-->

Tuesday, December 1, 2015

Karangan SPM: Masalah sosial dalam kalangan remaja
Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb    
Klik disini untuk mengetahui 3 resipi sambal yang enak!

Masalah sosial dalam kalangan remaja merupakan fenomena yang semakin membimbangkan kita pada hari ini. Masalah seperti penagihan dadah, salah laku pelajar, pergaulan bebas dan sebagainya semakin berleluasa dan kian meningkat. terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja ini.
Salah satu daripanya ialah krisis keluarga yang menyebabkan kwalan sosial ke atas anak-anak diabaikan. Ibu bapa yang sering bertengkar sudah pasti tidak dapat mengasuh dan mendidik anak-anak mereka dengan baik dan sempurna. Keadaan ini bertambah buruk apabila ada dalam kalangan ibu bapa yang sibuk dengan tugas mereka di pejabat sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka. Akibatnya, terdapat anak-anak yang melarikan diri daripada rumah, bergaul dengan rakan-rakan yang tidak sepatutnya  dan dari situlah bermulanya segala masalah sosial yang disebut di atas.
Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb    
Di samping ibu bapa, masalah ini juga berpunca daripada pengaruh media massa. Dalam zaman teknologi yang berkembang pesat ini, para remaja mudah terdedah kepada pelbagai pengaruh yang negatif melalui internet dan banyak saluran yang laim sehingga minda mereka mudah diracuni oleh unsur-unsur yang kurang sihat. Di sampin itu, tuntutan modenisasi yang turut memberikan tekanan kepada remaja yang inginkan kebebasan untuk lepas daripada kongkongan ibu bapa dan menuntut hak individu juga memyebabkan remaja menolak autoriti ibu bapa yang mengawal tingkah laku mereka.
Masalah sosial ini juga berkait rapat dengan kemerosotan disiplin di sekolah. Disebabkan ada segelintir pihak sekolah yang tidak mengenakan hukuman yang tegas terhadap pelajar-pelajar yang melanggar disiplin, maka mereka ini akan berani untuk melakukan perbuatan yang sama. Tabiat buruk ini akan dibawa oleh mereka apabila meninggalkan bangku persekolahan kelak. Hal ini sudah tentu akan memberikan persepsi yang negatif oleh masyarakat terhadap mereka dan juga menyukarkan proses kemasukan ke pendidikan tinggi serta alam pekerjaan memandangkan testimoni pelajar oleh pihak sekolah bersifat negatif.
Untuk mengurangkan masalah sosial ini, ibu bapa haruslah mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni serta ajaran-ajaran  agama yang sempurna kepada anak-anak supaya mereka menjadi remaja yang bermoral dan berakhlak mulia. Ibu bapa perlu memahami masalah anak-anak mereka dan menjadikan anak mereka sebagai kawan dan bukannya lawan. Selain itu, ahli keluarga yang lain seperti abang dan kakak juga berperanan dalam memastikan adik-beradik dipantau dengan sempurna.
Dapatkan Buku Latihan SPM untuk semua subjek termasuk Bahasa Melayu termurah disini: https://shp.ee/yirqqfb    
Di peringkat sekolah pula, para guru amat berperanan dalam mengawal pelajar mereka daripada melakukan gejala sosial. Sikap lepas tangan sesetengah guru seharusnya tidak dicontohi kerana pelajar merupakan tanggungjawab mereka ketika berada di sekolah. Para guru juga harus peka dan sentiasa terbuka kepada mendengar masalah pelajar serta menasihati mereka secara baik. Di samping itu, disiplin di sekolah juga perlu dipertingkatkan. Hubungan erat antara ibu bapa dan guru perlu dipertingkatan supaya ibu bapa sentiasa mendapat maklum balas daripada guru yang mengajar anak-anak mereka. Pihak sekolah juga seharusnya memperhebatkan Unit Kaunseling untuk membantu pelajar-pelajar yang bermasalah supaya mereka tidak berasa terpinggir.
Kesimpulannya, untuk membendung masalah sosial ini daripada terus menular, pihak-pihak yang terlibat harus berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing. Jika semua pihak dapat mengemblengkan usaha dalam mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja ini, sudah pasti masalah ini dapat diselesaikan sehingga ke pakar umbi.
penulis: Aaronn Avit & Clavell Lestwill 4 Sains Alamanda, SMK Merbau Miri.



