-->
Ronald Robertson

Aaronn Avit Ajeng, PhD

Postdoctoral Researcher
  • Emailaaronnavit@um.edu.my
  • Phone+60 (14) 970 5384
  • ExpertiseBiology and Biochemistry
  • AffiliationUniversiti Malaya (UM)

Kepentingan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat

Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb    
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar ataupun tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia, kita acapkali tersentak dengan pelbagai masalah sosial yang beronal dalam masyarakat kita. Masyarakat kita pada masa kini seolah-olah tidak lagi mempedulikan kepentingan nilai-nilai murni yang seyogianya ada dalam dalam diri kita masing-masing. Penerapan nilai-nilai murni dapat mempengaruhi diri seseorang itu menjadi seorang yang berhati mulia. Persoalannya, apakah kepentingan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat?
Penerapan nilai-nilai murni mampi melahirkan masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain. Nilai hormat-menghormati amat penting dan merupakan satu perkara yang patut diteladani oleh masyarakat Malaysia, sekiranya masyarakat Malaysia saling bertegur sapa tanpa mengira usia, jantina mahupun warna kulit malah mempraktikkan lirik lagu “senyum tak perlu kata apa-apa”, maka secara automatik mereka dapat menzahirkan rasa hormat dalam diri masing-masing. Dalam konteks ini, jelaslah bahawa apa yang dinyatakan dalam peribahasa Melayu adalah tepat, bak kata pepatah ” yang tua dihormati, yang muda disayangi”.
Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb   
Selain itu, penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat sangat penting sebagai satu prakarsa untuk mewujudkan masyarakat yang hidup dalam suasana harmoni dan sejahtera. Tidak dapat dinafikan bahawa suasana ini merupakan impian setiap lapisan masyarakat terutamanya mereka yang hidup berjiran. Sebagai contoh, aktiviti bergotong-royong yang diadakan akan berjalan dengan lancar dan harmoni berkat kerjasama serta muafakat dalam kalangan jiran tetangga. Situasi ini sesuai dengan peribahasa “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.
Seterusnya, penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan wajar diamalkan oleh setiap insan bagi membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia dalam diri seseorang di samping memberi kebaikan kepada negara. Oleh hal yang demikian, ibu apa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan anak-anak mereka. Senario ini persis pepatah Melayu, yakni “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan agama yang amat penting untuk menjana mentaliti tahap pertama dalam jiwa masyarakat.
Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb   
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, jelaslah bahawa penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat di Malaysia amat penting kerana perkara ini dapat memberi banyak kemaslahatan demi kesejahteraan sejagat. Masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni juga akan dapat menyemai rasa cinta akan Negara sekaligus menghargai keamanan yang dikecapi. Hasrat agar masyarakat lebih berjiwa murni di samping tidak dengki antara satu sama lain akan tercapai melalui penerapan nilai-nilai murni. Sikap masyarakat yang memberi tumpuan terhadap matlamat menerapkan nilai-nilai murni seperti mutiara kata “pahit manis sama dirasa, satu arah satu tujuan” kerana kesenangan dan kemewahan yang dimiliki yang dikongsi bersama.
Nadiathul Akhma & Henrieta Duncan
5 Sains Alamanda.

ehsan google...

Comments