap berdikari
akan dapat dipupuk dalam diri pelajar yang mengambil inisiatif untuk bekerja.
Selain daripada itu, disiplin diri juga akan dapat dibentuk.
Pelajar yang berkerja ini akan dapat mendisiplinkan diri mereka. Hal ini
demikian kerana pelajar tersebut berusaha mengejar masa antara masa bekerja dan
masa untuk belajar. Rutin harian seperti ini secara tidak langsung akan dapat
mendisiplin mereka. Sebagai contoh, jika dahulunya masa lapang pelajar itu
digunakan untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti lepak atau
menonton televisyen, tetapi kini masa lapang tersebut boleh digantikan dengan
bekerja selain daripada belajar. Perkara
ini seterusnya akan membuat pelajar itu sedar bahawa “masa itu emas”. Oleh yang demikian, terbuktilah bahawa belajar
sambal bekerja itu dapat membentuk disiplin diri pelajar.
Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb
Sementara itu, keburukan belajar sambil bekerja pula ialah
pelajar tersebut akan hilang tumpuan ketika berada di dalam kelas.. hal ini
kerana mereka telah gunakan separuh masa mereka dengan bekerja dan kebanyakan
daripada mereka akan letih kerana balik pada lewat malam. Bukan itu sahaja,
masalah ditempat kerja juga akan menganggu emosi dan perasaan pelajar tersebut
sehingga menyebabkan pelajar itu tertekan dan tidak mampu untuk belajar. Hal
ini sememangnya akan menyebabkan mereka gagal dalam pelajaran. Tidak ada
gunanya bermandi keringat di luar waktu kelas tetapi pelajaran diabaikan.
Jelaslah bahawa belajar sambal bekerja mungkin akan menjurus kepada kemerosotan
dalam pelajaran.
Belajar sambil bekerja juga akan menyebab pelajar sentiasa
berada dalam keadaan letih. Mereka akan kepenatan setelah bekerja pada waktu
selepas sesi persekolahan, lebih-lebih lagi bagi pelajar yang bekerja sehingga
larut malam. Pelajar yang bekerja di pasar raya atau pusat membeli belah
kebiasaan akan habis bekerja pada sebelah malam. Segala tugasan yang telah
diberi oleh guru mereka akan diabaikan kerana terlalu penat dan tidak larat untuk
menyiapkannya. Bukan itu sahaja, mereka juga akan rasa mengantuk dan lesu
ketika sesi pembelajaran dijalankan pada keesokan harinya. Hal ini jelas
membuktikan bahawa kerja sambil bekerja hanya akan memenatkan pelajar.
Kesimpulannya, belajar sambil bekerja ini bukan sahaja
mendatangkan kebaikan kepada pelajar malah mengundang keburukan juga. Pelajar
yang ingin mengambil inisiatif untuk bekerja haruslah berfikir semasak-masaknya
kerana pepatah Melalyu ada mengatakan “sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Pelajar hendaklah
sentiasa ingin bahawa komitmen mereka sebagai pelajar ialah belajar
bersungguh-sungguh. Belajar sambil bekerja adalah digalakkan tetapi biarlah
mengikut kemampuan diri pelajar itu sendiri. Janganlah pula sampai dikatakan
seperti “ pipit hendak menjadi enggang”
jika perkara itu berada di luar kemampuan pelajar. Pelajar mestilah sedar
bahawa ilmu itu penting bagi menjamin masa hadapan yang cerah.
4 Post a Comment
contohh karangan gaji yang sedikit anda gemari manakal gaji yang banyak anda tidak disukai
ReplyDeletecontohh karangan gaji yang sedikit anda gemari manakal gaji yang banyak anda tidak disukai
ReplyDelete............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
ReplyDeleteAssalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
ReplyDeleteSatu perkongsian menarik tentang bekerja ketika belajar. Saya harap anda sudi ke blog saya JY Write tentang BEKERJA KETIKA BELAJAR DI IPT. Harap sudi singgah ke blog saya.
Sekian
JY Write