-->
Ronald Robertson

Dr. Aaronn Avit Ajeng

Researcher
  • ExpertiseBiology and Biochemistry
  • Curriculum VitaeDownload here

Cara Belajar Di Matrikulasi/asasi

Hi dan selamat datang buat pembaca blog yang tak seberapa ni. Hehehe

Di sini saya ingin mengucapkan tahniah buat adik-adik UPSR tahun 2015 kerana berjaya meningkatkan peratusan kelulusan sebanyak 0.76 peratus berbanding tahun lalu! Ingat semua itu hanyalah permulaan. Yang dapat keputusan yang bagus, bersyukur lah ye. Yang tak dapat tu, takpa. UPSR bukanlah segalanya. Aku dulu UPSR 1A3B3C je, sekolah aliran Cina lagi tu hehe. Dan juga tak lupa kepada adik-adik SPM, tahniah sebab sudah lepas satu fasa dalam hidup adik-adik dimana selepas ni keputusan yang dibuat adalah sangat-sangat penting.Yang masih menduduki peperiksaan SPM tu, semoga berjaya saya ucapkan. Buat yang terbaik kepada diri sendiri, keluarga dan guru-guru.
Entri kali ni khas untuk adik-adik SPM sebenarnya, saya percaya sebelum adik-adik menduduki SPM, adik-adik tentu sudah mengisi UPU kan? Dalam permohonan tersebut ada kemasukan ke matrikulasi dan Asasi universiti serta diploma. Dan kalau yang tak nak masuk matrikulasi/asasi/diploma tu, option lain adalah STPM. Keputusan terletak di dalam tangan adik-adik. Pilih yang mana sesuai..

2 tahun dulu, setelah mendapat berita gembira mengenai keputusan SPM, saya membuat keputusan untuk masuk matrikulasi walaupun pada saat itu ada juga tawaran daripada Asasi Sains Hayat UNIMAS. Rasa sedih juga sebab gagal mendapat tempat di Asasi UM (PASUM) dan juga temuduga MARA serta JPA ke luar negara. Namun itu tidak sama sekali mematahkan semangat untuk belajar. Matrikulasi dan Asasi ni hampir sama namun strukturnya ada yang berlainan. Matrikulasi Sains sebelum tahun 2009 dulu menggunakan Sains Hayat dan Sains Fizikal sepertimana yang masih digunakan dalam Asasi-asasi di universiti. Namun sekarang matrikulasi sains menggunakan 3 modul iaitu Modul 1, Modul 2 dan Modul 3. Modul 1 ni pelajar akan mengambil kesemua subjek sains iaitu Kimia, Biology, Fizik dan Matematik. Manakala modul 2 Kimia, Fizik, Matematik dan Sains Komputer. Dan modul 3 pula Kimia, Biology, Matematik dan Sains Komputer. Kimia dan Matematik merupakan subjek wajib dalam setiap modul ni. Ada juga subjects lain seperti English, Kemahiran Dinamika, Pendidikan Moral dan Islam.

Oleh sebab saya ni bekas pelajar matrikulasi, of course lah saya akan kongsikan pengalaman belajar di matrikulasi. Namun teknik pembelajaran yang saya akan kongsikan ini juga boleh digunapakai untuk pelajar-pelajar lain seperti Asasi dan yang lain-lain
.
Sijil matrikulasi ni jangan dipandang remeh. Terdapat beberapa universiti luar negara yang menerima Sijil Matrikulasi seperti Uni. Of Manchester, Uni. Of Birmingham, Uni. Of Nottingham, Queen’s University Belfast, University of Sydney dan banyak lagi. Anda boleh check di laman-laman web university tersebut dan click pada country information dan click nama Malaysia. Syarat-syarat kemasukan ada dinyatakan di sana. Saya juga ada menulis mengenai cara-cara melanjutkan pelajaran ke UK dengan menggunakan Sijil Matrikulasi. Anda boleh check di post pertama sini dan yang terbaru di sini 


Kalau nak study di luar negara, STPM, A-level, Diploma International Baccaleurette bukanlah satu-satu jalan. Sijil Matrikulasi juga boleh dijadikan tiket untuk study di top university di dunia!
Berikut saya kongsikan cara-cara yang saya gunakan untuk belajar sepanjang di matrikulasi




Konsisten

Dulu, semasa kali pertama menjejakkan kaki ke alam matrikulasi, agak culture shock sedikit kerana cara pembelajaran yang sangat berbeza dari alam persekolahan menengah. Dalam matrikulasi akan ada Kuliah dan juga tutorial.