Aaronn is currently a biologist at Universiti Malaya's Institute of Biological Sciences. He was born and raised in Miri, Sarawak, and received his undergraduate and PhD degrees from Universiti Malaya in Kuala Lumpur.

23 Comments:

  1. wahhhh!! tank u :) u r my life saver <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. you are mostly welcomed! Feel free to visit other entries ya. Thanks :)

      Delete
  2. thank you very much.it's really useful.thank you mr.superman:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are welcome! glad it helps :)

      Delete
    2. this essay is almost same as essay inhttp://naqeeuddin18.blogspot.my/2017/08/karangan-tentang-masalah-sosial-dalam.html
      but good!!!

      Delete
  3. Wah thank you so much! Senang sikit kerja, boleh tiru isi-isi2 sikit xD

    ReplyDelete
  4. thank .. it's really useful '.'.'[3]


    ReplyDelete
  5. Replies
    1. No problem, semoga bermanfaat :)

      Delete
    2. You've got a lot kesalahan ejaan right there hahahahah but its alright, ada isi penting semua cukup

      Delete
    3. Oopss sorry! Mesti tu tertaip dengan laju hahaha. Tu kira homework korang lah nak betulkan balik hehehe.

      Delete
  6. Aaroon Avit
    Do you hv the below sample SPM -
    karangan :
    1.Ciri-ciri sekolah selamat
    2.Semangat Kejiranan
    3.Peranan remaja dalam membantu ibu bapa menangani masalah kewangan dan perbelanjaan keluarga
    4.Sekolah penyayang
    5.Kepentingan mempelajari sejarah
    6.Persediaan-persediaan remaja bagi menghadapi cabaran sebagai warganegara
    7.Cara-cara menghargai tokoh kemerdekaan
    8.Semangat kejiranan teras perpaduan.Bincangkan.
    9.Tradisi kejiranan telah banyak menbendung gejala tidak sihat.Bincangkan langkah-langkah menyemai semangat kejiranan dalam masyarakat.
    ---------------------------------

    1. Telefon& bimbit...kepentingan- ibmplikasi negatif- peranan ibu bapa

    2. Perpaduan - kepentingan- langkah

    3. Gejala sosial - punca- kesan - peranan pelbagai pihak

    4. Penderaan kanak2 - punca- kesan -langkah

    5. Budaya bibliohisme - kemaslahatan - langkah

    6. OKU - langkah membantu

    7. Pelancongan - kepentingan -cabaran -langkah

    8. Media sosial .. kepentingan - kesan negatif -langkah

    9. Sukan -langkah

    10. Disiplin - langkah

    11. Menabung/ jimat cermat..kebaikan - cara

    12. Keluarga sakinah..langkah

    13. Pemerdagangan orang..kesan-langkah

    14. Pembuangan bayi..punca - kesan - langkah

    15. Kesihatan sepanjang hayat..kebaikan - langkah

    16. Kenaikan harga barang..kesan - langkah

    17. Kemalangan jalan raya ..punca - kesan - modus operandi


    ReplyDelete
    Replies
    1. hello, i am currently away from home because I am studying in west M'sia. All of the samples are left in my home in sarawak by the moment. I will only go back on February of 2017. I am sorry that I could not help ya :)

      Delete
  7. thank you,life saver.esok mok anta tok..makseh gilak2.aku ambik isi2 dlm essay kau tok ok?mintak isi.makseh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, boleh jak sikda hal. Harap ia membantu :)

      Delete
  8. mohon copy utk pembljrn saya...tq ^_^

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Youre welcome. Gunakan dengan sebaiknya :)

      Delete
  10. Saya minta keizinan untuk copy untuk pembelajaran

    ReplyDelete

Collaborations and Service/Products Endorsements Are Welcomed!

Contact Me
Aaronn Avit Ajeng
+6014-9705384
Kuala Lumpur, Malaysia