CARA MENGISI UPU 2016 (bagi pelajar Asasi/Matrikulasi/STPM)

by - January 17, 2016

Hi pembaca blog Life Matters!
Pada entri kali ni saya akan menerangkan serba sedikit mengenai UPU. penjualan Pin Unik UPU hanya boleh didapati di mana-mana cawangan bank BSN seluruh Malaysia. Anda boleh ke kaunter unutuk membeli atau menerusi mesin ATM. Tapi bagi saya, lebih mudah untuk membeli di kaunter. Penggunaan mesin ATM agak merumitkan L haha.

Bagi pengetahuan semua:
Pin unik UPU boleh mula didapati di bank BSN bermula 18 Januari 2016.
SPM-RM15.64(gst+caj)
STPM/Setaraf-RM15.64(gst+caj)

Kebiasaan pada setiap tahun, UPU akan buka pada awal tahun. Jadi pelajar SPM pada tahun tersebut dan pelajar Asasi/matrik/STPM bolehlah apply kursus yang korang nak ye. Tapi kena tengok syarat Kursus tu juga.

Bagi pelajar SPM, anda boleh pilih sama ada anda ingin ke Asasi, Matrikulasi, Diploma atau STPM. Tapi setahu saya, STPM hanya akan ditawarkan sekiranya anda gagal mendapat mana-mana tempat dalam pilihan UPU anda atau anda sendiri yang ingin mengambil STPM (STPM diiktiraf hampir di semua universiti terkemuka dunia)

Bagi pelajar Asasi/matrikulasi/STPM pula, pilihan program anda semestinya Degree. Namun ada juga rakan saya dahulu yang ambil diploma setelah tamat pengajian di matrikulasi. Itu terserah kepada keputusan masing-masing.

Saya akan mengongsikan serba sedikit pengalaman mengisi UPU bagi pelajar Asasi/Matrikulasi/STPM. Saya merupakan lepasan pelajar Kolej Matrikulasi Sarawak!
UPU kebiasaannya ada dua FasaFasa 1 biasanya pada awal tahun iaitu Januari. Dan fasa 2 pula sekitar bulan Jun (Selepas anda menerima keputusan akhir peperiksaan, ada CGPA)
Pilihan dalam UPU bagi pelajar Asasi/matrikulasi/STPM terhad kepada 12 pilihan.

Plihan 1 hingga 4 merupakan keutamaan
Sangat penting untuk pilih program yang sesuai dengan kelayakan anda.Manfaatkan the first 4 choices dengan baik.Setahu saya, setelah anda memilih kursus bagi keempat-empat pilihan ini, anda TIDAK BOLEH MENUKARKANNYA PADA FASA YANG KEDUA!  Seelok-eloknya berdoa, memohon kepada Tuhan dahulu sebelum meneruskan dengan memilih kursus!
Kebiasaanya dalam Fasa 1,anda telah pun menerima pointer semester 1. Gunakan pointer ini untuk melihat kelayakan anda untuk memohon program/kursus tersebut.
Pada Fasa 2,kemungkinan besar anda telah peroleh CGPA akhir bagi pengajian anda, pada pengemaskinian Fasa 2, lihat balik permohonan anda, dan tukar apa yang patut. 








Urutan kursus haruslah mengikut keutamaan!



Seterusnya bahagian ni sangat penting. anda haruslah atur setiap bidang mengikut keutamaan.

Dan pada bahagian hujung, akan ada soalan "adakah anda setuju untuk menerima tawaran lain selain daripada yang di atas?" Jika anda tidak ingin dilelong, pilih TIDAK.

Sejujurnya, pada masa pengisian UPU even pada fasa 2, saya masih kurang yakin bahwa saya akan dapat kursus yang telah dipilih pada pilihan 1-4! So I chose YA. Lastly, dorang memang bagi kursus lelong pftt. L Be confident with yourself! Now that you know how a “YA” changes your future course in the university!


Isi maklumat peribadi anda.
Penting untuk anda mempunyai email yang aktif. Segala hebahan mengenai keputusan UPU akan dimaklumkan melalui email. Dan email penting jika anda terlupa maklumat login anda seperti katalaluan. Jangan lupa anda akan perlu kemaskinikan UPU pada fasa kedua nanti!







Perakuan
Ini merupakan bahagian terakhir dalam pengisian UPU. Hanya perlu confirmkan perakuan seterusnya hantar.