Untuk Kuliah ni, pensyarah akan menyampaikan isi pembelajaran selama satu jam. Dan untuk tutorial ni, pelajar akan ke bilik tutorial lah untuk membincangkan soalan-soalan tutorial bersama seorang pensyarah juga selama sejam. Suasana dalam bilik tutorial ni hampir sama dengan suasana dalam kelas sekolah menengah. Tak sama dengan suasana kuliah. Kuliah biasanya akan dihadiri oleh beratus-ratus pelajar namun tutorial pula scopenya lebih kepada suasana bilik darjah.

Kenapa konsisten itu penting?
Pelajar haruslah konsisten sebab tempoh matrikulasi ni agak singkat. Ada yang ambil pengajian setahun(PST) dan pegajian dua tahun(PDT). Yang kritikal ni lah yang ambil pengajian setahun. Benda yang korang akan belajar selama setahun adalah sama dengan benda yang pelajar Dua Tahun belajar. Kalau tak dapat cope dengan Pengajian satu Tahun, boleh je minta pindah ke Program Dua Tahun dengan syarat Pointer Semester pertama tu kurang daripada 2.00! hehehe saya dulu ambil pengajian satu tahun. Dalam satu tahun tu memang hampir gila. Dalam satu jam, boleh habis satu bab lecturer ajar. TAK TIPU.
Sebab tu dulu aku tak dapat cope semasa semester 1. Balik je dari kuliah petang, kena buat tutorial dan assignment serta lab report yang melambak. Tu pun belum pasti betul ke tidak hahaha. Selalunya masa untuk buat tutorial dan assignment ni dari 7pm hingga 12.30am atau lebih. Tu bergantung kepada pelajar lah untuk menguruskan masa. Tapi aku memang selalu macam tu huhuhu selepas pukul 12.30am tu mata pun sudah mula mengantuk. Tak dapat untuk mengulangkaji balik bab-bab yang lecturer sudah ajar. Situasi ni berulang dari hari ke hari……… hahaha
Korang tak boleh tak buat assignment, nanti markah Penilaian Berterusan takda. Tak boleh tak mengulangkaji sebab setiap minggu akan ada kuiz mengejut huhuhu. Oleh sebab itu, konsisten itu penting. Jangan berhenti belajar! Cari motivasi diri yang sesuai to make yourself keep going!

Fokus dalam Kelas



FOKUS dalam kelas ni sangat-sangat penting! Walaupun kadang-kadang terlalu fokus boleh mengantuk, takpa handphone kan ada boleh rakam suara lecturer hehe. Saya lebih kepada fokus di dalam kelas sebab saya tahu sepulangnya dari kuliah petang, saya akan terus kepada assignment dan tutorial serta lab report. Memang masa untuk mengulangkaji di bilik tu sangat kurang.  


Dalam kelas saya selalu pilih untuk duduk di depan. Lebih senang bertanyakan soalan kepada pensyarah. Kadang-kadang bila mengantuk tu sampai, aku berserah dan memilih tempat duduk belakang untuk “berehat” haha.


Tapi di kolej saya dulu iaitu Kolej Matrikulasi Sarawak, memang semua lecturer yang mengajar mempunyai skills yang boleh menarik perhatian pelajar untuk mendengar. Memang best! Kebiasaannya semasa berada kelas Biology, pensyarah akan bagi masa berehat atau main Handphone jika pelajar tu dah mula menunjukkan muka mengantuk hehe. Best tau dapat lecturer macam ni !

Rajin bertanya


Rajin bertanya ni sangat-sangat penting. Tak kira lah nak tanta pensyarah ke atau kawan yang lebih tahu. Biasanya saya lebih kepada dua-dua. Dulu semasa di bangku sekolah, memang saya ni jenis Nerd dan malu untuk bertanya kepada guru. Namun di matrikulasi, situasinya sangat berlainan dan pertolangan tambahan daripada lecturer dan kawan-kawan tu sangat penting!
Subjek yang saya suka rujuk kepada pensyarah ialah Kimia. Sebab Kimia ni sangat-sangat senang jadi rugilah kalau tak skor baik. Mungkin disebabkan suka dengan subjek ni, kedua-dua semester saya skor A(4.00) untuk subjek ni.. Terima Kasih saya ucapkan kepada Miss HB sebab beliau mampu menjadikan subjek kimia fun to be learned! Haha, tak kisah lah kalau awak ni pelajar mana, memang rajin bertanya merupakan kunci kepada kejayaan. Malu bertanya sesat jalan tau!

Berhati-hati dalam memilih buku rujukan.



Kalau lihat di pasaran, memang buku matrikulasi ni berlambak. Mostly publishernya adalah orang local. Nasihat pensyarah aku dulu, kalau boleh elakkan menggunakan buku rujukan matrikulasi tempatan. Sebab kadang-kadang maklumat yang disampaikan dalam buku tersebut salah dan bercanggah dengan buku antarabangsa.
Lebih elok lagi, gunakan lecture notes yang korang dapat daripada pensyarah. Lecture notes ni biasanya rumusan daripada buku-buku antarabangsa dan kontennya lebih tepat dan mengikut silibus matrikulasi. Elakkan membazir duit membeli buku-buku rujukan matrikulasi local OK?! Simpan duit tu untuk beli makanan hehehe. Selalu juga pergi library, sebab library di matrikulasi menyediakan kemudahan meminjam buku-buku STPM dan International books. So rajin-rajinlah g library ye!

Sentiasa buat tutorial dan assignment


Dalam sistem matrikulasi ni ada menggunakan Penilaian Berterusan(PB) PB ni merupakan carry marks kepada Ujian Pertengahan Semester(UPS) dan Peperiksaan akhir semester(PSPM). Dari mana datangnya markah PB ni? Ianya datang dariAssignment, tutorial dan juga Lab report. Sangat penting untuk hantar assignment mahupun tutorial dan lab report on-time sebab lecturer akan tanda dan bagi markah bagi sesiapa yang hantar. Sanggup ke tengok grade tu teruk sebab tak hantar assignment? Tak sanggup kan.

Dalam UPS, purata bagi subject yang korang ambil akan diambil dan dijadikan Carry Mark untuk ujian akhir semester. Contohnya dalam UPS korang dapat A untuk biology, carry mark ialah 10 marks. Besarkan? Dan Penilaian Berterusan yang lain seperti markah lab report sebanyak 5 marks Cuba bayangkan kalau grade Biology korang ialah B+ (kira-kira 65) dalam ujian akhir semester, ditambah dengan carry mark dari UPS ialah 10. (65+10+5 = 80) anda dapat A dalam subjek tersebut. Grade anda boleh bertukar kepada A disebabkan pertolangan Carry Marks.
Biasanya saya tak dapat perform semasa UPS (sobs sobs). Average setiap cumalah B dan hanya maths je yang mampu menyerlah haha. Gambar bawah ni results UPS semester 2. Memang susah nak skor dalam UPS sebab pensyarah kolej sendiri yang semak kertas. Kalau paper finals, pensyarah universiti yang akan semak.



Tubuhkan study group


“Coming together is the beginning, keeping together is the progress, working together is a success-Henry Ford”
Study group ni memang sangat penting juga. Semasa berada di matrikulasi ni, tak dapat nak sombong dan pentingkan diri sendiri. Kawan memang penting dalam proses pembelajaran.

Semasa di matrikulasi dulu, saya ada memewakili kolej ke Kolej Matrikulasi Pahang untuk kursus Peer Asisted Study Sessions(PASS). PASS ni konsep dia memang macam study group. Setiap kolej akan ada berberapa kumpulan PASS dan seorang leader akan ditetapkan dalam setiap kumpulan. Fungsi leader ni of course lah untuk memimpin kumpulan dia dan menentukan masa untuk menjalankan study session mereka.

Saya merupakan salah seorang Leader PASS. Namun leader ni bukan seperti pensyarah. Leader juga belajar daripada ahli kumpulan dia sekali. Memang semasa study week seminggu tu, penuh kafeteria dengan kumpulan-kumpulan PASS ni belajar. Yang tak turun dari Asrama tu, suka hati dorang lah nak buat apa. Hehe takda paksaan kalau lebih prefer belajar sendiri.

Selain group PASS, saya dan kawan rapat juga ada study group sendiri. Setiap malam kalau takda study bersama Group PASS tu, study group sendiri pula dengan dorang. Study group sangat penting sebab kita senang minta pertolongan dengan rakan-rakan lain yang agak arif. Therefore boleh improve diri sendiri jadi lebih pro hehe.

Dalam study group tu, kalau boleh handphone atau segala gadjet yang korang ada tolong ketepikan sebab benda-benda nilah yang menganggu concentration korang. Semasa study week tu lah aku baru ada masa nak mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan banyak-banyak. Syukur juga ada beberapa lecturer yang sanggup turun semasa study week semata-mata nak lihat anak murid dia berjaya. Thanks Sir&madam of Kolej Matrikulasi Sarawak


Jangan mudah menyerah kalah!

Ada pepatah orang putih ni mengatakan : “Success is often achieved by those who don’t know that the failure is inevitable- coco chanel” dan “Giving up is the only sure way to fail-Gena Showalter”


Kadang-kadang semasa study tu, air mata boleh mengalir tiba-tiba mengenangkan betapa susahnya benda yang di belajar. Lepas tu, call mak dan luahkan segalanya kat mak. Mak lah sumber inspirasi sebenarnya. Ketika aku rasa tak mampu nak cope, mak beri semangat untuk keep going. Belajar di matrikulasi sebenarnya boleh dikatakan sangat-sangat mencabar dan susah lebih-lebih lagi bagi pelajar PST macam aku. Memang ada masa tu kita akan rasa sangat down sebab everything seems to be out of track. Rasa hilang.


Namun, most importantly jangan menyerah kalah. Sesusah mana pun benda yang korang belajar, give it a try. Walaupun fail, jangan risau. Ambil iktibar dan jadikannya sebagai sebuah kejayaan. Selain ibubapa, anda juga boleh meminta motivasi daripada pensyarah dan rakan yang anda rapat. Motivasi diri itu sangat penting sebab tanpa motivasi anda akan gagal dan jadikan kegagaln itu sebab anda tidak mahu berjaya.Rasa bersyukur sebab aku dikelilingi oleh orang-orang yang positif semasa berada di matrikulasi dahulu. Rakan-rakan dan pensyarah selalu memberikan bimbingan dikala diri ini tidak mampu meneruskan perjuangan.


Teringat dengan satu kata semangat yang diberikan oleh Nick (Kawan baik aku dari bangku sekolah menengah) “If you are about to give up, think of the reasons why you started from the beginning”. Kata-kata nilah yang boost semangat aku sebenarnya. Fikirkan semula niat kenapa anda nak sangat study di sana. Tentu anda akan termotivasi balik. Itulah penting juga dalam memilih kawan. Elakkan kawan-kawan yang selalu berfikiran negatif.

Rasanya sampai di sini sahaja entri pada kali ni. Harap korang dapat sesuatu daripada post kali ni. Ingatlah level mana pun korang berada, pendidikan tu sangat penting dan berusahalah untuk menggapai kejayaan. Teknik belajar yang saya kongsikan ini tidak lah sehebat artikel-artikel orang lain namun saya berharap ianya memberikan insights mengenai kehidupan di matrikulasi khususnya kepada current students dan incoming students. Stay tuned for the incoming postings!



Thanks for reading!





Comments

Contact Form