Contoh Karangan SPM: Peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak
Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb
Dewasa Ini, dalam era globalisasi yang kian mencabar, gejala
sosia semakin berleluasa dan
merunsingkan. Acap kali. Kita melihat kes-kes gejala sosial terpampang di dada
akhbar mala disiarkan di kaca televisyen. Perkara ini, tidak keterlaluan jika
dikatakan menjadi lebih parah apabila kebanyakan pelaku gejala sosial tersebut
terdiri daripada golongan remaja. Memetik kata-kata Profesor Dr. Tun Abdullah
Hassa, seorang profesor yang melakukan kajian Peradaban Manusia, beliau sangat
kecewa apabila setiap pagi melihat ramai anak muda ditangkap secara kasar oleh
pihak polis kerana dituduh melakukan gejala sosial dalam berita semasa. Menyedari
hakikat kata-kta itulah pihak kerajaan telah bertungkus-lumus mencari jalan
penyelesaian untuk merungkai permasalahan gejala sosial ini. Sungguh malang
apabila segala usaha kerajaan terkubur dan hampa “seperti membunag garam ke laut”
kerana gejala sosial langsung tidak berganjak dari zon selesanya. Namun persoalannya,
apakah peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka dalam usaha mengelakkan
mereka daripada gejala sosial?
Sememangnya terdapat
pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk sahsiah
anak-anak mereka. Antaranya, ibu bapa perlulah memantapkan fizikal atau jasmani
serta tubuh anak-anak mereka. Jasman merupakan satu elemen yang prima bagi
membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini kerana anak –anak akan dapat membina
keyakinan diri dalam menjaga tubuh badan mereka sendiri. Apakah pula peranan
ibu bapa untuk memastikan kesihatan fizikal anak-anak mereka dalam usaha
membentuk sahsiah mereka yang sempurna? Terdapat pelbagai aktiviti jasmani yang
boleh dilakukan anak-anak mereka bersama-sama ibu bapa mereka. Sebagai contoh,
ibu bapa perlulaj membawa anak-anak mereka untuk bersenam dan bersukan
bersama-sama. Sebaik-baiknya, bawalah anak-anak keluar tiga kali seminggu hanya
untuk beriadah kerana bak kata pepatah “badan cergas minda cerdas”. Selain itu,
ibu bapa perlulah menghantar anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti
kokurikulum di sekolah seperti kelab dan persatuan serta unit beruniform. Hal-hal
sebegini membolehkan mereka untuk menjauhi diri daripada terjebak dalam gejala
sosial.
Selain itu, ibu
bapa berperanan penting dalam mengawal dan memberi perhatian terhadap emosi
anak-anak mereka. Secara amnya, emosi manusia kian berubah mengikut
perkembangan diri masing –masing. Perubahan emosi anak-anak sentiasa berubah
terutamanya apabila mereka sudah mencapai usia keremajaan. Perubahan emosi juga
jelas ditunjukkan oleh emaja perempuan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab
ibu bapa perlu memahami emosi anak-anak mereka sekiranya mereka mengalami
perubahan emosi. Hal ini menyebabkan anak-anak akan biasa kerana “alah bisa
tegal biasa” untuk meluahkan isi hati mereka kepada ibu bapa mereka. Selain itu,
ibu bapa perlulah memahami emosi anak-anak mereka. Sekiranya ibu bapa tidak
memahami mengapa mereka berubah emosi maka anak-anak mereka akan mudah
tersinggung dan kecewa terhadap ibu bapa mereka. Tambahan pula, ibu bapa
perlulah meminta nasihat daripada pakar supaya mengetahui cara mengenali emosi
anak-anak mereka. Akhirnya, anak-anak mereka tidak akan melepaskan emosi dengan
melibatkan diri dengan gejala sosial kerana mempunyai ibu bapa yang memahami
emosi mereka.
Seterusnya, ibu
bapa juga berperanan untuk menyediakan sumber rohani yang kuat kepada
anak-anak. Hal ini sedemikian kerana faktor terbesar yang menyebabkan
berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja ialah kurangnya atau rapuhnya
rohani tersebut. Hal ini membuktikan rohani merupakan aspek yang tidak kurang
pentingnya dalam usaha membentuk sahsiah anak-anak sekaligus mengelakkan mereka
daripada melakukan aktiviti gejala sosial. Agama pula meruapakan pilihan
individu tetapi semua agama menginginkan yang terbaik daripada penganutnya. Oleh
itu, apakah peranan ibu bapa dalam menyediakan sumber rohani yang kukuh dan kental kepada anak-anak mereka?
Sebagai permulaan, ibu bapa perlulah menguatkan iman anak-anak mereka, hal ini
kerana iman yang kuat menjadi bekalan kepada anak-anak mereka untuk menghindari
diri daripada gejala sosial. Selain itu, ibu bapa perlulah kerap membawa
anak-anak mereka ke tempat ibadat. Hal ini membolehkan anak-anak untuk sentiasa
dekat dengan agamanya. Sememangnya peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah
anak-anak adalah untuk menyediakan sumber rohani yang kukuh kepada anak-anak
mereka sekaligus menjauhkan mereka daripada gejala sosial.
Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb
Pada masa yang
sama, ibu bapa juga memainkan peranan yang amat penting untuk memberi ilmu
pengetahuan kepada anak-anak mereka dalam usaha membentuk sahsiah bahkan juga
menghindari mereka daripada gejala sosial. Ilmu pengetahuan amat penting kepada
anak-anak mereka melalui ilmu, anak-anak akan dapat membezakan perkara yang
baik dan buruk dalam kehidupan. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan
secukupnya ilmu pengetahuan yang sedia ada dalam membentuk sahsiah anak-anak. Cara
yang paling mudah adalah dengan menghantar anak-anak ke sekolah. Hal ini amat
wajib kepada ibu bapa agar anak-anak mereka dicurahkan ilmu yang berguna kepada
mereka satu hari nanti. Selain itu, ibu bapa perlu mengikuti perkembangan
akademik anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah sentiasa berhubung
dengan guru-guru di sekolah untuk pengetahuan lanjut. Cara yang lain boleh
dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan membawa mereka ke pameran buku. Melalui pendekatan
ini, anak-anak mampu belajar dengan kondusif bersama-sama ibu bapa mereka. Semestinya,
ibu bapa berperanan menyediakan sumber intelek kepada anak-anak mereka dalam
membentuk sahsiah anak-anak mereka.
Selain itu, ibu
bapa perlulaj memainkan peranan dengan memantapkan kemahiran sosial anak-anak
mereka. Kemahiran sosial dalam konteks ini sangat diperlukan dalam membentuk
sahsiah anak-anak. Hal ini sedemikian kerana melalui kemahiran sosial,
anak-anak dapat mengetahui betapa buruknya kesan melakukan gejala sosial
melalui pemerhatian dan peninjauan. Oleh itu, apakah yang perlu dilakukan oleh
ibu bapa dalam usaha memantapkan kemahiran sosial anak-anak mereka? Kaedah yang
paling asas adalah dengan mengajar anak-anak mereka nilai-nilai murni. Sebagai contoh,
nilai hormat-menghormati dan kerajinan. Melalui nilai-nilai ini, sahsiah anak –anak
akan dapat dibentuk dengan sempurna. Selain itu, anak-anak juga akan dapat
membuat refleksi diri sendiri dan membentuk peribadi yang lebih baik. Ibu bapa
haruslah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni sejak kecil kerana “melentur
buluh biarlah daripada rebungnya”. Tambahan pula, ibu bapa haruslah mengajar
anak-anak mereka mengenai pantang larang seperti membongkok apabila melalui
orang yang lebih tua. Hal-hal ini mengajar anak-anak muda untuk beradab sopan
lantas menjadikan mereka sebagai remaja yang berbudi pekerti tinggi.
Konklusinya,
Malaysia yang merupakan negara yang indah di mata duia serta mempunyai
masyarakat yang berbilang kaum akan kelihatan buruk sekiranya gejala sosial
dalam kalangan masyarakat masih belum dibendung, bak kata pepatah Melayu “kerana
nila setitik, rosak susu sebelanga”. Oleh itu, peranan semua pihak harus
dimainkan terutamanya peranan ibu bapa kerana merekalah yang mencorak
keperibadian golongan muda kotemporari ini kerana “ bagaimana acuan begitulah
kuihnya”. Anak-anak diibaratkan kain putih yang perlu dicorakkan dengan
sempurna agar kelihatan cantik dan elok dipandang mata. Kita janganlah menuding
jari dan bersikpa pasif dalam hal ini kerana semua pihak turut serta dalam
membentuk sahsiah anak-anak muda. Mahukah kita melihat dunia ini sarat dengan
kemusnahan dan kegelapan akibat ketidakprihatinan kita? Semestinya “tidak”
jawapan kita. Maka, bersama-sama lah kita berganding bahu menyahut cabaran
dengan mengemblengkan tenaga membentuk sahsiah anak-anak muda agar mereka
membawa kegemilangan negara di mata dunia satu hari nanti.
1067 Patah
Perkataan
Arnold Thomas, 5
Alamanda 2012
32 Post a Comment
Gg lo
ReplyDeleteHello, adakah anda mencari wang tambahan? i mengesyorkan ClixSense. Percuma untuk mendaftar dengan mengklik pautan di atas.
ReplyDeletehttp://www.clixsense.com/?8172285
bangang la
Deletedey cendol
ReplyDeletenice karangan ! i luv it !
ReplyDeleteThank you.
DeleteBanyak kesalahan ejaan
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBanyak kesalahan ejaan
ReplyDeletewoi hang try taip tengok banyak perkataan ini dalam karangan baru tahu .orang susah payah taip karangan bagi kita faham hang kutuk dia pulak .apa punya orang !!!
DeleteWow, karangan yg bagus utk dijadikan panduan menjawab BM kertas 1
ReplyDeletebetul tu saya setuju
DeleteBETUL TU SETUJU SGT......
DeleteTerima kasihhhh
Deletebagus !!!!!! teruskan usaha . nnti kita repeat ea. jangan banyak salah eja tau . cendol
ReplyDeleteHi, mohon maaf jika ada banyak kesalahan ejaan. I put this up for your reference, bukan untuk copy paste. Ini guidelines bagi korang idea untuk penulisan. :)
ReplyDeleteThanks for this. Really good. Helped me a lot! Keep it up
Delete....
Deletewp karangan
ReplyDeleteHelpful thanks a lot
ReplyDeletekarangan tu banyak membantu saya.terima kaseh
ReplyDeleteTerima kasih sebab sudi melawat blog ini.
Deleteb
ReplyDeleteterima kasih bro btw karangan aku dah A
ReplyDeletewow. srslyyy best essay ever. Ayatnye yg luar biasa. lain drpd lain. Terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih, semoga bermanfaat!
Deleteoh ye sama sama
Deleteassalamualaikum. saya nak tanya kalau lepasan spm boleh ke terus amik degree. ke kena amik diploma dulu. contoh.....
ReplyDeletekalau saya amik diploma pendidikan awal kanak2, masa degree boleh ke amik endidikan sejarah ke apa ke...
wlsm, kena ambil asasi/pre-universiti dahulu. Diploma pun boleh.
DeleteUntuk ambil degree pendidikan, sekurang2nya dari aliran sastera atau sains.
thanks
Deletecontoh karangan yang terbaik
ReplyDeleteSemoga bermanfaat semasa SPM!
Delete