Pastikan anda menyemak sekali lagi segala butiran permohonan UPU sebelum menghantar borang tersebut. Anda hanyalah boleh mengemaskini sebanyak 2 kali(kalau tidak silap) sebelum menghantar permohonan Fasa 1. Setelah anda menerima CGPA akhir pada bulan sekitar bulan Mei atau Jun, link UPU akan dibuka semula untuk kemaskini Fasa kedua.
Itu sahaja yang mampu saya kongsikan buat anda, sebarang pertanyaan bolehlah diajukan pada bahagian Komen, atau emaikan terus kepada saya di aaronn.avit@yahoo.com

Thanks for reading J

You May Also Like

53 comments

  1. Blh k pelajar dr matrik(1 thun) nk mohon upu skali lg bg kategori spm mggunakan kputsan spm yg dlu..? Adakah elaun trmsuk skali? Mohon pnjelasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Rasyad, awak maksudkan awak nak apply masuk matrik balik even though awak skrg di Matrik? Saya kurang pasti akan hal tersebut, sebab di permohonan matrikulasi selalu require nombor pendaftaran SPM. Permohonan matrikulasi hanya dibuka kepada pelajar yg mengambil SPM pada tahun sebelumnya sahaja. melalui no pendaftaran SPM awak mereka akan detect awak ambil SPM tahun bila, dan maybe reject permohonan awak jika bukan SPM tahun sebelumnya.

      Delete
  2. Halo ,

    Saya pelajar stpm 2015 tahun lepas saya tak dapat apply upu Kerana masalah keluarga tapi tahun ini saya Akan apply .. saya dapat 3.08 and band 4 peluang saya dapat uni tinggi tak ?? Saya apply Kursus pengurusan sumber manusia, keusahawanan , sociologi dan antropologi dan komunikasi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello,

      Yup, mudah-mudahan awak dapat course yang awak apply itu. Rezeki semua di tangan Tuhan. Keputusan awak sudah lebih layak untuk ditawarkan tempat di universiti :)

      Delete
    2. Thanks for replying Arron avit 😊✌️

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Halo ,
      Nak Tanya Kawan saya cakap setiap tahun applikasi upu Akan focus mainly kepada pelajar tahun semasa ... so peluang saya Untuk dapat UA ok ke tak , saya sangat takut kalau tak dapat ape ape tawaran.

      Delete
    5. Hi, awak seperti kes kawan saya hari tu. Dia lepasan Matrikulasi 2015, tapi semasa UPU 2015 tu, dia tak nak course yang diberikan oleh UPU. Terpaksa tunggu UPU tahun 2016 apply balik dan dapat course yang dia nak. Saya dengar yang sijil pre-universiti seperti matrikulasi dan stpm ada tarikh tamat/expired date di mana jika sudah tamat tempoh awak tak akan dapat gunakan untuk apply lagi. Tapi awak STPM 2015 kan, masih ada peluang. Cuba mohon dahulu di UPU tahun ini ya.

      Delete
    6. Ok thanks Aron avit for replying I will sure try I hope i get it finger crossed .

      Delete
  3. Hai, saya pelajar dari politeknik yang akan tamat diploma pada bulan 4 ni. Boleh ke kalau saya nak apply upu utk degree pada fasa 1 (bulan feb) tapi menggunakan result sem lepas? Kalau boleh, adakah saya berkemungkinan akan dapat intake 1 itu terus ATAU saya memang kena tunggu result sem akhir (bulan 6) dan kemaskini semula untuk intake 2)? *mohon penjelasan, tqsm*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, permohanan lepasan matrikulasi dengan diploma lebih kurang sama rasanya. Dulu pada fasa pertama saya menggunakan result semester 1, selepas tamat matrikulasi pada april dan result semester akhir keluar pada bulan Jun/july saya terus update keputusan pada Fasa kedua permohonan UPU. Harap membantu :)

      Delete
    2. Jika awak uodate Result akhir (FINAL CGPA) pada Fasa kedua awak akan dapat intake pertama iaitu dalam bulan September. Please alert dengan Fasa kedua sebab permohonan hanya sekejap je kalau tak silap.

      Delete
    3. Hi, terima kasih byk kerana respon :) saya ada soalan lagi, kalau saya tak apply fasa 1 tp apply fasa 2, posibility utk tak dapat masuk intake pertama akn tinggi ke? Dan boleh tolong cadangkan fasa ke berapa yg ok utk sy apply? Saya dah beli no pin tp masih konfius nak apply bila (fasa 1 atau 2). Tq

      Delete
    4. Mohon dari Fasa 1. Fasa 2 hanya dibuka untuk update result (final CGPA) sahaja :)

      Delete
  4. Hi, can u suggest how to answer part "adakah anda setuju terima tawaran lain selain dari di atas"? Kalau click ya, takut dpt course lelong (very big no!!!) Tapi kalau click no pulak takut takdapat sambung belajar (i wnt to further my study sobs). Pls help me!!! :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. I would strongly suggest you to click NO if awak yakin akan dapat first choice yg awak letak di UPU tersebut. Also, click NO if awak tidak yakin. HAHA. Normally yang click YES tu lah kena lelong (macam kes saya) huhu. Jangan risau kalau awak tidak dapat, sebab UPU ada permohonan semula bagi yang tidak dapat mana-mana tawaran. I am sure awak boleh! Goodluck.

      Delete
    2. Permohonan lepas saya click YES and guess what UPU bagi course yang aku langsung tak apply. Tak terlintas kat akal nak belajar Engineering but itu yang aku dapat. HAHA. That's why click NO for your own sake.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. I am a matriculation student (not taking STPM), can i chance my courses during UPU fasa 2 ?

