-->
Ronald Robertson

Dr. Aaronn Avit Ajeng

Postdoctoral Researcher
  • Email aaronnavit@um.edu.my
  • AffiliationUniversiti Malaya (UM)
  • ExpertiseBiology and Biochemistry
  • Curriculum VitaeDownload here

CARA MENGISI UPU 2016 (bagi pelajar Asasi/Matrikulasi/STPM)

Hi pembaca blog Life Matters!
Pada entri kali ni saya akan menerangkan serba sedikit mengenai UPU. penjualan Pin Unik UPU hanya boleh didapati di mana-mana cawangan bank BSN seluruh Malaysia. Anda boleh ke kaunter unutuk membeli atau menerusi mesin ATM. Tapi bagi saya, lebih mudah untuk membeli di kaunter. Penggunaan mesin ATM agak merumitkan L haha.

Bagi pengetahuan semua:
Pin unik UPU boleh mula didapati di bank BSN bermula 18 Januari 2016.
SPM-RM15.64(gst+caj)
STPM/Setaraf-RM15.64(gst+caj)

Kebiasaan pada setiap tahun, UPU akan buka pada awal tahun. Jadi pelajar SPM pada tahun tersebut dan pelajar Asasi/matrik/STPM bolehlah apply kursus yang korang nak ye. Tapi kena tengok syarat Kursus tu juga.

Bagi pelajar SPM, anda boleh pilih sama ada anda ingin ke Asasi, Matrikulasi, Diploma atau STPM. Tapi setahu saya, STPM hanya akan ditawarkan sekiranya anda gagal mendapat mana-mana tempat dalam pilihan UPU anda atau anda sendiri yang ingin mengambil STPM (STPM diiktiraf hampir di semua universiti terkemuka dunia)

Bagi pelajar Asasi/matrikulasi/STPM pula, pilihan program anda semestinya Degree. Namun ada juga rakan saya dahulu yang ambil diploma setelah tamat pengajian di matrikulasi. Itu terserah kepada keputusan masing-masing.

Saya akan mengongsikan serba sedikit pengalaman mengisi UPU bagi pelajar Asasi/Matrikulasi/STPM. Saya merupakan lepasan pelajar Kolej Matrikulasi Sarawak!
UPU kebiasaannya ada dua FasaFasa 1 biasanya pada awal tahun iaitu Januari. Dan fasa 2 pula sekitar bulan Jun (Selepas anda menerima keputusan akhir peperiksaan, ada CGPA)
Pilihan dalam UPU bagi pelajar Asasi/matrikulasi/STPM terhad kepada 12 pilihan.

Plihan 1 hingga 4 merupakan keutamaan
Sangat penting untuk pilih program yang sesuai dengan kelayakan anda.Manfaatkan the first 4 choices dengan baik.Setahu saya, setelah anda memilih kursus bagi keempat-empat pilihan ini, anda TIDAK BOLEH MENUKARKANNYA PADA FASA YANG KEDUA!  Seelok-eloknya berdoa, memohon kepada Tuhan dahulu sebelum meneruskan dengan memilih kursus!
Kebiasaanya dalam Fasa 1,anda telah pun menerima pointer semester 1. Gunakan pointer ini untuk melihat kelayakan anda untuk memohon program/kursus tersebut.
Pada Fasa 2,kemungkinan besar anda telah peroleh CGPA akhir bagi pengajian anda, pada pengemaskinian Fasa 2, lihat balik permohonan anda, dan tukar apa yang patut. 








Urutan kursus haruslah mengikut keutamaan!



Seterusnya bahagian ni sangat penting. anda haruslah atur setiap bidang mengikut keutamaan.

Dan pada bahagian hujung, akan ada soalan "adakah anda setuju untuk menerima tawaran lain selain daripada yang di atas?" Jika anda tidak ingin dilelong, pilih TIDAK.

Sejujurnya, pada masa pengisian UPU even pada fasa 2, saya masih kurang yakin bahwa saya akan dapat kursus yang telah dipilih pada pilihan 1-4! So I chose YA. Lastly, dorang memang bagi kursus lelong pftt. L Be confident with yourself! Now that you know how a “YA” changes your future course in the university!


Isi maklumat peribadi anda.
Penting untuk anda mempunyai email yang aktif. Segala hebahan mengenai keputusan UPU akan dimaklumkan melalui email. Dan email penting jika anda terlupa maklumat login anda seperti katalaluan. Jangan lupa anda akan perlu kemaskinikan UPU pada fasa kedua nanti!







Perakuan
Ini merupakan bahagian terakhir dalam pengisian UPU. Hanya perlu confirmkan perakuan seterusnya hantar.

Pastikan anda menyemak sekali lagi segala butiran permohonan UPU sebelum menghantar borang tersebut. Anda hanyalah boleh mengemaskini sebanyak 2 kali(kalau tidak silap) sebelum menghantar permohonan Fasa 1. Setelah anda menerima CGPA akhir pada bulan sekitar bulan Mei atau Jun, link UPU akan dibuka semula untuk kemaskini Fasa kedua.
Itu sahaja yang mampu saya kongsikan buat anda, sebarang pertanyaan bolehlah diajukan pada bahagian Komen, atau emaikan terus kepada saya di aaronn.avit@yahoo.com

Thanks for reading J

Comments

Contact Form