    ReplyDelete
  6. Hai, saya nak tanya. Saya sudah memohon upu pada fasa 1 bagi lepasan stpm/setaraf tapi tidak sempat untuk mengesahkan permohonan saya jadi secara automatiknya saya tidak memohon bagi fasa 1. Jadi soalan saya, bolehkah saya menggunakan no pin yang sama pada fasa 2 untuk permohonan yang baru? Mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, tarikh tutup permohonan adalah pada hari esok 6 April pada pukul 6 ptg. telah dilanjutkan sehari. Sila hantar permohonan saudari secepatnya.

      Delete
    2. kalau upu fasa 2 kita minta course yang ada interview macam mana eh?

      Delete
    3. Ermm bang haha. .Soalan ni agak pelik lah. .Utk bahagian stpm tu.. Memang x dpt nak isi cgpa kita ke?

      Delete
  7. Hai, saya nak tanya. Saya sudah memohon upu pada fasa 1 bagi lepasan stpm/setaraf tapi tidak sempat untuk mengesahkan permohonan saya jadi secara automatiknya saya tidak memohon bagi fasa 1. Jadi soalan saya, bolehkah saya menggunakan no pin yang sama pada fasa 2 untuk permohonan yang baru? Mohon penjelasan

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. hi salam!

    saya pelajar asasi sains. apa beza fasa 1 dan 2? adakah result sem 2 hanya membantu sekiranya saya tak layak lepas fasa 1 or...????

    ReplyDelete
  10. Nak tanya. Kalau tak lepas untuk apply fasa 1 sebab ada masalah dengan dokumen yang perlu diupload utk lepasan diploma , bolehkah apply untuk fasa 2 ? Jadi intake kedua ke ?

    ReplyDelete
  11. Hi, I was wondering that if I study matriculation, I'll be applying into ipta through upu in the first phase even though I still haven't finish my studies in matriculation right? By using the first sem result? Then after that I'll clarify and complete the application in June with my final matriculation result is it?

    ReplyDelete
  12. Halo admin, I was wondering I am a 2015 stpm student with 3.0 and band 4 will I get upu because my kategori in upu is diploma setaraf and I heard that pelajar lepasan will not get in easily ? And that's worries me and the courses I applied are not that competative so will I get in or is it hard ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, I am not sure if 2015 can still apply to 2017 but I hope you are able to do that since they only want tahun semasa (which means 2017). 3.0 and band 4 good enough to get any course at any universities

      Delete
    2. i know few ppl got in uni last year even though they are not tahun semasa .. last year I didn't apply bacause I had some prob but I am worried I won't get this year ��

      Delete
    3. Also on the top comment u said ur matrix friend got in the next year because the person didn't get the first year ?

      Delete
  13. Btw stpm tahun semasa is 2016 stpm student

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah sorry about that. you surely will get a place in university.

      Delete
    2. if the courses are not competitive, then worry no more since you result is quite okay

      Delete
    3. Thanks Aron

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Empat pilihan pertama memang dah tak boleh tukar ke untuk fasa 2? Kebiasaannya temuduga dijalankan bulan berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seingat saya memang tak dapat dah. sorry kalau salah ye.

      Delete
  16. Hai! Saya nak tanya something. Masa fasa 1,first choice saya adalah course yang kena interview tapi saya tak dapat tawaran interview tu. Then, waktu nak update balik utk fasa 2, course yg kena interview tu (pilihan pertama) tak boleh ditukar. So adakah dia akan tengok kita punya second choice and seterusnya? Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, yup. Normally macam tu, Tapi biasanya kalau awak letak course yang require interview untuk first 4 choices tu and awak tak dipanggil untuk interview only then system akan hantar permohonan universiti pilihan ke lima dan seterusnya.

      Delete
    2. so pilihan 1 dan 4 tu tak boleh tukar lah ye

      Delete
  17. Hi! I got some questions for you. No pin adakah beli yang baru ataupun guna yang spm tu? Hari ni start pra pendaftaran for matrikulasi, perlu ke daftar sebab saya still taktahu upu punya result (21 Mei result upu)? Kalau dah bayar yuran matrikulasi sblm 23 Mei (Hari daftar matrikulasi) but then decide to choose diploma, will they refund the money? Thank you in advance!

    ReplyDelete
  18. Nak tanya sikit. Saya letak course interview bagi pilihan 1 dan 4. Dan saya daat interview utk dua dya course tersebut. Cuma lain uni. Tapi nanti fasa 2 saya nak ubah kedudukan boleh ke? Nak letak yg num4 ke pilihan 1. Dua dua interview saya dpt. Boleh ke cmtu? Sebb saya baru lepas interview UM and dia ckp dia terima saya tapi takut xdapat sebab saya letak keempat. Kesilapan besar saya...macm mana ye? Boleh ke tukar masa fasa 2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rasanya tukar. Takpe, masa fasa 2 nanti awak cuba tengok website upu tu balik dan cuba tukar. Goodluck!

      Delete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete